Archive for June, 2007
Friday, June 29th, 2007
Semalam saya baru sahaja selesai mengikuti kursus laman web anjuran Mara dan MPUD Kuala Terengganu. MPUD tu maksud dia Majlis Pembangunan Usahawan Daerah. Ia berlangsung selama 3 Hari di Hotel Midtown. Apa yang saya nak cerita ialah makanan di Hotel tersebut “suck”. Teruk betul la.
Patut la Cafe Midtown tu dapat taraf B dari Kementerian Kesihatan. Pada hari kedua kursus kebanyakan peserta mengalami sakit perut & cirit birit. Termasuk la penceramah pada hari tersebut. Sian betul.Saya sendiri 4 kali masuk toilet..huhuhu.
Kursus ini disertai oleh kebanyakan usahawan Mara yang mendapat loan dari Mara.Saya masuk atas tiket YPU (Yayasan Pembangunan Usahawan). Saya dapat kawan² baru di sana. Seronok jugak kerana ada yang jenis “huha” skit yang menyebabkan kami semua asyik tergelak. Saya dilantik sebagai penghulu sepanjang kursus tersebut.
Hari pertama agak memeningkan kerana kekurangan tempat penginapan.Kursus ini ramai yang nak masuk.Mara terpaksa tolak. Jika ada kursus lagi,saya nak join jugak sebab banyak peluang networking yang boleh kita buat.Memang apa yang diajar saya dah tahu dan tapi bagi saya ia lebih kepada peluang untuk netwoking sesama usahawan di kuala terengganu.
Apa yang penting kita buat kawan. Memang perniagaan internet tidak memerlukan kita bertemu orang.Tetapi jika anda bertemu orang lain jugak,ia akan membuka minda anda tentang situasi semasa di tempat anda.Apakah dilema yang dialami oleh usahawan.. Perangai usahawan dan sebagainya. Anda akan boleh lihat semasa berkursus. Anda boleh lihat bagaimana mereka berurusan..Adakah mereka bersosial atau tidak dengan usahawan lain.. Yang penting sekali melatih kemahiran berkomunikasi.
Usahawan yang sukar berkomunikasi adalah sukar untuk berkembang. Mesti ada something wrong jika mereka tidak berkomunikasi dengan usahawan lain. Komunikasi sangat penting dalam perniagaan. Ini adalah kerana anda perlu berkomunikasi dengan pembekal, pembeli dan jugak staff² anda. Jika tidak pandai berkomunikasi,anda pasti akan diperlekehkan oleh lain.
Terus terang saya masih cuba membaiki kemahiran komunikasi saya. Masing² masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Caranya ialah dengan cuba berkomunikasi dengan orang lain.Anda tidak dapat membaiki kemahiran komunikasi anda dengan komputer atau telefon. Anda perlu face to face dengan orang lain. Itu yang akan meningkatkan lagi kemahiran komunikasi anda.
Buat peserta kursus.Anda semua boleh download Gambar semasa penyampaian sijil di bawah.Maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan. Kamera kehabisan bateri.Itu pun sempat charge bateri selama 1 jam sebelum majlis bermula.
http://www.rajaadsense.com/midtown.zip
Download kat atas.
Selamat Maju Jaya kepada semua peserta Kursus Laman Web. Kalo perlukan nasihat pape.Hubungi saya.Saya akan cuba bantu setakat saya mampu.
Posted in Bengkel, Kursus, Perniagaan | 4 Comments »
Tuesday, June 26th, 2007
Kita sambung cerita tentang Kapitalis agresif. Kali ini saya akan ceritakan tentang strategi Colgate menjatuhkan pesaingan terdekat mereka ketika itu iaitu Zaitun. Masa saya kecik saya sering dengar iklan Zaitun ini.Ia sentiasa didengar di radio dan televisyen. Dan produk Zaitun mula mendapat sambutan kerana konsepnya yang keislaman tersebut.
Colgate mula terasa tercabar dengan kehadiran Zaitun yang mula menghakis pelanggan mereka.Colgate mula mengatur strategi untuk mengatasi Zaitun.Mereka mempunyai duit yang banyak kerana mereka adalah dari Luar negara dan mempunyai jualan di seluruh dunia.Zaitun hanya si kerdil dari Malaysia.
Ketika itu tidak banyak jenis ubat gigi mcm sekarang.Nak tahu apa cara Colgate buat? Colgate tanya berapa keuntungan Zaitun setahun. Dan mereka membayar keuntungan tersebut kepada Zaitun selama 3 tahun agar mereka menghentikan pengeluaran mereka selama 3 tahun.Usahawan melayu pantang nampak duit banyak.Terus diikut kehendak Colgate tersebut.
Bermula dari situ kita mula tidak lagi melihat iklan Zaitun di Tv atau radio.Tu kalo ada yang perasan la.Dalam masa yang sama,Colgate meningkatkan iklan mereka sehingga ia menjadi sinonim dengan penduduk kita hari ini.Kalo nak beli ubat gigi,mesti colgate walaupun ia adalah jenama lain.Jika anda perasan,orang tua² memanggil ubat gigi sebagai Colgate walapun ia berjenama Zaitun.:p
Setelah 3 tahun berlalu.Zaitun mula kehabisan kewangan kerana dapat seketul duit dan dibelanjakan. Mereka terpaksa merangkak naik balik sedangkan Colgate dah jauh meninggalkan mereka.Hanya 3 tahun diperlukan untuk menjatuhkan syarikat kecil.Sebab itulah jika dapat survive 3 tahun,lepas itu ia akan terus berkembang.Jika tidak dapat bertahan selama 3 tahun,ia akan terkubur.
Inilah cara kapitalis dalam ekonomi sekarang.Syarikat besar pasti akan menjatuhkan pesaing mereka dengan pelbagai cara.Mereka mengambil alih, membayar untung dan sebagainya.Sesetengah usahawan tidak tahu tentang kesan ini kepada mereka dalam jangka masa yang panjang.Mereka hanya nampak keuntungan sekejap bukan keuntungan jangka panjang.
Ambil la iktibar dari cerita ini. Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua usahawan dan bakal usahawan.
Posted in Cari Duit, Cerita, Kesilapan | 3 Comments »
Monday, June 25th, 2007
Tahukan anda kita sebenarnya telah mempunyai produk francais setanding KFC? Tidak ramai orang tahu cerita yang menyayat hati ini.Pada awal 90-an kita telah menghasilkan Satay Ria dimana mereka mempunyai outlet di UK dan di negara maju lain seperti Jepun dan sebagainya. Ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk di negara terbabit.
Seperti yang kita tahu satay adalah berasaskan ayam.Begitu juga dengan KFC.Ketika itu KFC belum famous seperti sekarang.KFC terasa tergugat dengan kehadiran Satay Ria yang mula mendapat tempat dihati di kawasan outlet di negara terbabit.Satay Ria hanya dibuka di luar negara.Kita tidak jumpa di Malaysia.Sebab itulah kita kurang mengetahuinya.Satay Ria didokong oleh kerajaan Malaysia diatas usaha untuk promosi makanan Malaysia di luar negara.
Namun,ketika itu francais KFC dipegang oleh usahawan cina dan lesen francais mereka akan tamat ketika itu. Sekumpulan usahawan melayu ketika itu bersepakat untuk mendapatkan lesen francais KFC tersebut. KFC mensyaratkan Kerajaan Malaysia mestilah menjual Satay Ria kepada KFC bagi membolehkan usahawan melayu mendapat lesen francais KFC.
Setelah perbincangan berjalan.Kerajaan akhirnya bersetuju kerana menyangka KFC akan menjadikan Satay sebagai salah satu hidangan di KFC.Ia akan pasti mempopularkan Malaysia kerana Satay adalah dari Malaysia.KFC mempunyai outlet di seluruh dunia, pasti satay akan terkenal. Lesen francais KFC pun diberikan kepada kumpulan usahawan Melayu tersebut.
Apa terjadi kepada Satay Ria?Ia terkubur apabila KFC menutup outlet mereka dan menukar kepada outlet KFC. Dan tiada hidangan dalam Satay dalam KFC. Ia merupakan satu kesilapan besar kerajaan dalam industri Francais. Cerita ini jarang diketahui kerana hanya “orang dalam” je akan mengetahuinya.Kita kehilangan Satay Ria kerana ingin mendapatkan lesen francais KFC.
Begini caranya kFC menguasai dunia dan industri makanan berasaskan ayam. Mereka takut akan potensi satay sebagai makanan segera dan segera menghapuskan saingan ketika ia mula naik. Cara ini banyak digunakan oleh syarikat besar dalam menghapuskan persaingan.Ia digunakan oleh Colgate dan Maggi dalam menguasai pasaran ubat gigi dan sos cili di Malaysia.
Malah cara ini digunakan oleh syarikat besar sebelum mengambil alih setelah syarikat kecil tersebut tenat kerana ketiadaan jualan. Saya akan dedahkan kepada anda stragegi “KAPITALIS AGRESIF” ini pada post akan datang. Istilah tu takde dalam kamus. Tu istilah saya buat bagi mengambarkan betapa teruknya situasi apabila syarikat besar ingin menjatuhkan pesaingan mereka yang baru mula berjalan.
p/s:Sedihnya saya bila takde lagi Satay Ria didunia ni.Ia berlaku sebelum satay Hj.Samuri mula famous.
Posted in Cerita, Kesilapan | 3 Comments »
Friday, June 22nd, 2007
Tahukah anda beza usahawan dan peniaga/penjual? Tak semua peniaga adalah usahawan dan semua usahawan adalah peniaga…Jangan terkeliru pulak ye.Jika seorang peniaga,kerja mereka hanya meniaga dari dulu sampai sekarang..dia adalah peniaga.Ia terjadi kepada banyak peniaga melayu dimana dari dulu sampai sekarang takde perubahan yang dilakukan.Jika 10 tahun dahulu mcm tu,sekarang pun mcm tu..Barang yang ada pun semakin kurang kerana tidak laku..
Jika seorang usahawan,pasti akan ada penambahbaikan yang akan dilakukan.Jika 10 tahun dahulu hanya 1 kedai,kini mempunyai 10 cawangan.Ini adalah dimaksudkan usahawan. Ada jugak yang mengatakan usahawan adalah mereka yang membuat produk.Tetapi bagi saya,ia adalah salah.Jika hanya membuat produk mereka adalah pengilang.Jika usahawan, mereka akan melakukan banyak perubahan bagi meningkatkan lagi jualan mereka.Usahawan berniaga dan dalam masa yang sama mereka menghasilkan produk yang baru.Mereka menghasilkan kelainan dalam sesuatu perkara. Mereka tidak terikat dengan perkara tradisional dan menumpu di satu kawasan sahaja. Usahawan akan cuba untuk ke luar negara bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Anda termasuk dalam golongan mana? Usahawan atau peniaga? Atau hanya pengguna yang langsung tidak berminat untuk berniaga atau cari duit.
Posted in Cari Duit, Keusahawanan, Pelan Perniagaan | No Comments »
Saturday, June 16th, 2007
Jika sebelum ini saya ada menyentuh tentang bagaimana teknik memilih pernigaan internet. Kali ini saya akan menyentuh tentang apa yang perlu dilakukan sebelum memulakan perniagaan samada ianya pernigaan internet atau pernigaan offline biasa..Ia adalah penentu kejayaan anda dalam perniagaan anda.
1.Kajian perniagaan
Anda perlu pastikan apakah perniagaan yang sedia ada ditempat anda.Pastikan pernigaanyang anda ingin lakukan adalah sesuatu yang kurang atau tidak ada lagi orang yang buat di kawasan tersebut. Anda perlu membuat sedikit kajian di kawasan tersebut.Elakkan meniru orang lain.Jika dah penuh kedai makan kat kawasan tersebut,jangan la dibuat kedai makan.Buat perniagaan lain. Begitu jugak dalam perniagaan internet, jika dah ramai orang buat pasal benda tu..Jangan lah buat benda sama.Contohnya dah ada Panduan WordPress, jangan buat benda yang sama jika anda ingin targetkan pasaran yang sama.
2.Market Segment
Segmen kan pasaran anda.Dengan ayat mudah, fokuskan pada golongan tertentu sahaja.Inilah yang digunakan oleh Ferari dalam menjual kereta mereka. Mereka hanya sasarkan mereka yang kaya banget sahaja untuk membeli kereta mereka. Anda tidak perlu bolot semua pasaran kerana anda pasti tidak akan berjaya. Cara ini digunakan oleh StarBuck dan Coffee Bean dengan mensasarkan gologan profesional sebagai target market mereka. Harga pun mereka boleh hentam tinggi berbanding kedai kopi biasa. begitu juga dalam pernigaan internet, anda boleh sasarkan golongan tertentu sahaja seperti newbie dalam sesuatu bidang.
3.Kuasa Beli
Kuasa beli merupakan faktor kejayaan perniagaan.Kita perlu tahu tentang kuasa beli dikawasan tersebut. Jika kebanyakan penduduk dikawasan tersebut adalah golongan miskin,jangan nak mengatal buka Starbuck di kawasan tersebut. Komfirm lingkup kalo buka jugak. Begitu jugak kalo nak jual kereta Ferari di Iraq dan Afghanistan.Takdenye orang nak beli.
4.Pembekal
Ini adalah faktor penting bagi perniagaan konvensional.Perniagaan tidak dapat dijalankan jika pembekal barangan tersbut takde atau sukar didapati.Ia seolah olah ingin menjual air ditengah tengah padang pasir. Mana nak cari pembekal air? Anda mungkin boleh menjualnya sekali.Lepas tu mcmane?
5.Permintaan dan penawaran
Harga sesuatu barang bergantung kepada permintaan.Jika permintaan tinggi,barang kurang harga akan naik.Inilah digunakan oleh pemborong dalam mengawal harga.Sebab inilah senjata mereka untuk mengaut untung lebih dengan senang.Krisis gula,minyak dan tepung dipengaruhi oleh permintaan. Nasib baik kerajaan mengawal harga sesetengah barangan,jika tidak mungkin kita terpaksa membeli gula dengan harga rm10 sekilo agaknya.
Ini adalah antara perkara yang perlu anda titik beratkan sebelum memulakan perniagaan. Kaji terlebih dahulu permintaan dan penawaran tentang apa yang anda ingin jual.Pastikn ia senang diperolehi dan senang diuruskan.Terdapat banyak lagi faktor yang perlu anda titik beratkan.Kita sambung lain kali.
Posted in Keusahawanan, Pelan Perniagaan, Perniagaan, Strategi, Tips | 14 Comments »