Raja Adsense

Report Scam di Zaharuddin.net

Written on May 20, 2007 – 7:23 pm | by sham |

Isu berkenaan skim cepat kaya dan pelaburan masih belum reda. Saya baru sahaja mendapat tahu report Internet Scam telah dibaca oleh Ustaz Zaharuddin. Anda boleh lihat di Sini. Ini adalah antara yang ditulis oleh beliau:

Kajian Berkenaan Penipuan Internet 

Soalan

Apakah hukum ‘paid to clik’ (klik saja terus dapat duit), ‘paid to read email’ (baca email dapat duit), Paid to Surf ( lawat saja dapat duit), kemenangan loteri melalui email tanpa disertai dan banyak lagi.

Jawapan

 

Secara peribadi saya belum ingin mengkajinya kerana status kebenarannya masih diragui. Cuma kajian seorang graduan UUM ini mungkin dapat membantu untuk mengetahui status kebenaran atau tipunya semua ini. Walaupun penulis juga mempromosikan beberapa skim untuk dirinya, ia tidak bermakna kajiannya tidak terpakai secara automatik.

Apa yang saya harapkan adalah anda rajin membaca tulisan di bawah serta memikirkannya dengan waras. Saya tidak semestinya bersetuju dengan penulisannya, tetapi saya kira ada manfaat yang boleh dikongsikan melalui penulisan ini.

Ust zaharuddin

18 Mei 2007

Cuba buka kajian penulis ini di sini, KLIK DI TULISAN DI BAWAH

PENIPUAN DI INTERNET

Saya menulis report untuk hanya untuk teknik pemasaran viral untuk beberapa produk tempatan disamping memberi pendedahan kepada masyarakat tentang risiko dan apa dia penipuan internet yang terdapat didunia sekarang. Sebenarnya ada banyak lagi penipuan cuma tak larat nak tulis.:P

Saya tak tahu kenapa orang suka sangat guna perkataan “SKIM”. Buat pengetahuan mereka yang pertama kalinya melawat blog ini. Ia adalah bukan skim cepat kaya yang saya promote dalam tu.Ia adalah produk² usahawan internet malaysia ini. Seperti kata beliau, baca dan nilai dengan waras. Jangan membuta tuli.Anda dikurniakan akal untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk.

Ustaz Zaharudin juga telah menclearkan keadaan tentang Wangcyber.com yang disabitkan sebagai skim cepat kaya. Beliau ada menyelar pihak² yang mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian terperinci atau mungkin dari penulis sambilan yang ingin berita beliau diterbitkan walaupun tidak tahu langsung tentang perkara berkenaan. Ini adalah kerana kebanyakan yang disenaraikan tersebut adalah forum, tempat permbincangan bukan penganjur skim cepat kaya. Tak bertangungjawab langsung.

Jika anda belum membaca report yang saya tulis. Anda boleh download di sidebar blog ini.Jika anda ingin mengedarkanya..anda boleh gunakan url image seperti dibawah:

http://www.rajaadsense.com/scam.gif
dan url bagi download adalah
http://www.rajaadsense.com/Scam.zip

atau gunakan code ini:

<a href=”http://www.rajaadsense.com/Scam.zip” mce_href=”http://www.rajaadsense.com/Scam.zip” target=”_blank”><img src=”http://www.rajaadsense.com/scam.gif” mce_src=”http://www.rajaadsense.com/scam.gif” alt=”Penipuan Internet yang patut anda tahu” width=”150″ height=”230″ border=”0″ /></a>

Semoga lebih ramai mendapat manfaat dari tulisan yang tak seberapa ini. Ia adalah sedikit sumbangan saya terhadap isu terkini yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasi perniagaan internet. Ramai orang keliru dan tidak tahu membezakan samada ia adalah benar atau tipu.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan