Raja Adsense

Back Up Fail anda..

Written on May 14, 2007 – 6:56 pm | by sham |

Apa khabar semua..

Rasanya sejak 2 menjak ni banyak beberapa virus baru mula menular.Virus dan spyware merupakan perkara biasa yang menyebabkan fail dari komputer hilang atau tidak dapat digunakan.Baru baru ni saya ada pendrive  saya terkene virus yang akan create file .exe bagi setiap folder yang anda dalam pendrive tersebut.

Apabila scan dengan antivirus,ia tidak menunjukan sebarang tanda sebagai virus. Sebenarnya ia adalah virus baru(trojan) yang melanda negara ini.Ia sukar dibuang kerana saya cuba mendeletenya secara manual dan setelah selesai.Ia ada balik.Saya cuba scan dengan mcAfee,norton dan avg..semuanya gagal mengesan virus ini. Akhir kata, saya format pendrive tersebut.:p

Nasib baik,tidak banyak fail penting dalam pendrive tersebut kerana saya mempunyai 3 pendrive.Fail tersebut ada pada pendrive lain.Jadi tidak ada masalah untuk saya menformat pendrive kerana failnya sama dengan satu lagi pendrive saya kecuali beberapa fail baru yang saya masukkan.

Komputer saya juga mengalami sedikit kemalangan.Namun,ia telah dipulihkan setelah beberapa penukaran dibuat.Saya kini sedang membuat salinan dan back up semua fail penting ke dalam hardisk back up dan CD. Kini lebih kurang 50GB telah berjaya disalin dan diback up..

Bagi tujuan keselamatan, anda perlu pastikan komputer anda mempunyai perisian

1.Antivirus yang sering diupdate.
2.Internet Security software bagi melindungi komputer anda dari diceroboh.
3.Anti Spyware.

Saya sebagai usahawan internet sememangnya terdedah kepada banyak ancaman siber seperti virus,hacker,spyware dan sebagainya. Jadi saya akan sedaya upaya untuk mempertahankan diri dari kehilangan fail penting yang pasti akan mengancam perjalanan perniagaan saya.

Antara keperluan yang perlu ada:

1.DVD/CD Writer
2.Hardisk Back up
3.Komputer Tambahan (laptop/pc)

Apa yang perlu anda buat, sentiasa back up fail penting dalam komputer anda. Kemalangan tidak berbau.Komputer anda mungkin akan diserang virus atau mengalami kerosakan bila bila masa tanpa anda jangka.Lebih baik anda bersedia bak kata pepatah melayu “SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN”.

Begitu jugak laman web anda.Back up..jangan tak back up..In case something happened..Anda tidak terasa sangat kesannya kerana anda telah bersedia dengan “payung” anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :