Beri Peluang Kepada Diri Anda
Saya tak berapa gemarkan jika mereka mengatakan mereka tak reti apa apa tentang internet atau komputer..Saya sering mendapat email sebegini.Kenapa pulak tak tau sedangkan mereka menghantar email?Tapi saya pun pernah menerima surat yang bertanyakan tentang Clicksor melalui surat.Pelik jugak kenapa dia tak guna email je kalo ingin bertanya tentang buat duit di intenet ni?Entah..saya pun tak paham yang ni..Mungkin dia betul betul tak tahu guna komputer atau internet.
Apa yang saya ingin tekankan pada hari ini agar anda memberi peluang pada diri anda untuk mencuba sesuatu yang baru. Ia bukanla susah. Apa yang perlu anda lakukan ialah buka minda,tarik nafas, setkan pada minda anda…aku nak cuba..Siap.Itu sahaja. Jangan biarkan negative mindset seperti aku tak reti ni, tak reti itu dan tidak mencubanya terlebih dahulu. Kita semua belajar dari kesilapan. Tiada siapa yang yang sempurna.
Tidak menjadi kesalahan untuk membuat kesilapan sebab kita mendapat lebih daripada kesilapan kita.Kita pasti akan sentiasa mengelak dari melakukan kesilapan yang sama. Kita pasti tidak mahu jatuh ke lubang yang sama.Hanya golongan tidak berakal saya akan jatuh ke dalam lubang yang sama berulang kali.Kita semua dikurniakan akal yang sempurna,pasti kita tahu membezakan yang mana yang betul dan yang mana yang salah.
Ramai jugak IM terkenal hari ini yang mengalami kegagalan terlebih dahulu sebelum berjaya pada hari ini. Mereka belajar dari kesilapan yang pernah mereka lakukan. Saya sendiri tidak terkecuali.Saya sendiri pun pernah buat silap dan salah. Saya tidak takut untuk melakukan kesilapan tetapi saya tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Saya juga sering mengkaji dan mencari sebanyak mungkin maklumat yang berkenaan.
Berikan peluang kepada diri anda untuk mencuba.Ambil iktibar dari kesilapan yang telah orang lain lakukan.Ini akan menjadikan diri anda lebih berdaya saing dan dapat survive jika sebarang masalah yang melanda. Ia tidak akan berlaku jika anda tidak memberi peluang kepada diri anda.Ia adalah satu langkah yang paling penting dalam memulakan sesuatu.
Apa yang akan terjadi jika seorang bayi,tidak berani untuk belajar berjalan & jatuh? Saya pasti sehingga dewasa dia tidak akan berjalan.Pakar dalam semua bidang pernah mengalami jatuh bangun mereka. Mereka tidak sentiasa berjaya. Malah peniaga yang berjaya pun pernah mengalami kerugian.Mereka belajar dari kesilapan dan bangun dari malapetakan tersebut dan mereka lebih berjaya dari sebelumnya.
Kesusahan juga boleh menjadi satu pendorong seseorang untuk berjaya.Jadi jangan jadikan alasan “SUSAH” dalam semua bidang yang anda ingin ceburi.Mereka yang berjaya/ Jutawan yang ada pada hari ini menjadikan kesusahan mereka sebagai motivasi untuk mereke bekerja lebih keras dan menjadi pendahulu dalam bidang mereka ceburi.
3 hari lepas saya ada bersembang dengan seorang mak cik yang merupakan Jiran kepada penyanyi tersohor negara iaitu Siti Nurhaliza.Mereka berjiran ketika di Lipis dan anak mak cik tersebut dan Siti sama sama menjaja kueh di Lipis. Bekas Ratu Cantik Malaysia dan penyanyi popular Erra Fazira pula menjual sayur ketika masa kecil.Orang Melayu paling kaya di Malaysia, Tan Sri Syed Al-Buqhari pula menjual daging lembu. Mereka menjadikan kesusahan mereka sebagai pendorong mereka untuk berjaya pada hari ini.
Anda pula bagaimana? Jangan jadikan alasan SUSAH.Ini adalah kerana SUSAH la ramai orang berjaya dan menjadi SENANG.



