Archive for June, 2007
Thursday, June 7th, 2007
Saya pasti ramai yang berminat untuk memulakan perniagaan internet anda sendiri. Berdasarkan feedback di email dan blog ini,rata rata kebanyakannya masih tercari cari apakah produk yang sesuai bagi mereka memulakan perniagaan internet mereka. Kali ini apa yang saya ingin sentuh adalah tentang produk anda bagi memulakan perniagaan.
1.Produk Digital
Produk digital adalah produk yang tidak boleh dipegang seperti eBook,perisian,gambar,audio,video dan sebagainya. Ia mempunyai profit margin yang paling tinggi iaitu 100% malah lebih tinggi. Contoh: Jika anda seorang yang mahir mengambil gambar,anda boleh menjual gambar² tersebut. Tapi pastikan gambar tersebut mempunyai permintaan ramai. Contoh lain,anda mempunyai band menyanyi dan anda mempunyai suara yang cukup sedap. Anda boleh menjual lagu tersebut dengan bayaran tertentu.Anda tidak semestinya perlu menerbitkan album untuk menjual.Jika lagu tersbut sedap and catchy…ia akan mendapat sambutan diinternet. Anda boleh jadikannya sebagai ringtone dan menjualnya.Ini adalah kuasa perniagaan sms+internet…
2.Produk Fizikal
Ia merupakan produk yang boleh dipegang.Keuntungan bagi produk ini agak kurang kerana anda perlu menghantarnya.Jika anda sasarkan pasaran antarabangsa..Untungnya banyak la.Contohnya produk fizikal ini ialah produk kraf seperti batik,songket & etc. Anda boleh perhatikan barang² sekeliling anda yang anda rasakan ia berpotensi atau tidak untuk dijual diinternet. Pastinya ringan,tidak mudah rosak dan tidak menyalahi undang². Terdapat beberapa cara jika dalam perniagaan barang fizikal ini.Satu cara ialah Drop Shipping dimana anda perlu mencari dropshipper bagi menghantar barang anda. Anda hanya menjual,mereka yang hantar setelah anda membayar harga barangan kepada mereka. Terdapat satu dropshipper dari Malaysia iaitu http://www.dropshippernetwork.com/ . Ia berpengkalan di Melaka (Malaysia),Singapura dan Hong Kong. Mereka kini mempunyai lebih dari 20 ribu penjual yang mengunakan khidmat mereka. Anda boleh gunakan eBay atau Lelong untuk menjual barangan ini.
3. Perkhidmatan
Perkhidmatan merupakan perniagaan yang cukup menguntungkan.Apa yang anda perlukan ialah kemahiran. Terdapat ramai usahawan internet malaysia yang menawarkan perkhidmatan mereka di internet. Antara perkhidmatan yang boleh anda tawarkan ialah copywriting,graphic design, web design,translation dan banyak lagi. Anda cermin diri anda, cuba fikirkan perkhidmatan apa yang boleh anda tawarkan di internet? Syia seorang pelajar mendapat bayaran sebanyak $25,000 bagi 3 bulan sebagai ghost writer/ copywriting.Bayangkan $25000 x 3.3 =RM82500. Lumayan bukan?Pendapatan beliau kini adalah $3000 hingga $5000 sebulan kini.Buat makluman anda,syia adalah seorang wanita. Siapa kata wanita tak boleh berjaya bukan?
4.Program Buat Duit
Ia sebenarnya bukan perniagaan tapi saya masukkan jugak.:P.Antara program yang boleh anda sertai ialah seperti Google Adsense, Text Link Ads, chitika dan banyak lagi. Ia boleh dijadikan sumber alternative kepada perniagaan internet anda.Anda boleh mempunyai Blog dan membuat duit darinya. Anda boleh dapatkan Kit Blogger bagi menjadi seorang blogger dan membuat duit darinya dengan program buat duit.Mereka akan membayar anda jika menepati syarat mereka.
5.Directori/Jual Ruang Iklan
Antara mereka yang cukup berjaya dalam bidang perniagaan ini ialah Alang.Beliau pernah diwawancara oleh NSTP tentang kejayaan beliau dalam perniagaan ini. Beliau mempunyai beberapa laman web/directori yang menjual ruang pengiklanan. Saya pun mempunyai satu direktori pengiklanan iaitu http://www.wp-directory.com. Ia masih baru & saya belum promote lagi.Saya perlu banyak berguru dengan alang dalam bidang ini.
Bagaimana? Dah ada idea? Jika anda tidak mempunyai duit untuk memulakannya. Anda boleh bermula dengan Blog percuma dengan Blogger.com. Anda boleh menyertai program buat duit dengan Blog ini seperti Google Adsense dan sebagainya. pastikan blog tersebut didalam bahasa inggeris la ye.Jika tak tahu anda boleh dapatkan Panduan Raja Adsense untuk membimbing anda.
Saya hanya memberikan 5 bidang perniagaan yang besar sahaja. Terdapat banyak lagi.Tapi ke lima lima ini adalah yang paling utama orang buat duit di internet. Apa lagi jom cari duit di internet.
Posted in Cari Duit, Keusahawanan, Panduan, Perniagaan, Tips | 8 Comments »
Wednesday, June 6th, 2007
Apa khabar semua!!! Say baru je balik dari seminar F&B (Food & Beverage) anjuran YPU Terengganu.Bidang penkhususan kali ialah pembuatan sos,kicap,mee dan air soya. Tak sangka plak saya, nak buat kicap ni senang je kalo tahu bahan² dia.
Ada sesi teori dan sesi amali.Amali hari ini buat sos tiram dan kicap.Cuma satu je,bahan pembuatannya agak sukar didapati dan mesti dibeli dalam kuantiti yang banyak. Kalo memang nak berniaga memang takde masalah la. Tak payah beli kicap dah.Kalo sedap,boleh jual..Kalo tak sedap tu..paham² sendiri la nak buat ape..☻.
Esok ada lagi sehari seminar ini.Esok kami akan belajar cara pembuatan air soya dan pembuatan mee kuning dan buat sos.Sepatutnya sos pada hari ini,tapi tak sempat kerana masa terbuang pada kumpulan² membuat sos tiram yang terlalu lama.
Saya akan menyertai kursus kejurujualan dan perkhidmatan pelanggan pada 11 Jun hingga 14hb Jun ini pulak.Seterusnya Bengkel pembinaan laman web pada 25hb Jun (Bukan 24hb jun) sehingga 28hb Jun 2007. Saya jumpa seorang kawan baru yang merupakan seorang pelanggan saya.Dia mengajak saya ke seminar pengurusan restoran dan makanan pada 30hb(30-2Julai) ini. Bulan ini merupakan bulan yang paling banyak seminar yang bakal saya sertai.
Bukan saya yang bagi ceramah ye..Saya just jadi peserta.Tak kisah la seminar apa pun,jika ada masa sertai lah.Pasti anda akan mendapat sesuatu yang baru. Memang seronok belajar memasak.Tadi dapat jugak wat balik buah tangan iaitu 1 botol kicap dan 1 botol sos tiram yang kami buat sama sama dengan kesemua peserta seminar.☻â–«☻
Kenapa perlu anda ke seminar?
1.Networking.Anda akan kenal lebih ramai usahawan.Anda boleh korek pengalaman mereka.
2.Prospek.Mungkin salah seorang dari peserta seminar akan menjadi pelanggan&sahabat anda.
3.Menambahkan pengetahuan.
Saya jugak berkenalan dengan seorang pesara polis..Saya dapat satu istilah baru dari beliau iaiatu PDRM — Pedih Derita Rela Merana kerana hidup seorang anggota polis sememang begitu.Dia bersyukur kerana kerajaan naikkan gaji sebab pencen dia pun turut naik..☻☻☻☻
Posted in Bengkel, Berita, Seminar | 3 Comments »
Tuesday, June 5th, 2007
Kepada rakyat Terengganu,Mara akan mengadakan satu bengkel pembinaan laman web pada 24 Jun ini.Kepada yang berminat sila ke Mara atau YPU untuk pendaftaran.Saya pun akan ke sana. Nak belajar jugak walaupun dah tahu.Mana la tahu ada yang masih tak tahu.
Bila ke bengkel,dapat jugak cari kenalan & networking.Rasanya bengkel ini hanya percuma di Hotel MidTown. Jarang ada bengkel sebegini kat sini.Saya cukup geram dengan mara ni.Dah 3 kali saya daftar kursus, belum pernah diorang panggil. Bila saya daftar sebagai ahli bersekutu YPU.Banyak info saya dapat dari diorang. Walaupun fungsi mereka adalah sama. Tetapi keberkesanan adalah berbeza.Saya ada daftar untuk kursus Perakaunan Berkomputer bagi bulan lepas. Tak panggil pun. Tentang bengkel ni pun saya tahu dari YPU Terengganu.
Saya pergi tanya,diorang kata tarikh tak komfirm & diorang akan kol bila komfirm tarikh.Sedar² bila p tanya balik dah lepas dah kursus tu. Saya perlu tingkat kemahiran perakaunan saya walaupun saya tahu asas perakaunan. (Bagus juga UUM wajibkan semua pelajar ambik perakaunan perniagaan ni..;p). Bila nak blajar,tempat takde.Bila ada kursus penganjur buat acuh tak acuh.
Ada jugak satu lagi kursus pengurusan dan pemasaran pada kalo tak silap 14 Jun ini di Batu Buruk Beach Resort. Maybe saya juga akan ke sana. Semangat nak belajar berkobar kobar. Satu lagi seminar yang saya akan hadiri ialah Seminar Perniagaan SMS di KL pada 7hb Julai nanti. Untuk maklumat lanjut tentang seminar perniagaan sms ni, sila layari http://www.smswang.com.
Esok saya akan hadiri seminar Pembuatan dan Pemprosesan makanan. Walaupun bukan bidang saya.Saya p jugak sebab nak tahu mcmane orang buat kicap,sos.mee,air soya & etc. Tempatnya kat YPU dari 8-9 pagi(pendaftaran).Boleh lagi kot kalo nak daftar pagi esok kalo siapa yang berminat.
Kalo rasa ingin Mara buat bengkel sebegini.Anda boleh berikan cadangan kepada Mara. Tapi kena ada demand la.Peserta mencukupi la. Saya pernah minta Mara buat bengkel pembinaan laman web ni masa present business plan bulan januari lepas. Mesti ada yang cakap “Asyik Mara je..tadi kutuk mara”..ni suruh p jumpa Mara plak..
Nak buat mcmane.Kita takde penganjur lain dah. Yang ada Yayasan pembangunan usahawan negeri dan Mara je. Bagi cadangan kat diorang la. Baru ni pu saya seminar perniagaan internet yang YPU anjur.Saya tak tahu plak.Diorang jemput sape tah..Lupa nama syarikat tu..Rugi plak rasanya tak ke YPU awal²..
Posted in Bengkel, Berita, Seminar | 2 Comments »
Tuesday, June 5th, 2007
Apa khabar semua? Akhirnya setelah 2 hari saya cuba menyiapkan WordPress Directory yang pertama saya. Ia adalah berkonsepkan Paid Blog Directory dan Php link Bid. Tak susah sangat benda ni sebenarnya. Namun,saya tengok kat forum support ada beberapa bug yang dilaporkan tapi ia adalah perkara simple dalam perbangunan perisian sebagaimana wordpress sendiri.
Mereka akan sentiasa update sehingga la sempurna dan menambah fungsi dari masa ke semasa. Ini adalah rupa Directory saya. Ia adalah berdasarkan theme alang.

Atau anda boleh ke http://www.wp-directory.com .
Pengiklanan di directory ini bermula dari $1. 10 Bidaan yang tertinggi akan tersenarai di muka hadapan dan ranking teratas bagi setiap kategori.
Saya rasa saya tak tetapkan tempoh masa pengiklanan. Ia bergantung kepada keadaan la.Saya tengah bertanya alang tentang tempoh pengiklanan. Beliau lebih arif dengan pengiklanan ini. Saya baru sahaja nak berjinak dalam pengiklanan link direktori sebegini. Sebelum ini saya hanya mengiklan sahaja.
Kempen pemasaran direktori ini akan bermula nanti. Ia adalah directory berbayar. Jadi kita kene bagi “lebih” bagi menarik minat orang untuk iklan.
Posted in Pengiklanan | 2 Comments »
Tuesday, June 5th, 2007
Ha..rasanya ramai admin yang guna phpBB sekarang memang pening kepala sebab banyak spam.Forum saya sendiri pun tak terkecuali sehingga saya mengambil keputusan untuk approve sendiri. Jika saya rasakan ia bukan manusia.Saya akan terus delete tanpa belas kasihan Jika anda daftar tetapi tdiak dapat login,sila email kepada saya.Berikan username yang anda guna.
Saya akan activate kan akaun anda.Terdapat banyak mod patch tentang spam ini.Cuma saya belum mencubanya lagi.Saya akan mencubanya satu persatu nanti. Bukan ape? Dah tak larat nak monitor & approve ahli.Yela setiap hari saya dapat sekurang kurang 10 bot yang daftar ke forum Raja Adsense. Ahli sebenar hanya 1000 lebih..Selebihnya adalah bot yang cuba akan spam jika saya approvekan. Seksa betul.
Saya kene ambik masa untuk study smue mod hack ni.Ini adalah kerana jika tersilap langkah.Hancur la forum tu.Kene back up dulu sebelum nak ubah pape nanti.kalo tak,naya..
Jika anda ingin membina forum anda sendiri.Saya sarankan anda cuba gunakan selain phpBB.Kalo ada duit guna la vbuletin atau invasion. Atau yang lain.Ada banyak lagi yang free forum ni. Anda cuma kene explore skit. Labanon pun sekarang dah terasa efek dari spam ini. Bila agaknya phpBB nak keluarkan versi terbaru.
Harap diorng keluarkan versi terbaru bagi mengatasi masalah ini. Jika anda ingin gunakan phpBB jugak,pastikan fungsi tambahan bagi membanteras spam dimasukan sekali. Yang pasti anda kena tahu bagaimana ia berfungsi dan semua coding² yang memeningkan kepala ni. Saya dah pening. SMF forum pun ok jika anda ingin membina forum.
Posted in Berita | 4 Comments »