Raja Adsense

Tips Sebelum Memulakan Perniagaan

Written on June 16, 2007 – 3:56 pm | by sham |

Jika sebelum ini saya ada menyentuh tentang bagaimana teknik memilih pernigaan internet. Kali ini saya akan menyentuh tentang apa yang perlu dilakukan sebelum memulakan perniagaan samada ianya pernigaan internet atau pernigaan offline biasa..Ia adalah penentu kejayaan anda dalam perniagaan anda.

1.Kajian perniagaan
Anda perlu pastikan apakah perniagaan yang sedia ada ditempat anda.Pastikan pernigaanyang anda ingin lakukan adalah sesuatu yang kurang atau tidak ada lagi orang yang buat di kawasan tersebut. Anda perlu membuat sedikit kajian di kawasan tersebut.Elakkan meniru orang lain.Jika dah penuh kedai makan kat kawasan tersebut,jangan la dibuat kedai makan.Buat perniagaan lain. Begitu jugak dalam perniagaan internet, jika dah ramai orang buat pasal benda tu..Jangan lah buat benda sama.Contohnya dah ada Panduan WordPress, jangan buat benda yang sama jika anda ingin targetkan pasaran yang sama.

2.Market Segment
Segmen kan pasaran anda.Dengan ayat mudah, fokuskan pada golongan tertentu sahaja.Inilah yang digunakan oleh Ferari dalam menjual kereta mereka. Mereka hanya  sasarkan mereka yang kaya banget sahaja untuk membeli kereta mereka. Anda tidak perlu bolot semua pasaran kerana anda pasti tidak akan berjaya. Cara ini digunakan oleh StarBuck dan Coffee Bean dengan mensasarkan gologan profesional sebagai target market mereka. Harga pun mereka boleh hentam tinggi berbanding kedai kopi biasa. begitu juga dalam pernigaan internet, anda boleh sasarkan golongan tertentu sahaja seperti newbie dalam sesuatu bidang.

3.Kuasa Beli
Kuasa beli merupakan faktor kejayaan perniagaan.Kita perlu tahu tentang kuasa beli dikawasan tersebut. Jika kebanyakan penduduk dikawasan tersebut adalah golongan miskin,jangan nak mengatal buka Starbuck di kawasan tersebut. Komfirm lingkup kalo buka jugak. Begitu jugak kalo nak jual kereta Ferari di Iraq dan Afghanistan.Takdenye orang nak beli.

4.Pembekal
Ini adalah faktor penting bagi perniagaan konvensional.Perniagaan tidak dapat dijalankan jika pembekal barangan tersbut takde atau sukar didapati.Ia seolah olah ingin menjual air ditengah tengah padang pasir. Mana nak cari pembekal air? Anda mungkin boleh menjualnya sekali.Lepas tu mcmane?

5.Permintaan dan penawaran
Harga sesuatu barang bergantung kepada permintaan.Jika permintaan tinggi,barang kurang harga akan naik.Inilah digunakan oleh pemborong dalam mengawal harga.Sebab inilah senjata mereka untuk mengaut untung lebih dengan senang.Krisis gula,minyak dan tepung dipengaruhi oleh permintaan. Nasib baik kerajaan mengawal harga sesetengah barangan,jika tidak mungkin kita terpaksa membeli gula dengan harga rm10 sekilo agaknya.

Ini adalah antara perkara yang perlu anda titik beratkan sebelum memulakan perniagaan. Kaji terlebih dahulu permintaan dan penawaran tentang apa yang anda ingin jual.Pastikn ia senang diperolehi dan senang diuruskan.Terdapat banyak lagi faktor yang perlu anda titik beratkan.Kita sambung lain kali.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 14 Responses to “Tips Sebelum Memulakan Perniagaan”

  2. By saiful on Jun 20, 2007 | Reply

    satu nasihat berguna utk newbie spt saya nih..he he…tQ

  3. By Superb on Jun 20, 2007 | Reply

    thanx bro.. really needed! :)

  4. By Dr.R.H.Harry on Oct 5, 2007 | Reply

    Salah satu sumber/info baik.Sebagai pakar motivasi dan perunding psikologi, saya bersedia memberi tips dalam diri bagi meningkatkan keyakinan diri dalam bisnes.

  5. By siti noormawati on Oct 23, 2007 | Reply

    SAYA DAH HAMPIR 18 TAHUN BERKERJA MAKAN GAJI SO RASANYA SUDAH TIBA MASANYA UNTUK SAYA MENCUBA SESUATU YANG BARU… SAYA BERMINAT UNTUK MEMBUKA SATU2 PERNIAGGAN MASAALAH YANG SAYA HADAPI IAITU SAYA TAK TAHU PERNIAGAAN APA YANG PERLU SAYA BUKA DAN MACAM MANA NAK DPT KAN MODAL SERTA MCM MANA NAK MEMULAKAN SESUATU PERNIAGAAN IAITU MCM MANA NAK DPTKAN KEDAI DAN SEBAGAINYA. SO SAYA BERHARAP ADA SESEORANG YANG BOLEH MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAAH SAYA INI.. TERIMA KASIH

  6. By sham on Oct 23, 2007 | Reply

    Puan Siti, sebelum memulakan perniagaan,pastikan perniagaan apa yang anda ingin buat..

    lepas tu baru la fikirkan cara untuk dapatkan pinjaman dan sebagainya..

    Kaji dulu perniagaan apa yang mampu anda lakukan dan anda minat dengannya..

    tentang loan anda boleh dapatkan dari bank atau mana mana agensi yang terlibat seperti mara,punb dan sebagainya..

  7. By KAK FOZIAH on Oct 25, 2007 | Reply

    Sesiapa yg pernah dan yg sedang menjalankan projek ternak ikan marin seperti siakap,jenahak dan kerapu,saya harap dapatlah menghubungi saya seperti dibawah ini. Kita mesti mencari ilmu perikanan sebanyak yg boleh…
    kak foziah 016-5456484 atau mimi_ummi@yahoo.co.uk

  8. By kak foziah on Oct 29, 2008 | Reply

    a’kumm,
    saya sedang mencari pembekal benih ikan jenahak sekitar perak/pulau pinang/kedah.
    sila hubungi saya 016 5456484 atau pejabat 05 6885967..terima kasih..

  9. By mimi on Feb 4, 2009 | Reply

    salam….sy nk bukak kdai runcit kat umah sy…tp sy xtau bgmana prosedur nye??? ade ssiape yg leh tolng sy?

  10. By sham on Feb 5, 2009 | Reply

    mimi, kalo kedai runcit.Sila ke SSM untuk mendaftar perniagaan anda.Kemudian kena dapatkan lesen premis dari PBT terlibat.

    PBT adalah pihak berkuasa tempatan di tempat anda. Jika di shah alam, MBSA. begitulah tempat lain.

  11. By okidla on Nov 30, 2009 | Reply

    salam

    saya nak bukak kedai pemborong makanan, cam mana saya nak mulakan….kaji dah,daftar dah, step next ….. ??? pastu nak cari pengedar, kedai tu cam ner lak??? agak2nya brp nilai modal yg perlu kita khaskan utk masuk brg ??? n anggaran jum k’seluruhan yg perlu dikuarkan??? tlg……

    tq

  12. By nazura on Mar 2, 2010 | Reply

    saya nak mulakan 1 perniagaan,tapi masih kurang pengetahuan..saya sendiri sudah makan gaji selama lebih dari 11 tahun,jadi dengan pengalaman serba sedikit yang ada dalam bidang perniagaan,saya ingin membuka perniagaan sendiri.barang dah ada.masalahnya modal tak ada.jadi bagaimana saya nak buat pinjaman?apa yang saya perlukan untuk buat pinjaman?terima kasih.

  13. By mmuhdkamal on Mar 13, 2010 | Reply

    salam n tq semoga baik adanya
    saya pown keja kjaan gak n dah banyak buat bisnes tapi mcm sekerat jalan x buleh terus
    mlm trading pown dah buat tapi ada satu yg nampak untuk besar jenis servis n kesihatan
    kat usa pown macam ni
    klau berkaitan kesihatan lebih baik pelaburannya

  14. By mmuhdkamal on Mar 13, 2010 | Reply

    peringatan memulakan bisnez
    mmuhdkamal@gmail.com

  15. By Rizal on Jul 31, 2010 | Reply

    Saya Rizal dari Nilai dan telah bekerja dalam Gov hampir 8 Tahun ..so saya sekarang dah ambil alih pernigaan makanan (Restoran) dari pakcik saya yang baru sahaja dapat pekerjaan di seberang laut..jadi dengan pengalaman saya yang baru saja menceburi dalam perniagaan restoran SECARA SAMBILAN ,saya nak tahu BAGAIMANAKAH MENGURUS RESTORAN YANG BERKESAN DAN INGIN MENCARI IDEA UNTUK MENARIK PELANGGAN YANG DATANG ..so saya ingin berkongsi pengalaman anda yang dah LAMA berkecipung dalam perniagaan INi ..zallse243@gmail.com

    thanks

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :