Raja Adsense

Kemahuan, Keperluan dan Hutang

Written on June 10, 2007 – 1:22 pm | by sham |

 Anda pernah mengalami situasi yang mengelirukan ini? Ada kalanya teringin untuk memiliki sesuatu tapi perlu berhutang.Hampir 100% orang mengalaminya benda ni. Nak belajar,kene hutang..Nak keta kena hutang..Nak rumah, kene hutang…Nak kawin pun ada yang berhutang..:P

Pengurusan kewangan merupakan perkara yang sangat penting.Anda perlu la seimbangkan diantara hutang,kamahuan dan keperluan.Hutang belajar dan rumah boleh dikatakan satu aset.Ia adalah satu keperluan.Malah nilainya akan terus meningkat dari masa ke semasa.Ia adalah hutang yang bagus untuk anda.

Aku nak beli keta ni la pastu beli keta ni..Tak sampai 2 tahun,nak beli kereta lain pulak. Ini pula kategori hutang tak bagus. Hutang menyusahkan diri namanya. Ia merugikan anda.Nilai kereta akan susut nilai.Makin lama ia semakin murah.Ia lebih kepada kemahuan berbanding keperluan.Namun ada kalanya ia boleh jadi keperluan jika ia sangat membantu anda dalam urusan anda sehari hari.

Telefon bimbit..Ada kalanya ia menjadi keperluan.Namun ada kalanya ia menjadi kemahuan buat mereka yang sering kali bertukar telefon bimbit. Asal keluar model baru je,mesti tukar.ikut trend la katakan.Padahal function dia pun tak tahu. Ia akan menjadi keperluan bagi komunikasi dan ketika kecemasan.kepada yang sering tukar telefon tu,insaf la. Jangan diikut sangat kemahuan a.k.a nafsu tu. Ia sebenarnya merugikan anda. telefon bimbit akan susut nilai yang banyak walaupun baru sehari anda guna..Tak percaya? Beli satu hanset,esoknya try p jual balik…berapa yang anda dapat?Paling banyak pun 80% dari harga yang anda beli semalam..

Anda seeloknya menumpukan kepada pembelian aset atau membuat hutang yang baik seperti hartanah,rumah dan sebagainya.Ia merupakan hutang yang baik dan akan membantu anda menyelesaikan hutang.Buat hutang untuk membayar hutang…Mcm gali lubang nak tutup lubang plak.:p. Silap langkah,boleh jatuh dalam lubang..Pastikan aset yang anda ingin beli mempunyai nilai tinggi pada masa akan datang.Antara faktornya ialah kawasan dan kedudukannya.Jadilah seorang pelabur yang bijak.

P/s:Sekarang ada expo hartanah bumiputera kat KL.Anda boleh usha².jika anda mampu,beli la..nilai hartanah biasanya akan meningkat kecuali kawasan banjir.:P

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan