Raja Adsense

Archive for June, 2007

Hikmah Angka 7 Dalam Islam

Thursday, June 14th, 2007

Tahukah bahawa angka 7 cukup sinonim dalam Islam?Begitu jugak dalam pemasaran. Ia mempunyai daya tarikan yang cukup membawa impak yang besar.Ini adalah apa yang saya dapat tahu bahawa angka 7 menguasai ekonomi dunia..

Ada pemikir Islam yang telah mengkajinya sejak zaman nabi Yusuf dimana kejadian 7 tahun makmur  dan 7 tahun selepas itu kemarau. Beliau mendapati ia sebenarnya berterusan sehingga ke hari ni…

Jika mengikut kajiannya,kitaran ekonomi merudum adalah pada tahun 1998-2005 iaitu dinama krisis ekonomi melanda dunia.Kini selama 7 tahun akan datang ekonomi diramal akan meningkat..iaitu dari 2006-2012 dan seterusnya akan jatuh selama 7 tahun dan bangkit balik 7 tahun seterusnya. Malah tahun 2020 adalah terletak pada kitaran ekonomi meningkat..Tapi ia hanyalah permerhatian/teori…Tetapi itulah hakikat angka 7 ini.Semua kejadian terletak pada Qadak dan Qadar Allah…

Dalam islam ada 7 hari seminggu,7 lapisan syurga,7 lapisan neraka, 7 lapisan bumi dan banyak lagi yang mengaitkan angka 7.Inilah misteri angka 7 dalam kehidupan kita. Jika benar kita berada di tahun ekonomi meningkat,bersama la kita berusaha bersungguh sungguh bagi menghadapi tahun yang mungkin ekonomi akan jatuh lagi.Jika teori itu benar,kita masih ada 5 tahun untuk bersiap sedia..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Rahsia Kejayaan KFC,Kedai Hardware Cina dan Kedai Mamak

Tuesday, June 12th, 2007

Apa khabar? Buat pengetahuan anda saya kini sedang berkursus Kejurujualan dan Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang.Insyaalah saya akan kongsikan apa yang saya pelajari disini. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat dengan keusahawanan.

Apa yang saya ingin sampaikan kali ini adalah berkenaan rahsia kejayaan KFC,Mydin dan Kedai Mamak.Ini adalah apa yang saya dapat dari kursus pada hari ini.Ia akan dikongsikan buat anda.Saya cepat² tulis di bolg ini kerana takut saya terlupa.

Kejayaan KFC

Semua orang tahu tentang ketabahan Colonel Sanders bagi membina kejayaan KFC.Apa yang anda tidak tahu bahawa faktor kejayaan KFC bukan terletak pada ayamnya semata mata.Ia juga terletak kepada mentaliti kita.Ia adalah kita mahukan prestige apabila makan di tempat yang mahal sedangkan ayam di pasar malam lebih kurang sama rasanya. Yang menarik kita adalah kerana prestigenya.Sebab itulah restoran KFC dindingnya adalah cermin.Ini sebenarnya untuk menimbulkan secara psikologi pada kita untuk menunjuk kat orang kat luar bahawa “Aku makan ayam KFC”..:P

Antara kejayaan lain ialah konsistensi. Jika anda perasan,semua ayam dan makanan dari KFC mempunyai rasanya sama walaupun dimana anda membelinya. Usahawan kita susah untuk konsisten dalam menghasilkan produk makanan. Sebagai contoh mee rebus..Jika anda makan di Johor ia lain,di Terengganu lain,di Kedah lain , di KL lain..Jadi tiada rasa yang sama yang boleh menjustifikasikan ia sebagai “mee rebus”.Jadi ia sukar untuk dibrandkan..

Kejayaan Kedai Hardware (bahan mentah pembinaan) Cina

Jika saya ke mana mana saya sering melihat bagaimana kedai hardware cina ini beroperasi. Jika anda tanya kebanyakan kontraktor, kedai hardware cina atau melayu yang mereka suka? Pasti jawapannya ialah kedai Hardware Cina. Walaupun kedai hardware cina.mereka bersebelahan,perniagaan mereka masih boleh maju.Anda tidak rasa pelik ke? Rahsia mereka ialah mereka jual kepercayaan & rasa hormat. Mereka benar benar tahu apa yang mereka jual.Mereka tidak loket memberi khidmat nasihat secara percuma jika anda bertanya.Ia menyebabkan anda/kontraktor berasa gembira dan akan datang lagi membeli kerana mereka membantu anda.

Jika seorang kontraktor yang ingin “masuk tender”,anda mintak la quotation dari mereka dan bandingkan dengan quotation anda.Tanya mereka jika perbezaan harga dengan quotation anda,mereka tanpa segan silu akan menurunkan harga barangan mereka mengikut kemahuan anda.Anda pasti akan ke sana lagi jika ia lebih murah.

Ia berlainan dengan pembekal melayu yang hanya ingin menjual.Malah yang menjual tidak tahu langsung tentang yang dijual. Jadi bagaimana anda nak membeli jika penjual tidak tahu tentang apa yang anda hendak.Ini yang tidak ada pada kebanyakan usahawan melayu. Kadang² mereka sendiri tidak tahu tentang apa yang dijual. Orang jual barang hardware,aku pun nak jual barang hardware. Perangai ikut orang itulah yang membinasakan perniagaan mereka.

Selain itu mereka mempunyai networking dan persatuan yang pasti akan membantu jika ahli mereka menghadapi masalah.

Kejayaan Restoran Mamak

Restoran Mamak cukup berjaya di kawasan pantai barat malaysia.Kenapa? Mereka menyediakan tempat “lepak” buat kita.Kita boleh berada berjam jam di restoran mamak tanpa dikacau. Jika di restoran melayu,pasti ada pekerja yang mula lap² tempat kita duduk supaya kita cepat² blah. Tempat mereka juga luas!!!

Salah satu sebab lagi ialah servis mereka cepat. Apa yang kita order akan dihantar secepat mungkin. Ia adalah kerana ia sebenarnya dah pun ready made..Jika mee mamak,mereka just panaskan sahaja dan hidangkan kepada kita. Tak kisah la,pelanggan mereka bukan tahu pun..asalkan panas je..:p

Pekerja mereka tidak akan kacau kita di restoran mereka,Mereka tidak akan lap meja kita duduk selagi kita berada di situ.Lepas kita tinggalkan meja,mereka cepat² lap meja. Ia berlainan dengan restoran melayu yang tidak sabar untuk lap meja kita duduk tu. Ia seolah olah mahu menghalau…

Ha…ada banyak lagi nak dikongsi ni..Kita sambung lain kali..Malam ni kursus bersambung.Petang ni agak relax & saya boleh jalan² di pantai. Saya berkursus di Batu Buruk Beach Resort.Best tempat ini..memang betul² ditepi pantai.Saya buka sahaja pintu saya dah nampak pantai..Nanti masuk kongsikan gambar bersama anda semua..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Kemahuan, Keperluan dan Hutang

Sunday, June 10th, 2007

 Anda pernah mengalami situasi yang mengelirukan ini? Ada kalanya teringin untuk memiliki sesuatu tapi perlu berhutang.Hampir 100% orang mengalaminya benda ni. Nak belajar,kene hutang..Nak keta kena hutang..Nak rumah, kene hutang…Nak kawin pun ada yang berhutang..:P

Pengurusan kewangan merupakan perkara yang sangat penting.Anda perlu la seimbangkan diantara hutang,kamahuan dan keperluan.Hutang belajar dan rumah boleh dikatakan satu aset.Ia adalah satu keperluan.Malah nilainya akan terus meningkat dari masa ke semasa.Ia adalah hutang yang bagus untuk anda.

Aku nak beli keta ni la pastu beli keta ni..Tak sampai 2 tahun,nak beli kereta lain pulak. Ini pula kategori hutang tak bagus. Hutang menyusahkan diri namanya. Ia merugikan anda.Nilai kereta akan susut nilai.Makin lama ia semakin murah.Ia lebih kepada kemahuan berbanding keperluan.Namun ada kalanya ia boleh jadi keperluan jika ia sangat membantu anda dalam urusan anda sehari hari.

Telefon bimbit..Ada kalanya ia menjadi keperluan.Namun ada kalanya ia menjadi kemahuan buat mereka yang sering kali bertukar telefon bimbit. Asal keluar model baru je,mesti tukar.ikut trend la katakan.Padahal function dia pun tak tahu. Ia akan menjadi keperluan bagi komunikasi dan ketika kecemasan.kepada yang sering tukar telefon tu,insaf la. Jangan diikut sangat kemahuan a.k.a nafsu tu. Ia sebenarnya merugikan anda. telefon bimbit akan susut nilai yang banyak walaupun baru sehari anda guna..Tak percaya? Beli satu hanset,esoknya try p jual balik…berapa yang anda dapat?Paling banyak pun 80% dari harga yang anda beli semalam..

Anda seeloknya menumpukan kepada pembelian aset atau membuat hutang yang baik seperti hartanah,rumah dan sebagainya.Ia merupakan hutang yang baik dan akan membantu anda menyelesaikan hutang.Buat hutang untuk membayar hutang…Mcm gali lubang nak tutup lubang plak.:p. Silap langkah,boleh jatuh dalam lubang..Pastikan aset yang anda ingin beli mempunyai nilai tinggi pada masa akan datang.Antara faktornya ialah kawasan dan kedudukannya.Jadilah seorang pelabur yang bijak.

P/s:Sekarang ada expo hartanah bumiputera kat KL.Anda boleh usha².jika anda mampu,beli la..nilai hartanah biasanya akan meningkat kecuali kawasan banjir.:P

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Cari Duit dengan Bahasa Inggeris

Saturday, June 9th, 2007

Tahukan anda sebenarnya boleh buat duit dengan kemahiran bahasa inggeris? Kenapa, tak percaya? Anda boleh buat beribu ribu ringgit dengan kemahiran bahasa Inggeris. Jika anda seorang cikgu bahasa inggeris, kenapa tak gunakan kemahiran tersebut. Anda boleh buat duit samada secara online atau offline.

Jika secara offline,anda boleh mengadakan kelas bahasa inggeris atau tuisyen di rumah. Bahasa inggeris menjadi sangat penting pada hari ini. Kita perlu menguasainya. Terdapat banyak cara untuk membuat duit dengan kemahiran bahasa. Anda juga boleh menyediakan perkhidmatan penterjemahan hanya dari rumah.Pelajar hari ini belajar matematik pun dalam bahasa inggeris!!

Cari duit dengan bahasa inggeris secara online adalah antara paling popular. Ini adalah kerana mat salleh sendiri malas menulis. Anda boleh mengunakan kemahiran bahasa inggeris anda untuk menyediakan perhidmatan ini. Perkhidmatan copywriting,proof reading,article writing,ghost writing dan sebagainya memerlukan kemahiran bahasa inggeris. Ramai IM dari malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini.Mereka membuat beribu ribu daripadanya.

Jika anda pandai memasarkan kemahiran anda,anda pasti tidak akan kesempitan wang kerana anda pasti tidak cukup masa kerana tempahan bagi perkhidmatan anda yang terlalu banyak. Anda tidak semestinya mempunyai tempahan yang banyak.Anda boleh tackle pakar atau “jerung internet marketing” untuk khidmat anda sudah mencukupi. Buat permulaan boleh la membina kredibiliti terlebih dahulu. Jika mereka berpuas hati,mereka akan mengunakan khidmat anda lagi.

Ada diantara mat salleh ini sanggup membayar beribu ribu bagi mendapatkan beberapa artikel tentang apa yang mereka mahu. Terdapat banyak perkhidmatan yang anda boleh lakukan. Antara platform anda boleh dapatkan pelanggan ialah Elance.com dan banyak lagi directori perkhidmatan freelance. Boleh cari kat Google la ye…Namun,anda perlu bersaing dengan ramai orang yang turut menawarkan khidmat yang sama. Anda juga boleh menghubungi mereka yang dirasakan memerlukan khidmat anda .JV dengan mereka.Tapi pastikan dengan approach yang sesuai.Anda jangan pula SPaM mereka.

Tawarkan harga yang berpatutan.Jika mereka berpuas hati,mereka tidak teragak agak membayar beribu ribu bagi perkhidmatan anda.Bina rangkaian perniagaan anda dahulu.Anda tidak semestinya melakukan seorang diri. Anda boleh cari rakan² lain dan menyediakan perkhidmatan anda. Kerja anda akan lebih cepat dan pelanggan anda pun suka jika anda dapat siapkan kerja dengan cepat. Kuncinya jangan buat kerja seorang diri jika anda ingin berjaya.

Buat team anda sendiri yang terdiri dari 2 atau 3 orang.Jangan terlalu ramai kerana ia kurang berkesan jika terlalu ramai. Ia boleh melengahkan kerja jika terlalu ramai.Akan berlakunya kurang produktiviti jika terlalu leka dengan sembang² jika terlalu ramai. Anda perlu fokus dengan kerja masing masing. Ini adalah kerana anda perlu melakukan kajian bagi menghasilkan kerja yang berkualiti. Sekali lagi..FOKUS!!!!

Saya sebenarnya mempunyai beberapa rakan yang sebegini. Kerja terlalu lembab sehingga ia mengangu kerja orang lain. Setkan due date.Jika tidak,mereka pasti akan melengahkannya sehingga menjejaskan reputasi anda(team) sendiri.Ini adalah antara cabaran jika kerja berkumpulan.Salah seorang daripada anda perlu menjadi pusher untuk mendorong rakan lain membuat kerja.

Kerja berkumpulan berbeza dengan kerja bersedirian. Ada kelemahan yang tersendiri.Anda perlu menjadi pemangkin kepada rakan² yang lain agar membuat kerja dengan lebih cepat. Tolong mereka jika anda ada masa.Tetapi jangan terlalu kerap kerana mereka akan naik “lemak” jika terlalu dibantu.Ini adalah kerana ia adalah hasil berkumpulan bukan anda seorang.Masing² perlu memainkan peranan agar terus maju dan berjaya.Jika tidak,kumpulan anda akan gagal. Pelanggan pun akan lari.

Jika anda seorang pelajar universiti,anda mempunyai tempat yang  sesuai bagi kerja cari duit dengan menulis dalam bahasa inggeris ini. Ia tidak lah susah kerana kebanyakan perisian word processor hari ini mempunyai fungsi cek kesalahan bahasa. Jadi ia turut membantu anda dalam membina empayar perkhidmatan anda.

Semoga ia memberi sedikit idea untuk anda bermula dari sekarang.Selamat cari duit dengan bahasa Inggeris!!!

p/s:Saya pernah membuat perhidmatan translate artikel masa kat u selain membaiki PC.Pelajar u ada yang malas buat assigment.Anda sediakan penyelesaiannya. Namun, jangan sampai ia menjejaskan pelajaran anda!Ada yang hendak jalan pintas siapkan kerja..:P

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Forex / Tukaran Wang Asing

Saturday, June 9th, 2007

Saya jarang bercerita tentang forex di dalam blog ini. Namun hari ini terdetik plak nak tulis pasal forex. Saya sengaja asingkan dari topik sebelum ini. ini adalah kerana saya ingin sentuh forex secara berasingan. Post sebelum ini adalah teknik memilih produk/ model perniagaan internet. Hari saya sentuh tentang Forex. Saya bukan la pakar dalam bidang forex tapi boleh la sikit² sebagai pendedahan kepada anda semua.

Saya baru sahaja beli ebook Kuasa Forex. Apa yang saya ingin katakan, ia sangat bagus. Saya pernah beli ebook tentang forex sebelum ini. Harga ini saya kira berpatutan la iaitu RM97 (buat masa sekarang) kerana forex memang mahal course dia. Jika anda paham bagaimana forex berfungsi, bagaimana melakukan analisis. Anda boleh jadi seperti Warren Buffet atau George Soros. Mereka boleh menguasai ekonomi dengan forex.

Kuasa Forex saya kira ia gak sesuai bagi newbie..Saya pun newbie dalam forex ni.Masih lagi study analisis² yang terdapat dalam teknik forex. Bagi pasaran saham pun anda boleh lakukannya jika anda faham bagaimana forex berfungsi. Kini bank seperti Maybank,RHBinvest, Cimb dan beberapa bank lagi mempunyai platform bagi kita untuk membuat stock trading dan sebagainya. Asasnya adalah forex. Rasanya semakin ramai forex trader di Malaysia ini. Jutawan pun ada. Penulis Kuasa Forex ini pun adalah seorang Jutawan hasil dari Forex dan stock exchange. Dari Maybank stock exchange beliau dah mendapat lebih dari RM3 juta…fuh..bestnye…

Sebelum ini ebook ini beharga RM79,tapi kini dah menjadi RM97. Saya jangkakan ia akan meningkat sebab ramai orang berminat dengan forex ini. Namun, suka saya ingatkan bahawa forex adalah berisiko tinggi. Fahamkan terlebih dahulu bagaimana ia berfungsi dan berjalan. Pembeli juga dibekalkan dengan beberapa indicator bagi membantu membuat analisis pasaran.

Bagi saya ia adalah satu pelaburan yang berbaloi. Dah lama saya tak main dengan forex. Tetiba rasa nak aktif balik,tapi saya risau jika ilmu tak cukup. Saya mungkin akan rugi banyak. Jadi saya kene lengkapkan ilmu dahulu sebelum trade secara serius. Saya still tengah study ebook ini. Ia mempunyai 107 muka surat.Saya perlu “hadamkan” secara perlahan lahan kerana saya bukan dari bidang akaun/ekonomi dimana mereka telah biasa dengan semua ini. Namun ia bukanlah satu halangan untuk anda belajar walaupun anda tiada asas.Di situ ada kemahuan, disitu ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Penulis adalah salah seorang protege Saifulsham. Sememangnya mereka cukup komited dalam menghasilkan lebih ramai usahawan internet…

Baiklah.Jika anda berminat dengan Forex anda boleh dapatkan ebook kuasa forex. Ia agak detail bagi seorang newbie.Bagiamana saya tahu? Saya sendiri membelinya.Jadi saya tahu dan saya berpuas hati dengannya. KLik Sini untuk dapatkannya.

Saya tiada kaitan langsung dengan Kuasa Forex.Ia adalah review ikhlas dari seorang pembeli ebook tersebut. Saya dapat apa yang saya mahu tahu.. Ia akan meningkat harganya. Jadi dapatkan cepat jika anda benar benar berminat untuk belajar. Apalah sangat RM97 jika ia benar² membantu anda.RM97 boleh dikatakan murah berbanding ebook mat salleh yang berharga USD97 tentang forex.

Persoalan saya…Anda mahu atau tidak mahu? Cuma anda boleh menjawapnya. Mungkin ada yang mengatakan mereka tidak mampu dan sebagainya. Namun ia bukanlah keperluan atau kemestian. Jangan sampai bergolok bergadai semata mata untuk memilikinya. Ia adalah optional,namun seeloknya anda perlukannya dapatkannya jika anda serius dalam forex. Ia bergantung kepada anda. Tidak semua orang mampu membelinya…

Kepada yang berminat dan yang mampu anda boleh dapatkan di SINI.

p/s:Ia sesuai untuk newbie..Kalo dah expert,tak payah la beli.Ada banyak indicator yang anda perlu paham.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan