Raja Adsense

Bermula sebagai hobi…

Written on May 30, 2007 – 2:23 pm | by sham |

Saya cukup tertarik pada post alang yang bertajuk Kenapa perlu bermula dengan hobi. Saya sangat setuju. Apa sahaja yang anda suka buat, anda tidak akan terasa sangat jika anda tidak berjaya. Yang paling beharga adalah proses pembelajaran try and error yang kita lakukan. Ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak mungkin dibayar dengan wang ringgit.

Jadikan hobi anda sebagai wang adalah satu perkara yang sesiapa sahaja boleh lakukan jika mereka komited dan bersungguh sunguh mengusahakannya. Saya suka membaca,bercucuk tanam dan jalan². Ia merupakan hobi saya.Saya buat duit dari hobi saya tersebut. Bagaimana? Dengan membaca saya menjadi penulis. Kini dah 2 ebook saya didalam pasaran. Saya membuat beribu ribu dari ebook tersebut.

Saya suka bercucuk tanam.Kebanyakannya hanya cukup kegunaan keluarga saya je tapi ada kalanya jual jugak mcm buah nenas.Saya ada kebun.Just untuk mengeluarkan peluh je.Ada la hasilnya dari hobi saya ni.

Jalan² pun hobi saya.Saya dah ke smua tempat di malaysia kecuali sabah dan serawak.Takde rezeki lag kot. Saya pun buat duit dari jalan² ni.Bagaimana? Saya sentiasa bawa kamera saya. Gambar menarik, video saya akan masukkan ke laman web saya. Ia manghasilkan trafik yang banyak ke laman web saya..Adsense saya pun sama sama la naik sekali.:p

Apa yang perlu ada ialah kreatif. Gerakkan minda anda supaya anda boleh cari jalan untuk menghasilkan wang dari hobi anda. Kumpul setem pun boleh wat duit tau.Harga setem lama makin lama semakin naik.Setem (malaysia punye) saya yang paling tua berusia 38 tahun iaitu tahun 1969.Saya ada jugak stem dari luar negara.Ia agak lama.Saya beli kat ebay,dia cakap tahun 1920 an la. Tak tau la berapa harga setem tu sekarang.Saya bli tahun 2004.Ada juga saya beli masa tahun 1998( form 3). Ada satu kedai dia jual setem lama.Saya beli la…Saya pasti harga akan meningkat bile saya tua nanti. Takde duit jual setem…hehehe

Anda pulak bagaimana?Iu adalah antara hobi saya.Saya ada banyak hobi lain.Ada hasil la.Jika anda ingin berhobi,biar la yang ada hasil. Jangan plak hobi modified kereta. Tak ke mananye kereta tu. Ia akan susut nilai.Kereta modified langsung tak berharga kalo nak jual balik.Macam Saifulsham tulis pasal cara hidup lelaki bujang dengan kereta.

Okla.Anda kenalpasti hobi anda & fikirkan bagaimana anda boleh buat duit dengan hobi anda! Bermula sekarang…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 5 Responses to “Bermula sebagai hobi…”

  2. By cikgu azleen on May 31, 2007 | Reply

    Hmmm.. selama ni tak pernah terfikir nak jadikan hobi tuh sumber duit.. ekeke.. psl hobi aku ngabiskan duit a.k.a shopping.. hmmm.. kalau hobi shopping bleh tak agaknya mendatangkan duit? menarik ni..

    P.S.: Saya pun suka jalan-jalan..

  3. By CekDet on May 31, 2007 | Reply

    hehehe…
    bila saudara menyentuh tentang hobi ni, saya teringatkan founder jokeadays.com (saya tak ingat nama beliau) yang mendedikasikan hobi beliau mengumpul cerita lawak sebagai perniagaan beliau.

    Kini, laman web tersbut menjadi sumber pendapatan beliau. Satu yang hebat!! . Saya pun tak mampu nak jadi seperti beliau.

    p/s: saya suka main golf, agak2 leh jadi bisnes ke??=)

  4. By mizi on May 14, 2010 | Reply

    saudara,
    saya punyai setem lama malaysia sebelum merdeka zaman malaya lagi..kalau berminat boleh hubungi saya 0193294656

  5. By Hobbies wholesale on Jul 14, 2010 | Reply

    Setiap orang memiliki hobbies.When Anda berbicara dengan pasangan bahagia di seluruh dunia, Anda menemukan bahwa umumnya mereka semua melakukan hobi bersama-sama. Hobi mendorong Anda untuk berkomunikasi dengan pasangan Anda dan menghabiskan waktu dengan mereka dalam sebuah karya atau anak tidak ada metode yang terkait. Kali ini biasanya waktu yang dihabiskan dengan hanya Anda berdua, tidak ada interuptions, stres, tidak ada keluhan.

  1. 1 Trackback(s)

  2. Jun 3, 2007: malaysiastory.net

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan