Raja Adsense

Archive for May, 2007

Computer Disaster

Sunday, May 13th, 2007

Saya baru sahaja sampai ke rumah semalam setelah hampir 2 minggu saya travel.Sehari saya travel,saya mendapat tahu bahawa komputer saya telah disambar petir. Saya bernasib baik kerana hardisk tidak mengalami kerosakan.

pc

Apa yang mengalami kerosakan ialah motherboard,power supply dan cpu. Petang tadi saya telah memasang perkakasan pc baru ke casing baru bersama motherboard dan spu yang baru. Kini PC saya adalah Pentium 4 3.0Ghz with HT. Prosesor yang asal adalah Pentium 4 2.0Ghz .

Modem Streamyx juga mengalami kerosakan kerana saya telah pun menutup plug komputer.Tetapi saya tidak membuka cabel streamyx.Splitter Adsl yang disambung ke modem dan telefon telah terbakar.Apabila ini berlaku,komfirm la modem pun kaput. Jadi saya telah ke TMNET dan mereka telah menukarnya kepada modem baru. Save bajet..:p

adsl splitter

Nasihat saya sebelum anda meninggalkan rumah.pastikan plug dicabut dan cabel streamyx anda juga dicabut. Kerana kilat masih boleh manyambar pc anda walaupun anda mengunakan AVR atau UPS bagi melindungi pc anda dari kilat. Kilat boleh meyambar pc anda melalui talian telefon.

Main Buka Tutup Plak Clickbank ni

Thursday, May 10th, 2007

Semalam saya lihat,Malaysia telah berada negara yang boleh mendaftar di sana.Hari ini dah tak boleh balik.pPelik Betul. malah kebanyakan negara Islam telah dibuang dan hanya tinggal Kuwait.

Memang sedikit kontroversi la.Ia seolah olah cuba menghalang mereka dari negara islam menyertai Clickbank. Takpe.kita tengok dahulu perkembangan perkara ini.

Akhirnya ClickBank kini dibuka semula kepada Rakyat Malaysia

Wednesday, May 9th, 2007

Berita baik untuk perkembangan internet marketing malaysia.Clickbank telah membuka keahlian kepada rakyat Malaysia.Mereka telah ban Malaysia pada tahun 1990,pada 2007 kini mereka telah membuka kepada rakyat malaysia.Mungkin sebab ramai pembeli dari rakyat malaysia dan permintaan tinggi dari rakyat Malaysia.

Kitak tak perlu lagi bersusah payah untuk menyewa alamat US,alamat Singapore dan sebagai,Kita dah boleh alamat kita di Malaysia.Satu perkembangan yang baik untuk semua. Saya betul betul teruja setelah mengetahui berita ini.Saya dah boleh terima payment ke alamat Malaysia.

Jadi, affiliate marketing Malaysia pasti akan bertambah rancak.Saya jamin.Sebelum ini saya kurang promote benda Clickbank ni walaupun banyak produk.Jadi lepas ni,akan start marketing booster dari Malaysia.Maknanya kita pun boleh nak setup,affiliate marketing sendiri & masukkan product kita dengan mudah dan dipromosi oleh orang dari seluruh dunia.

Dahulunya kita terpaksa guna pelbagai triks semata mata untuk menyertai Clickbank. Sekarang kita dah boleh join tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan untuk sewa alamat dan virtual office di negara orang.Gembirannya saya.

Anda boleh daftar di http://www.ClickBank.com

Apa yang saya harapkan selama ini telah menjadi kenyataan.Yahoo…apa lagi..Start Your Engine and….PROMOTE..

ps:Saya menyertai Clickbank pada 10 Jun 2005.Dah hampir 2 tahun dah..huhuhu..Hampir 2 tahun,saya menunggu..Leh la request check.:P

Beri Peluang Kepada Diri Anda

Tuesday, May 8th, 2007

Saya tak berapa gemarkan jika mereka mengatakan mereka tak reti apa apa tentang internet atau komputer..Saya sering mendapat email sebegini.Kenapa pulak tak tau sedangkan mereka menghantar email?Tapi saya pun pernah menerima surat yang bertanyakan tentang Clicksor melalui surat.Pelik jugak kenapa dia tak guna email je kalo ingin bertanya tentang buat duit di intenet ni?Entah..saya pun tak paham yang ni..Mungkin dia betul betul tak tahu guna komputer atau internet.

Apa yang saya ingin tekankan pada hari ini agar anda memberi peluang pada diri anda untuk mencuba sesuatu yang baru. Ia bukanla susah. Apa yang perlu anda lakukan ialah buka minda,tarik nafas, setkan pada minda anda…aku nak cuba..Siap.Itu sahaja. Jangan biarkan negative mindset seperti aku tak reti ni, tak reti itu dan tidak mencubanya terlebih dahulu. Kita semua belajar dari kesilapan. Tiada siapa yang yang sempurna.

Tidak menjadi kesalahan untuk membuat kesilapan sebab kita mendapat lebih daripada kesilapan kita.Kita pasti akan sentiasa mengelak dari melakukan kesilapan yang sama. Kita pasti tidak mahu jatuh ke lubang yang sama.Hanya golongan tidak berakal saya akan jatuh ke dalam lubang yang sama berulang kali.Kita semua dikurniakan akal yang sempurna,pasti kita tahu membezakan yang mana yang betul dan yang mana yang salah.

Ramai jugak IM terkenal hari ini yang mengalami kegagalan terlebih dahulu sebelum berjaya pada hari ini. Mereka belajar dari kesilapan yang pernah mereka lakukan. Saya sendiri tidak terkecuali.Saya sendiri pun pernah buat silap dan salah. Saya tidak takut untuk melakukan kesilapan tetapi saya tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Saya juga sering mengkaji dan mencari sebanyak mungkin maklumat yang berkenaan.

Berikan peluang kepada diri anda untuk mencuba.Ambil iktibar dari kesilapan yang telah orang lain lakukan.Ini akan menjadikan diri anda lebih berdaya saing dan dapat survive jika sebarang masalah yang melanda. Ia tidak akan berlaku jika anda tidak memberi peluang kepada diri anda.Ia adalah satu langkah yang paling penting dalam memulakan sesuatu.

Apa yang akan terjadi jika seorang bayi,tidak berani untuk belajar berjalan & jatuh? Saya pasti sehingga dewasa dia tidak akan berjalan.Pakar dalam semua bidang pernah mengalami jatuh bangun mereka. Mereka tidak sentiasa berjaya. Malah peniaga yang berjaya pun pernah mengalami kerugian.Mereka belajar dari kesilapan dan bangun dari malapetakan tersebut dan mereka lebih berjaya dari sebelumnya.

Kesusahan juga boleh menjadi satu pendorong seseorang untuk berjaya.Jadi jangan jadikan alasan “SUSAH” dalam semua bidang yang anda ingin ceburi.Mereka yang berjaya/ Jutawan yang ada pada hari ini menjadikan kesusahan mereka sebagai motivasi untuk mereke bekerja lebih keras dan menjadi pendahulu dalam bidang mereka ceburi.

3 hari lepas saya ada bersembang dengan seorang mak cik yang merupakan Jiran kepada penyanyi tersohor negara iaitu Siti Nurhaliza.Mereka berjiran ketika di Lipis dan anak mak cik tersebut dan Siti sama sama menjaja kueh di Lipis. Bekas Ratu Cantik Malaysia dan penyanyi popular Erra Fazira pula menjual sayur ketika masa kecil.Orang Melayu paling kaya di Malaysia, Tan Sri Syed Al-Buqhari pula menjual daging lembu. Mereka menjadikan kesusahan mereka sebagai pendorong mereka untuk berjaya pada hari ini.

Anda pula bagaimana? Jangan jadikan alasan SUSAH.Ini adalah kerana SUSAH la ramai orang berjaya dan menjadi SENANG.

MDEC

Monday, May 7th, 2007

Saya kini berada di Cyberjaya.Saya berada di MDEc bagi perbincangan satu projek yang sedang dipropose bersama salah seorang rakan saya.Dah banyak kali datang.Macam macam demand la untuk dapatkan projek.Dah 5,6 kali ubah plan.Terpaksa la.Kalo tak tak dapat projek.

Ini adalah antara perkara yang perlu dihadapi oleh para usahawan.Adakalanya memerlukan pengorbanan yang ringgit dan tenaga yang banyak bagi mendapat sesuatu yang tidak pasti.Apa yang pasti,kami ingin dapatkan projek yang long term dan berterusan.

Bermula di Kuala Kangsar,seterusnya ke Taiping dan Ipoh.Tadi ke Shah Alam dan kini di Cyberjaya.Cukup meletihkan.Entah bile saya akan balik ke rumah ni.Nasib baik laptop ada bersama.Boleh la jugak saya menulis dan merangka apa apa.

Saya mendapat berita bahawa Komputer saya telah disambar petir,minggu lepas.Saya masih belum lihat keadaannya.Saya terlupa untuk menutup suis dan mencabut plug sebelum bertolak ke Kuala Kangsar,29hb yang lepas. Silap saya jugak.Tak tahulah keadaaan fail fail penting yang terdapat pada komputer terbabit.

Mungkin saya patut sediakan UPS bagi mengelakkan ia berlaku lagi.Telefon di rumah saya pun mengalami masalah akibat ribut petir minggu lepas.Nampaknya modem ADSL pun perlu diganti nanti.Nasib baik jugak saya ada satu lagi komputer yang stand by cuma fail penting nampaknya tidak dapatkan diselamatkan jika ia rosak teruk.

Saya tak sempat utk burn & back up semua fail baru ni.Saya harap semua fail selamat.Jika tidak,saya perlu kumpulkan balik semua.

Salam usahawan dari saya.

p/s:Ada perancangan baru dari saya.Tengah mengumpul idea & bahan lagi..

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :