Raja Adsense

Cari Duit dengan Bahasa Inggeris

Written on June 9, 2007 – 9:36 pm | by sham |

Tahukan anda sebenarnya boleh buat duit dengan kemahiran bahasa inggeris? Kenapa, tak percaya? Anda boleh buat beribu ribu ringgit dengan kemahiran bahasa Inggeris. Jika anda seorang cikgu bahasa inggeris, kenapa tak gunakan kemahiran tersebut. Anda boleh buat duit samada secara online atau offline.

Jika secara offline,anda boleh mengadakan kelas bahasa inggeris atau tuisyen di rumah. Bahasa inggeris menjadi sangat penting pada hari ini. Kita perlu menguasainya. Terdapat banyak cara untuk membuat duit dengan kemahiran bahasa. Anda juga boleh menyediakan perkhidmatan penterjemahan hanya dari rumah.Pelajar hari ini belajar matematik pun dalam bahasa inggeris!!

Cari duit dengan bahasa inggeris secara online adalah antara paling popular. Ini adalah kerana mat salleh sendiri malas menulis. Anda boleh mengunakan kemahiran bahasa inggeris anda untuk menyediakan perhidmatan ini. Perkhidmatan copywriting,proof reading,article writing,ghost writing dan sebagainya memerlukan kemahiran bahasa inggeris. Ramai IM dari malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini.Mereka membuat beribu ribu daripadanya.

Jika anda pandai memasarkan kemahiran anda,anda pasti tidak akan kesempitan wang kerana anda pasti tidak cukup masa kerana tempahan bagi perkhidmatan anda yang terlalu banyak. Anda tidak semestinya mempunyai tempahan yang banyak.Anda boleh tackle pakar atau “jerung internet marketing” untuk khidmat anda sudah mencukupi. Buat permulaan boleh la membina kredibiliti terlebih dahulu. Jika mereka berpuas hati,mereka akan mengunakan khidmat anda lagi.

Ada diantara mat salleh ini sanggup membayar beribu ribu bagi mendapatkan beberapa artikel tentang apa yang mereka mahu. Terdapat banyak perkhidmatan yang anda boleh lakukan. Antara platform anda boleh dapatkan pelanggan ialah Elance.com dan banyak lagi directori perkhidmatan freelance. Boleh cari kat Google la ye…Namun,anda perlu bersaing dengan ramai orang yang turut menawarkan khidmat yang sama. Anda juga boleh menghubungi mereka yang dirasakan memerlukan khidmat anda .JV dengan mereka.Tapi pastikan dengan approach yang sesuai.Anda jangan pula SPaM mereka.

Tawarkan harga yang berpatutan.Jika mereka berpuas hati,mereka tidak teragak agak membayar beribu ribu bagi perkhidmatan anda.Bina rangkaian perniagaan anda dahulu.Anda tidak semestinya melakukan seorang diri. Anda boleh cari rakan² lain dan menyediakan perkhidmatan anda. Kerja anda akan lebih cepat dan pelanggan anda pun suka jika anda dapat siapkan kerja dengan cepat. Kuncinya jangan buat kerja seorang diri jika anda ingin berjaya.

Buat team anda sendiri yang terdiri dari 2 atau 3 orang.Jangan terlalu ramai kerana ia kurang berkesan jika terlalu ramai. Ia boleh melengahkan kerja jika terlalu ramai.Akan berlakunya kurang produktiviti jika terlalu leka dengan sembang² jika terlalu ramai. Anda perlu fokus dengan kerja masing masing. Ini adalah kerana anda perlu melakukan kajian bagi menghasilkan kerja yang berkualiti. Sekali lagi..FOKUS!!!!

Saya sebenarnya mempunyai beberapa rakan yang sebegini. Kerja terlalu lembab sehingga ia mengangu kerja orang lain. Setkan due date.Jika tidak,mereka pasti akan melengahkannya sehingga menjejaskan reputasi anda(team) sendiri.Ini adalah antara cabaran jika kerja berkumpulan.Salah seorang daripada anda perlu menjadi pusher untuk mendorong rakan lain membuat kerja.

Kerja berkumpulan berbeza dengan kerja bersedirian. Ada kelemahan yang tersendiri.Anda perlu menjadi pemangkin kepada rakan² yang lain agar membuat kerja dengan lebih cepat. Tolong mereka jika anda ada masa.Tetapi jangan terlalu kerap kerana mereka akan naik “lemak” jika terlalu dibantu.Ini adalah kerana ia adalah hasil berkumpulan bukan anda seorang.Masing² perlu memainkan peranan agar terus maju dan berjaya.Jika tidak,kumpulan anda akan gagal. Pelanggan pun akan lari.

Jika anda seorang pelajar universiti,anda mempunyai tempat yang  sesuai bagi kerja cari duit dengan menulis dalam bahasa inggeris ini. Ia tidak lah susah kerana kebanyakan perisian word processor hari ini mempunyai fungsi cek kesalahan bahasa. Jadi ia turut membantu anda dalam membina empayar perkhidmatan anda.

Semoga ia memberi sedikit idea untuk anda bermula dari sekarang.Selamat cari duit dengan bahasa Inggeris!!!

p/s:Saya pernah membuat perhidmatan translate artikel masa kat u selain membaiki PC.Pelajar u ada yang malas buat assigment.Anda sediakan penyelesaiannya. Namun, jangan sampai ia menjejaskan pelajaran anda!Ada yang hendak jalan pintas siapkan kerja..:P

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 5 Responses to “Cari Duit dengan Bahasa Inggeris”

  2. By abdfatah on Jun 10, 2007 | Reply

    rahsia bahasa inggeris terbongkar…. ehehe…

    ramai jugak yang cari duit melalui terjemahan… untung boleh dikatakan memang lumayan jugak…

  3. By sham on Jun 10, 2007 | Reply

    Memang lumayan…ada banyak perkhidmatan yang boleh dibuat oleh mereka yang terer dalam bahasa inggeris..Mereka ini perlu dierikan sedikit pendedahan je untuk trigger..

  4. By jomkaya on Oct 27, 2007 | Reply

    baru belajaq cari duit online.nak joint group.dulu masa sekolah bi memang kantoi habih.la ni baru nak belajaq.

  1. 2 Trackback(s)

  2. Jun 13, 2007: cari idea dengan bahasa inggeris dapatkan duit » AbdFatah.com
  3. Jul 14, 2007: Panduan Usahawan, Cari Duit dan Perniagaan di Internet » Blog Archive » Blog anda,update setiap hari atau beberapa hari sekali..

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan