Kursus Laman Web
Semalam saya baru sahaja selesai mengikuti kursus laman web anjuran Mara dan MPUD Kuala Terengganu. MPUD tu maksud dia Majlis Pembangunan Usahawan Daerah. Ia berlangsung selama 3 Hari di Hotel Midtown. Apa yang saya nak cerita ialah makanan di Hotel tersebut “suck”. Teruk betul la.
Patut la Cafe Midtown tu dapat taraf B dari Kementerian Kesihatan. Pada hari kedua kursus kebanyakan peserta mengalami sakit perut & cirit birit. Termasuk la penceramah pada hari tersebut. Sian betul.Saya sendiri 4 kali masuk toilet..huhuhu.
Kursus ini disertai oleh kebanyakan usahawan Mara yang mendapat loan dari Mara.Saya masuk atas tiket YPU (Yayasan Pembangunan Usahawan). Saya dapat kawan² baru di sana. Seronok jugak kerana ada yang jenis “huha” skit yang menyebabkan kami semua asyik tergelak. Saya dilantik sebagai penghulu sepanjang kursus tersebut.
Hari pertama agak memeningkan kerana kekurangan tempat penginapan.Kursus ini ramai yang nak masuk.Mara terpaksa tolak. Jika ada kursus lagi,saya nak join jugak sebab banyak peluang networking yang boleh kita buat.Memang apa yang diajar saya dah tahu dan tapi bagi saya ia lebih kepada peluang untuk netwoking sesama usahawan di kuala terengganu.
Apa yang penting kita buat kawan. Memang perniagaan internet tidak memerlukan kita bertemu orang.Tetapi jika anda bertemu orang lain jugak,ia akan membuka minda anda tentang situasi semasa di tempat anda.Apakah dilema yang dialami oleh usahawan.. Perangai usahawan dan sebagainya. Anda akan boleh lihat semasa berkursus. Anda boleh lihat bagaimana mereka berurusan..Adakah mereka bersosial atau tidak dengan usahawan lain.. Yang penting sekali melatih kemahiran berkomunikasi.
Usahawan yang sukar berkomunikasi adalah sukar untuk berkembang. Mesti ada something wrong jika mereka tidak berkomunikasi dengan usahawan lain. Komunikasi sangat penting dalam perniagaan. Ini adalah kerana anda perlu berkomunikasi dengan pembekal, pembeli dan jugak staff² anda. Jika tidak pandai berkomunikasi,anda pasti akan diperlekehkan oleh lain.
Terus terang saya masih cuba membaiki kemahiran komunikasi saya. Masing² masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Caranya ialah dengan cuba berkomunikasi dengan orang lain.Anda tidak dapat membaiki kemahiran komunikasi anda dengan komputer atau telefon. Anda perlu face to face dengan orang lain. Itu yang akan meningkatkan lagi kemahiran komunikasi anda.
Buat peserta kursus.Anda semua boleh download Gambar semasa penyampaian sijil di bawah.Maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan. Kamera kehabisan bateri.Itu pun sempat charge bateri selama 1 jam sebelum majlis bermula.
http://www.rajaadsense.com/midtown.zip
Download kat atas.
Selamat Maju Jaya kepada semua peserta Kursus Laman Web. Kalo perlukan nasihat pape.Hubungi saya.Saya akan cuba bantu setakat saya mampu.




4 Responses to “Kursus Laman Web”
By yusran on Jun 29, 2007 | Reply
thanx a lot for da pix, apapun next course sy akan bincang dgn organizer supaya buat dkt hotel lain lak..maybe sri malaysia atau permai park inn…
By sham on Jun 29, 2007 | Reply
A’ah. Memang kene buat kat tempat lain..Ban midtown hotel tu..:P
By one'z on Jul 1, 2007 | Reply
10qs mypreng….byk peruntukan MARA nok wat kat lain hehehe…tp psl bilik tue kira ok gokla keselesaannya…yusran kabo nok diskus dgn organizer wat kat tpt lain
By mazri on Sep 19, 2010 | Reply
Makanan kat kursus tu suck takpa jangan kursus tu yang suck. Saya pakar bina website menggunakan photoshop.