Dispute Masalah besar dengan Paypal
Antara perkara yang menakutkan dengan Paypal adalah disputed. Saya pernah terkena sebanyak 3 kali. 2 kali dengan 2 orang buyer yang berniat jahat & untuk dpatkan ebook percuma dan satu lagi dengan Paypal sendiri.
Paypal pun dispute? Ha…nak tahu kenapa? Sebab ada buyer yang gunakan kad kredit palsu atau di curi. Paypal akan reverse balik duit & tengah mulakan penyiasatan. Apa yang membimbangkan saya adalah saya turut akan di caj.
2 Kes dahulu saya dah kehilangan hampir USD50. Kes kali ini saya tak tahu la.Sebelum ini ada kes phising dimana 2 orang mat salleh telah dicuri password paypal mereka dan pencuri itu telah membeli ebook raja adsense. Hampeh betul. Merosakkan nama baik Malaysia je. Yela,duit diorg digunakan untuk beli produk berbahasa Malaysia. Pastinya penjahat terbabit adalah dari Malaysia.
Sebab inilah Malaysia masih dikategorikan dalam negara paling banyak Fraud dan penipuan di internet.Apa nak jadi tah dengan. Nak kene ban dengan semua berkaitan perniagaan internet ke? sebeb segelintir penjahat, satu negara dapat nama buruk. Mereka menyalahkan Malaysia bukan penjahat tersebut. Efeknya akan terkena kepada kita semua.
Go Daddy, penjual domain names turut ban belian dari malaysia. Kenapa? Kerana fraud la..apa lagi. Mereka akan ban sesuka hati jika anda membeli domain dari mereka. Apatah lagi Clickbank…Terus tak buka buka dah kepada rakyat Malaysia.Kenapa semua ni terjadi? Salah siapa?
ps: sila download dan sebarkan Report internet Scam ye.Sedarkan semua rakyat malaysia.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






One Response to “Dispute Masalah besar dengan Paypal”
By Bitol on May 24, 2007 | Reply
Sama la kita. Minggu lepas kena dispute sekali. Minggu
ni saya kena 2. Konfem2 orang Malaysia sebab target pasaran
orang Malaysia je kan.