Raja Adsense

WangCyber.com pun disalah anggap?

Written on May 19, 2007 – 12:43 pm | by sham |

Saya tertarik betul la Akhbar Utusan ni. Kenyataan yang cukup salah.

37 laman web skim cepat kaya dipantau

KUALA LUMPUR 17 Mei – Pusat Keselamatan Siber Malaysia mengenal pasti 37 laman web yang dipercayai menawarkan aktiviti pelaburan skim cepat kaya melalui Internet berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai dalam tempoh dua tahun lalu.

Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www. wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan. com.

Pemangku Pegawai Ketua Eksekutif pusat itu, Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri berkata, orang ramai mudah tertarik dengan laman-laman web itu kerana ia kononnya menjanjikan pulangan lumayan dalam jangka masa singkat.

“Laman web skim pelaburan itu mendapat sambutan ekoran sikap para pelabur sendiri yang mudah terpedaya dengan tawaran dan janji manis yang tanpa disedari sebenarnya satu penipuan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya bagaimana badan itu mengesan status sesebuah laman web itu sama ada ia mencurigakan atau tidak, Husin menjelaskan, pihaknya sentiasa membuat penyelidikan dan siasatan secara menyeluruh terhadap setiap aduan yang diterima.

Ujar beliau, skim cepat kaya menerusi Internet biasanya didalangi orang tempatan namun kebanyakan laman web yang menawarkan pelaburan itu menggunakan hos di luar negara.

“Orang yang ingin menipu sentiasa ada di mana-mana saja tidak kira ia dilakukan oleh rakyat tempatan atau orang asing,” ujarnya.

Menurutnya, Pusat Keselamatan Siber Malaysia bekerjasama dengan kerajaan dalam menguatkuasakan undang undang yang lebih berkesan.

Husin menambah, dalang skim cepat kaya Internet yang berjaya dikesan akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terlalu tamak dan mudah terpedaya dengan skim-skim pelaburan di Internet.

“Jangan sekali-kali melabur dalam skim cepat kaya Internet. Orang ramai perlu bekerjasama dengan Pusat Keselamatan Siber Malaysia untuk membanteras kegiatan haram ini.

“Kalau betul-betul minat ingin melabur, orang ramai boleh mendapatkan pengesahan daripada pihak kami sama ada laman web berkenaan sah atau tidak sebelum membuat keputusan,” katanya.

Orang ramai boleh membuat laporan berhubung laman-laman web yang mencurigakan dengan menghubungi Bahagian MyCERT di Pusat Keselamatan Siber Malaysia melalui talian 03-8992 6969 atau mengirim e-mel kepada cyber999@cybersecurity.org.my.

Nampakya ada orang yang report la ni.Diorang dah keliru. Forum pun kena. Entah pape la.Xde skim cepat kaya pun yang ditawarkan kat wangcyber. Kalo kutuk ada la. Memang sejak awal penubuhan lagi dah anti skim cepat kaya.

Nampaknya makin keliru la..Entah² rajaadsense.com pun termasuk dalam senarai diorang..Kita tuggu dan lihat.Ramai warga Wangcyber menghantar email bantahan kepada pihak yang berkenaan.

Isu ini sedikit sebanyak menyulitkan dan menrencatkan perniagaan internet di Malaysia. Ditambah pulak kenyataan dari mereka yang tidak tahu apa apa.

Ni link ke laman wen utusan tu..Sini 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. One Response to “WangCyber.com pun disalah anggap?”

  2. By cikgu azleen on May 19, 2007 | Reply

    Hati-hati.. ntah-ntah banyak agaknya laman web yang takde kena mengena pun kena.. :D

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan