Raja Adsense

Jangan Buang Masa

Written on May 17, 2007 – 12:48 pm | by sham |

 Perkara Teknikal

Masa itu emas!Harap anda buang masa dengan perkara yang tidak berfaedah seperti terlalu menumpukan kepada perkara teknikal.Jika anda rasakan membuat sesuatu perkara mengambil masa yang banyak seperti membina laman web…Outsource je. Ia akan melambatkan kerja anda jika anda menumpukan banyak masa kepada perkara tersebut.

Ada ramai designer yang sanggup menolong anda dengan bayaran yang berpatutan. Jangan pula minta design percuma plak ye…Hargai masa mereka membuatnya untuk anda. Masa mereka pun emas. Ada banyak perkara yang perlu mereka lakukan.. Mereka bantu anda dan anda bantu mereka. Senang bukan?

 Program Tah Pape

Jangan buang masa promote program entah pape. Saya terpaksa delete lebih dari 100 promosi entah pape dari Google Group saya. Geram pun ada.Skit² sumbang la rm10, join la randomizor ni, join la wang r*****,join la surf dapat duit dan banyak la…yang promotenya adalah orang sama.Memang kaki spam betul.

Kebanyakan benda ni adalah scam dan skim cepat kaya. Kenapa la susah nak sedar orang melayu ni? Baru ni kerajaan melalui Majlis Mufti dan istihar bahawa pelaburan internet adalah haram. 2,3 hari lepas ada orang email saya yang cakap kawan dia ajak join satu program investment. Orang ni adalah anggota badan beruniform. Katanya kawan dia akan buka akaun egold untuk dia lepas dia bayar certain jumlah wang & dia bagu url laman web tersebut.

Apa lagi,kene cuci la dengan saya.Site tu dia cakap berpengkalan di Caribean (entah betul ke idak ejaan tu).Saya cek whois,ia didaftarkan di UK dan akan tamat pada 2008 dan didaftarkan pada Ogos 2006. Pada laman web dia,dia cakap mereka dah bertahun tahun buat pelaburan. Tapi sedangkan,laman web dia tak sampai satu tahun… Bodoh ke tidak kenyataan diorang?Kalo ada yang join tu lagi Bodoh!!!

Senang cerita, semua pelaburan internet adalah HARAM.

Maaf la ye..teremosi skit.Saya cukup geram kalo ada lagi orang Bodoh yang tak mengendahkan Fatwa & buat fatwa sendiri & ajak orang lain sekali. Kalo dia nak kene tipu lantak dia..Tapi jangan ajak orang sekali kene tipu.Orang susah akan jadi lebih susah dek tindakan orang bodoh tu.

Sila Download Report Penipuan Internet di Sini kalo nak tahu program apa yang menipu dan cuba menipu anda.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 7 Responses to “Jangan Buang Masa”

  2. By saiful on May 17, 2007 | Reply

    salam sham..

    sori lari topik sikit…affliate utk ebook rajaadsense masih on lagi tak? kalau on nak start promote ni…he…he…tkasih

  3. By saiful on May 17, 2007 | Reply

    salam sham..

    sori lari topik sikit…affliate utk ebook rajaadsense masih on lagi tak? kalau on nak start promote ni…he…he…tkasih……

  4. By abdfatah on May 18, 2007 | Reply

    hehe… biasalah orang dah tak sedar diri, kelabu asap punya worang… asyik makan koweh sponge aje…

  5. By Abdul Rahman on May 18, 2007 | Reply

    Apa boleh buat, namapun kebodohan tahap maksima. Anyway, tak boleh juga salahkan diorang sebab dah dibutakan duit. Pihak media pun yang feed diorang dengan sifat-sifat materialisme.

    Daripada terlibat dengan skim cepat kaya, baik terlibat dengan sesuatu yang ada mutual benefits dekat semua orang macam terlibat dalam perkhidmatan awam ker atau kerja memasarkan produk-produk yang berkualiti. Kan bagus buat macam tu.

    Abdul Rahman,
    Second Last Freelancer

  6. By Badruzamani Bin Azmi on May 18, 2007 | Reply

    Adakala kemiskinan membawa kepada kekufuran. Namun desakan hidup yang meruntun jiwa saban hari tidak harus di pandang ringan. Akhirnya, pada mereka, niat menghalalkan cara.

    Bila jiwa sudah tertutup untuk menerima hidayah, maka nafsu syaitan yang akhirnya bermaharaja lela. Halal dan haram sudah tidak dihiraukan lagi. Lantaran ingin mendapatkan sesuap makan.

    DUIT - sudah menjadi suatu keutamaan apabila hampir semua benda keperluan memerlukannya. Macam mana dapat? Sudah tidak dipedulikan. Tapi, yang pasti mesti ada. Pasal apa? …. INFLASI yang terlalu ketara.

  7. By sham on May 18, 2007 | Reply

    saiful- boleh ke http://www.rajaadsense.com/agen/ still on selagi rajaadsense wujud.

    Betul tu Abdul Rahman, media patut memainkan peranan untuk menjelaskan semua ini.

    Badruzamani, orang melayu memang mudah terpengaruh dengan benda macam ni..

  1. 1 Trackback(s)

  2. May 19, 2007: AbdFatah.com|Coretan fenomena perniagaan|Peribadi|Bicara semasa

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan