MDEC
Saya kini berada di Cyberjaya.Saya berada di MDEc bagi perbincangan satu projek yang sedang dipropose bersama salah seorang rakan saya.Dah banyak kali datang.Macam macam demand la untuk dapatkan projek.Dah 5,6 kali ubah plan.Terpaksa la.Kalo tak tak dapat projek.
Ini adalah antara perkara yang perlu dihadapi oleh para usahawan.Adakalanya memerlukan pengorbanan yang ringgit dan tenaga yang banyak bagi mendapat sesuatu yang tidak pasti.Apa yang pasti,kami ingin dapatkan projek yang long term dan berterusan.
Bermula di Kuala Kangsar,seterusnya ke Taiping dan Ipoh.Tadi ke Shah Alam dan kini di Cyberjaya.Cukup meletihkan.Entah bile saya akan balik ke rumah ni.Nasib baik laptop ada bersama.Boleh la jugak saya menulis dan merangka apa apa.
Saya mendapat berita bahawa Komputer saya telah disambar petir,minggu lepas.Saya masih belum lihat keadaannya.Saya terlupa untuk menutup suis dan mencabut plug sebelum bertolak ke Kuala Kangsar,29hb yang lepas. Silap saya jugak.Tak tahulah keadaaan fail fail penting yang terdapat pada komputer terbabit.
Mungkin saya patut sediakan UPS bagi mengelakkan ia berlaku lagi.Telefon di rumah saya pun mengalami masalah akibat ribut petir minggu lepas.Nampaknya modem ADSL pun perlu diganti nanti.Nasib baik jugak saya ada satu lagi komputer yang stand by cuma fail penting nampaknya tidak dapatkan diselamatkan jika ia rosak teruk.
Saya tak sempat utk burn & back up semua fail baru ni.Saya harap semua fail selamat.Jika tidak,saya perlu kumpulkan balik semua.
Salam usahawan dari saya.
p/s:Ada perancangan baru dari saya.Tengah mengumpul idea & bahan lagi..
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






2 Responses to “MDEC”
By ideal on May 8, 2007 | Reply
Eh tak balik rumah lagi ke sejak aritu .. kuat betul bisnes ni .. he he . Ker dah nak ehem-ehem .. semiga berjaya la dengan projek seterusnya ni .. insyAllah
By sham on May 8, 2007 | Reply
tak balik lagi la man…maybe 12hb baru balik..pastu tukar rupa site rajaadsense.com. ia akan dimasukkan sms servis skit lepas ni..
ehem-ehem?…lambat lagi la man..