Bengkel Pembinaan Laman Web
Kepada rakyat Terengganu,Mara akan mengadakan satu bengkel pembinaan laman web pada 24 Jun ini.Kepada yang berminat sila ke Mara atau YPU untuk pendaftaran.Saya pun akan ke sana. Nak belajar jugak walaupun dah tahu.Mana la tahu ada yang masih tak tahu.
Bila ke bengkel,dapat jugak cari kenalan & networking.Rasanya bengkel ini hanya percuma di Hotel MidTown. Jarang ada bengkel sebegini kat sini.Saya cukup geram dengan mara ni.Dah 3 kali saya daftar kursus, belum pernah diorang panggil. Bila saya daftar sebagai ahli bersekutu YPU.Banyak info saya dapat dari diorang. Walaupun fungsi mereka adalah sama. Tetapi keberkesanan adalah berbeza.Saya ada daftar untuk kursus Perakaunan Berkomputer bagi bulan lepas. Tak panggil pun. Tentang bengkel ni pun saya tahu dari YPU Terengganu.
Saya pergi tanya,diorang kata tarikh tak komfirm & diorang akan kol bila komfirm tarikh.Sedar² bila p tanya balik dah lepas dah kursus tu. Saya perlu tingkat kemahiran perakaunan saya walaupun saya tahu asas perakaunan. (Bagus juga UUM wajibkan semua pelajar ambik perakaunan perniagaan ni..;p). Bila nak blajar,tempat takde.Bila ada kursus penganjur buat acuh tak acuh.
Ada jugak satu lagi kursus pengurusan dan pemasaran pada kalo tak silap 14 Jun ini di Batu Buruk Beach Resort. Maybe saya juga akan ke sana. Semangat nak belajar berkobar kobar. Satu lagi seminar yang saya akan hadiri ialah Seminar Perniagaan SMS di KL pada 7hb Julai nanti. Untuk maklumat lanjut tentang seminar perniagaan sms ni, sila layari http://www.smswang.com.
Esok saya akan hadiri seminar Pembuatan dan Pemprosesan makanan. Walaupun bukan bidang saya.Saya p jugak sebab nak tahu mcmane orang buat kicap,sos.mee,air soya & etc. Tempatnya kat YPU dari 8-9 pagi(pendaftaran).Boleh lagi kot kalo nak daftar pagi esok kalo siapa yang berminat.
Kalo rasa ingin Mara buat bengkel sebegini.Anda boleh berikan cadangan kepada Mara. Tapi kena ada demand la.Peserta mencukupi la. Saya pernah minta Mara buat bengkel pembinaan laman web ni masa present business plan bulan januari lepas. Mesti ada yang cakap “Asyik Mara je..tadi kutuk mara”..ni suruh p jumpa Mara plak..
Nak buat mcmane.Kita takde penganjur lain dah. Yang ada Yayasan pembangunan usahawan negeri dan Mara je. Bagi cadangan kat diorang la. Baru ni pu saya seminar perniagaan internet yang YPU anjur.Saya tak tahu plak.Diorang jemput sape tah..Lupa nama syarikat tu..Rugi plak rasanya tak ke YPU awal²..
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






2 Responses to “Bengkel Pembinaan Laman Web”
By CekDet on Jun 6, 2007 | Reply
Cadangan yang baik daripada saudara sham.
Program sebegini baik untuk mengurangkan kadar pengangguran mahasiswa yang kian meruncing dewasa ini.
Peluang ni perlu digarap oleh semua ahli masyarakt.
Tahnaiah atas pendedahan yang berguna=)
By amy on Jun 30, 2007 | Reply
saya nak tahu macamana cara utk jadi usahawan yg kita ceburi.dah puas saya mencari sumbernya.masih tak dapat.saya kalau boleh nak bekerja sendiri tak nak makan gaji.saya baru habis diploma lcci.