Raja Adsense

Teknik Memilih Produk Perniagaan Internet Anda

Written on June 7, 2007 – 9:37 pm | by sham |

Saya pasti ramai yang berminat untuk memulakan perniagaan internet anda sendiri. Berdasarkan feedback di email dan blog ini,rata rata kebanyakannya masih tercari cari apakah produk yang sesuai bagi mereka memulakan perniagaan internet mereka. Kali ini apa yang saya ingin sentuh adalah tentang produk anda bagi memulakan perniagaan.

1.Produk Digital
Produk digital adalah produk yang tidak boleh dipegang seperti eBook,perisian,gambar,audio,video dan sebagainya. Ia mempunyai profit margin yang paling tinggi iaitu 100%  malah lebih tinggi. Contoh: Jika anda seorang yang mahir mengambil gambar,anda boleh menjual gambar² tersebut. Tapi pastikan gambar tersebut mempunyai permintaan ramai. Contoh lain,anda mempunyai band menyanyi dan anda mempunyai suara yang cukup sedap. Anda boleh menjual lagu tersebut dengan bayaran tertentu.Anda tidak semestinya perlu menerbitkan album untuk menjual.Jika lagu tersbut sedap and catchy…ia akan mendapat sambutan diinternet. Anda boleh jadikannya sebagai ringtone dan menjualnya.Ini adalah kuasa perniagaan sms+internet

2.Produk Fizikal
Ia merupakan produk yang boleh dipegang.Keuntungan bagi produk ini agak kurang kerana anda perlu menghantarnya.Jika anda sasarkan pasaran antarabangsa..Untungnya banyak la.Contohnya produk fizikal ini ialah produk kraf seperti batik,songket & etc. Anda boleh perhatikan barang² sekeliling anda yang anda rasakan ia berpotensi atau tidak untuk dijual diinternet. Pastinya ringan,tidak mudah rosak dan tidak menyalahi undang². Terdapat beberapa cara jika dalam perniagaan barang fizikal ini.Satu cara ialah Drop Shipping dimana anda perlu mencari dropshipper bagi menghantar barang anda. Anda hanya menjual,mereka yang hantar setelah anda membayar harga barangan kepada mereka. Terdapat satu dropshipper dari Malaysia iaitu http://www.dropshippernetwork.com/ . Ia berpengkalan di Melaka (Malaysia),Singapura dan Hong Kong. Mereka kini mempunyai lebih dari 20 ribu penjual yang mengunakan khidmat mereka. Anda boleh gunakan eBay atau Lelong untuk menjual barangan ini.

3. Perkhidmatan
Perkhidmatan merupakan perniagaan yang cukup menguntungkan.Apa yang anda perlukan ialah kemahiran. Terdapat ramai usahawan internet malaysia yang menawarkan perkhidmatan mereka di internet. Antara perkhidmatan yang boleh anda tawarkan ialah copywriting,graphic design, web design,translation dan banyak lagi. Anda cermin diri anda, cuba fikirkan perkhidmatan apa yang boleh anda tawarkan di internet? Syia seorang pelajar mendapat bayaran sebanyak $25,000 bagi 3 bulan sebagai ghost writer/ copywriting.Bayangkan $25000 x 3.3 =RM82500. Lumayan bukan?Pendapatan beliau kini adalah $3000 hingga $5000 sebulan kini.Buat makluman anda,syia adalah seorang wanita. Siapa kata wanita tak boleh berjaya bukan?

4.Program Buat Duit
Ia sebenarnya bukan perniagaan tapi saya masukkan jugak.:P.Antara program yang boleh anda sertai ialah seperti Google Adsense, Text Link Ads, chitika dan banyak lagi. Ia boleh dijadikan sumber alternative kepada perniagaan internet anda.Anda boleh mempunyai Blog dan membuat duit darinya. Anda boleh dapatkan Kit Blogger bagi menjadi seorang blogger dan membuat duit darinya dengan program buat duit.Mereka akan membayar anda jika menepati syarat mereka.

5.Directori/Jual Ruang Iklan
Antara mereka yang cukup berjaya dalam bidang perniagaan ini ialah Alang.Beliau pernah diwawancara oleh NSTP tentang kejayaan beliau dalam perniagaan ini. Beliau mempunyai beberapa laman web/directori yang menjual ruang pengiklanan. Saya pun mempunyai satu direktori pengiklanan iaitu http://www.wp-directory.com. Ia masih baru & saya belum promote lagi.Saya perlu banyak berguru dengan alang dalam bidang ini.

Bagaimana? Dah ada idea? Jika anda tidak mempunyai duit untuk memulakannya. Anda boleh bermula dengan Blog percuma dengan Blogger.com. Anda boleh menyertai program buat duit dengan Blog ini seperti Google Adsense dan sebagainya. pastikan blog tersebut didalam bahasa inggeris la ye.Jika tak tahu anda boleh dapatkan Panduan Raja Adsense untuk membimbing anda.

Saya hanya memberikan 5 bidang perniagaan yang besar sahaja. Terdapat banyak lagi.Tapi ke lima lima ini adalah yang paling utama orang buat duit di internet. Apa lagi jom cari duit di internet.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 8 Responses to “Teknik Memilih Produk Perniagaan Internet Anda”

  2. By CekDet on Jun 8, 2007 | Reply

    ramai di kalangan mereka yang masih baru dalam perniagaan interent kadangkala masih lagi tercari cara yang terbaik untuk memilih perniagaan yang sesuai dan mempunyai pasaran yang tinggi.

    Silap memilih produk akan mendatangkan kerugian pada masa akan datang.

  3. By Morney Ahmat on Jun 16, 2007 | Reply

    saya berminat tentang usaha yang telah saudara nyatakan di atas, tetapi bagaimankah caranya jalan yang terlebih baik

    Sham: Kene berguru la..Carilah sesiapa yang boleh dijadikan mentor.Sebagai contoh: Saifulsham..mereka akan bimbing anak didik mereka dengan syarat anda berusaha ke arahnya..kalo ke siminar pastu tak buat pape..rugi la…

  4. By bizmalaya on Jul 3, 2007 | Reply

    memang tepat dan padat ulasan sham tentang produk perniagaan internet.

  5. By nus on Sep 27, 2007 | Reply

    hai semua yang pakar….

    sya sgt berminat tuk cari income melalui internet tp tk tau how???

    dimana nak belajar buat blog…

    help me para blogger yg budiman..trimas byk2

  6. By mark on Oct 20, 2007 | Reply

    ade sesaper yang tahu mcm mana nak mulakan biz ringtone? sy dah search internet untuk program affiliate bagi biz ringtone ni tp x dpt apa2.

  1. 3 Trackback(s)

  2. Jun 9, 2007: Panduan Usahawan, Cari Duit dan Perniagaan di Internet » Blog Archive » Forex / Tukaran Wang Asing
  3. Jun 9, 2007: Forex / Tukaran Wang Asing « Dollar Wang Uang
  4. Jun 16, 2007: Panduan Usahawan, Cari Duit dan Perniagaan di Internet » Blog Archive » Tips Sebelum Memulakan Perniagaan

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :