Raja Adsense

Strategi Colgate menguasai pasaran ubat gigi

Written on June 26, 2007 – 12:42 pm | by sham |

Kita sambung cerita tentang Kapitalis agresif. Kali ini saya akan ceritakan tentang strategi Colgate menjatuhkan pesaingan terdekat mereka ketika itu iaitu Zaitun. Masa saya kecik saya sering dengar iklan Zaitun ini.Ia sentiasa didengar di radio dan televisyen. Dan produk Zaitun mula mendapat sambutan kerana konsepnya yang keislaman tersebut.

Colgate mula terasa tercabar dengan kehadiran Zaitun yang mula menghakis pelanggan mereka.Colgate mula mengatur strategi untuk mengatasi Zaitun.Mereka mempunyai duit yang banyak kerana mereka adalah dari Luar negara dan mempunyai jualan di seluruh dunia.Zaitun hanya si kerdil dari Malaysia.

Ketika itu tidak banyak jenis ubat gigi mcm sekarang.Nak tahu apa cara Colgate buat? Colgate tanya berapa keuntungan Zaitun setahun. Dan mereka membayar keuntungan tersebut kepada Zaitun selama 3 tahun agar mereka menghentikan pengeluaran mereka selama 3 tahun.Usahawan melayu pantang nampak duit banyak.Terus diikut kehendak Colgate tersebut.

Bermula dari situ kita mula tidak lagi melihat iklan Zaitun di Tv atau radio.Tu kalo ada yang perasan la.Dalam masa yang sama,Colgate meningkatkan iklan mereka sehingga ia menjadi sinonim dengan penduduk kita hari ini.Kalo nak beli ubat gigi,mesti colgate walaupun ia adalah jenama lain.Jika anda perasan,orang tua² memanggil ubat gigi sebagai Colgate walapun ia berjenama Zaitun.:p

Setelah 3 tahun berlalu.Zaitun mula kehabisan kewangan kerana dapat seketul duit dan dibelanjakan. Mereka terpaksa merangkak naik balik sedangkan Colgate dah jauh meninggalkan mereka.Hanya 3 tahun diperlukan untuk menjatuhkan syarikat kecil.Sebab itulah jika dapat survive 3 tahun,lepas itu ia akan terus berkembang.Jika tidak dapat bertahan selama 3 tahun,ia akan terkubur.

Inilah cara kapitalis dalam ekonomi sekarang.Syarikat besar pasti akan menjatuhkan pesaing mereka dengan pelbagai cara.Mereka mengambil alih, membayar untung dan sebagainya.Sesetengah usahawan tidak tahu tentang kesan ini kepada mereka dalam jangka masa yang panjang.Mereka hanya nampak keuntungan sekejap bukan keuntungan jangka panjang.

Ambil la iktibar dari cerita ini. Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua usahawan dan bakal usahawan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 3 Responses to “Strategi Colgate menguasai pasaran ubat gigi”

  2. By abdfatah on Jul 1, 2007 | Reply

    cerita zaitun dan cerita satay ria cukup tragis. namun kini zaitun bangkit kembali dengan imej tambahan baru. sedikit aje laa tak berapa agresif sangat.

    bagaimana dengn ubat gigi mukmin, halagel? ada komen? apa cabaran mereka yer? kena tanya tu… lepas bleh buat panduan perniagaan.

    itulah nasib syarikat kecil…

  3. By zuhairy on Jul 28, 2007 | Reply

    ehmm,baru hari ni saya tau pasal info ni. dulu pelik gak kenapa zaitun tetiba tenggelam.yang saya paling ingat syarikat tu taja rancang FORUM PERDANA EHWAL ISLAM. time tu memang famous giler dgn dr hasan ali, dr haron din dan ust ismail kamus.

    lepas tu syarikat tu tetiba tenggelam mcm titanic. saya ingatkan kenapa la..rupa2nya camtu ceritanya…

    tapi sekarang kita dah ada ubat gigi mukmin..hehe

  4. By aqlisha on Aug 7, 2007 | Reply

    em,saya pun baru tau..o,patut dah tak nampaak iklan mukmin di tv ye..strategi colgate tok kuasai pasaran ubat gigi di m’sia memg bagus ye..cuma kita je yang tertipu dengan pujukan mereka.ishhh

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :