Raja Adsense

Archive for July, 2007

Jangan Jadi Katak Dalam Periuk

Monday, July 30th, 2007

katakAik..pelik nampaknya tajuk hari ini..hehehe..Sebenarnya saya baru sahaja menghabiskan 1 buku yang saya beli semalam.Terdapat beberapa point dalam buku tersebut boleh dikaitkan dengan kehidupan kita.Saya pun baru tahu tentang cerita ini.

Seekor katak dimasukkan ke dalam periuk dan dinyalakan api.Katak ini langsung tidak melompat keluar dari periuk sehingga ia mati direbus.

Di US,kajian terhadap katak ini dilakukan. Mereka memasukkan katak kedalam periuk yang berisi air.Katak tidak melompat keluar kerana ia berasa selesa dengan air didalam periuk tersebut yang sejuk.Ia diibaratkan kehidupan kita selesa.Ia menyebabkan kita tidak mahu keluar dari zon selesa tersebut.

Api dihidupkan,air mula suam.Katak masih lagi tidak melompat keluar.Ia merasa yakin bahawa suatu ketika nanti,air tersebut akan sejuk kembali. Ia diibaratkan kehidupan kita yang sentiasa tertekan dengan kenaikan barang dan taraf hidup yang semakin tinggi.Kita berharap keadaan ini kembali pulih seperti sebelumnya.Walaupun tertekan,kita cuba tenteramkan perasaan kita,bahawa ia akan pulih kembali sama seperti katak yang mengharapkan air didalam periuk kembali sejuk.Kita tidak melakukan sesuatu bagi menangani masalah ini seperti katak tak keluar lagi ni???Air dah panas seperti taraf hidup kita yang semakin meningkat.

Air mula mendidih, katak masih lagi dalam periuk…Dah jadi Katak rebus. Kenapa dia tak keluar? Inilah yang akan terjadi jika anda tidak membuat sesuatu untuk meningkatkan lagi pendapatan anda. Mengikut statistik semakin ramai rakyat Malaysia yang mengalami ganguan perasaan kerana tekanan hidup dan kerja. Ini adalah kerana taraf hidup yang tinggi menyebabkan bekerja keras namun masih tak mencukupi. Kenapa pulak, kan dah bekerja keras? Ho.ho.ho.ho.Kenapa ye?

Sebab anda bekerja keras la!Anda tidak berusaha meningkat pendapatan anda.Sekeras mana pun anda bekerja jika ia tidak meningkatkan pendapatan anda, penamatnya adalah sama seperti katak rebus.

Apa yang saya ingin sampaikan ialah cuba hasilkan pendapatan tambahan.Mulakan perniagaan.Ini adalah kerana 9/10 rezeki dari perniagaan.Tidak kira la anda berkerja kerajaan atau swasta.Anda perlu keluar dari zon selesa anda. Apa yang akan terjadi jika anda jatuh sakit & tidak dapat bekerja?Bagaimanakah keadaan keluarga anda nanti? Pernahkah anda merancang semua ini? Kalu tidak, terus membaca…

Dengan keadaan dunia yang semakin “panas” ini anda perlu merancang untuk keluarga anda. Anda rasa gaji anda mencukupi atau tidak? Rasanya tidak.Tidak kirala rm3000 atau rm5000 gaji anda,pasti anda inginkan yang lebih banyak bukan.Apabila cukup hujung bulan,gaji anda dah pun habis digunakan.

Ini sebabnya anda perlu merancang kewangan dan masa depan anda.Walaupun jika anda dipanggil ke pangkuan Ilahi.Keluarga anda masih lagi dapat meneruskan kehidupan anda. Anda menyimpan?Adakah ia cukup untuk perbelanjaan keluarga anda? Jadi apa yang perlu anda lakukan? Banyak persoalan yang perlu anda jawab. Jadi renungkan lah.

Saya nak tahu apa yang anda akan lakukan? Reply kat komennya.Ia adalah berkenaan post akan datang.Jadi saya ingin feedback anda.Saya nak dedahkan strategi orang asing cepat kaya di Malaysia. Anda tidak pelik bagaimana pendatang asing jual aiskrim 20 tahun dahulu kini mempunyai banglo mewah. Ayah anda bekerja siang malam masih tak mampu untuk membina rumah mewah ini. Bagimana mereka lakukan,saya akan dedahkan pada post akan datang.

Apa yang saya nak tahu,apakah yang anda hendak lakukan mengatasi kekurangan wang ini. Jawap..Jangan tak jawap.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Bile IM Berhenti dalam Ebiz

Sunday, July 29th, 2007

Jika ingin menjadi usahawan, anda mestilah untuk menahan telinga dari kata² orang…Saya pun still ada mulut celupar cakap saya pemalas,xnak cari keje..Tu dari sedara mara sendiri tu.Saya buat tak tau jela sebab income saya lebih dari gaji dia.:p. Lantak dia la..Yang penting tiap² bulan boleh bagi kat mak duit,bayar hutang,bayar bil ,bayar diri sendiri (simpanan) & buat belanja.

Saya turut sedih gak Fai Flarebiz nak berhenti dari eBiz .Saya faham keadaan dia. Apabila dah tak tahan, it’s better to stop for a while. Tapi jika untuk selama lamanya saya rasa adalah tindakan yang salah. It’s okay buat ebiz secara part time sebab ramai orang membuatnya part time. Tak salah untuk mencari kerja sebagai keselamatan kewangan anda.

Dalam mengharungi kehidupan ini pasti ada kegagalan. Namun,bagaimana kita menghadapai kegagalan? Pengalaman saya sendiri daripada 20 laman web, 5 adalah gagal. Setiap laman web akan diberikan masa selama setahun, jika tiada hasil.Saya akan biarkannya atau jual je.

Berikan peluang kepada diri anda untuk bangkit.Jika kita terus menekan diri sendiri pasti akan mengalami tekanan yang melampau. Masalah ini boleh diatasi dengan berehat seketika. Jika akan memberi kelegaan dan masa untuk kita berfikir apakah kelemahan dan kekuatan yang perlu ditonjolkan dan dibina. Tiada orang sempurna, jadi jangan harapkan sesuatu yang sempurna dari diri kita.Ia hanya menekan diri sendiri.

Nasihat saya buat fai. Tabahkan diri anda.Apa yang fai buat pasti ada cabaran.Tidak kira la fai jadi IM atau tidak sebab Fai akan menghadapi masalah yang sama. Satu lagi jangan buat sesuatu yang “bodoh mcm dulu“.Kegagalan bukan penamat!

Kepada mereka yang ingin terlibat dalam ebiz samada secara part time atau full time.Perkuatkan diri anda. Cabaran sangat besar jika anda target pasaran Malaysia atau antarabangsa, bersedia la untuk menempuh segala dugaan. Anda akan bertemu dengan bermacam jenis manusia.Gunakan kebijaksanaan untuk menghadapi mereka ini. Jangan Api disimbah dengan petrol.

Salam Usahawan dari Saya,

Sham

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Projek Gelombang Pertama SmartZul

Friday, July 27th, 2007

Zul Smartusaha adalah antara orang pertama yang saya kenal ketika full time dalam EBiz dari Malaysia. Kini beliau telah melancarkan Projek Gelombang Pertama dalam membantu mereka yang berminat dalam ebiz. Sila Klik Sini.

Zul dah gelombang pertama.Saya masih tak bergelombang lagi.Hehehehe.. Saya pun ada banyak lagi ebook yang saya tulis tapi tak publish lagi. Tunggu la masa yang sesuai. Saya releasekan satu per satu nanti.

Zul adalah IM yang paling banyak release ebook percuma terbanyak setakat ni. I’m salute you Zul. Tahniah buat Zul. Tak semua orang boleh menulis banyak². Saya sendiri ada 4,5 ebook yang terbengkalai sebab kekurangan bahan.Saya akan sambung kembali nanti.

Nantikan Ogos nanti saya akan lancarkan eksperimen bagi Konsep pemasaran yang baru. Ia adalah eksperimen,saya tak expect benda ni tinggi. Tapi ia merupakan konsep pemasaran yang “tersangat” power. Kenapa? Sebab ia tiada sempadan & semua orang memelikinya pada hari ini.

Ia boleh dijadikan tools untuk melakukan pemasaran Viral.Ia lebih berkesan berbanding pemasaran internet.Ini adalah kerana tidak semua orang mempunyai internet di rumah.Jika mereka tiada internet,jadi kadar capaian agak berkurangan. Apabila tool ini dimiliki oleh semua orang,jadi pasaran akan lebih besar. Saya akan dedahkannya nanti.

Jangan lupa Download koleksi Ebook SmartZul di Sini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Gila la..I Phone kene blender pun orang berebut beli?

Thursday, July 26th, 2007

Saya explore youtube. Pastu jumpa video I Phone Kene Blender. Lepas tu dia jual kat ebay. Sekarang ni bid adalah USD888.88 kat Sini. Ni la internet, semua benda boleh jual termasuk la kapal selam.Iphone blender pun jadi.Bukan boleh guna lagi pun iphone tu.

Masih ada 3 hari untuk tamat. Apa yang dia guna ialah video marketing. Dia buat video dia blender I Phone yang menjadi kegilaan ramai masa ni. Orang semua terkejut sebab dia blender betul sampai jadi abu.Betul ke jadi abu? Ada camera trick skit tu.:p

Apa yang dia nak tunjuk ialah kehebatan blender dia boleh hancurkan I Phone. Jadi orang akan berebut² dapatkan blender dia. Apa yang ditawarkan di ebay ialah i phone yang kene blender dan blender dia. Jadi dia ulang² jual benda yang sama. I phone hancur bersama dengan blender dia yang power yang berjaya menghancurkan iphone yang menjadi kegilaan ramai.

Sayangnya kat Malaysia, tahun depan baru la kita dapat iphone. Rasanya masa tu dan keluar versi baru.:p. Lambatnye Malaysia ni. Kalo nak cepat, beli je kat ebay. Mesti ada orang jual tapi stand by la sebab ia akan menjadi rebutan dari orang negara yang tak xde iphone lagi.

Memang power la Apple buat marketing. Jadi macam buku Harry Potter la pulak.Kene serbu. Tapi saya tak minat benda gadget ni. Habiskan duit je. Baik simpan guna untuk buat duit. Biarkan duit bekerja untuk anda, bukan anda bekerja untuk duit.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Apa nak buat bila dah dapat akaun Adsense?

Tuesday, July 24th, 2007

Disebabkan ramai yang bertanya soalan ni.Saya tulis la kat sini agar ia memberl manfaat kepada semua. Apa yang perlu anda buat ada terus update blog tersebut. Ini adalah kerana enjin carian sukakan blog kerana ia sering diupdate. Jadi selalu la update laman web/ blog anda. Kalo nak tau camana nak dapatkan akaun adsense pulak? RajaAdsense.com ada jawapannya.
Dengan blog ia sangat senang,kita taip dan klik publish.Ia berlainan dengan laman web kerana kita per design terlebih dahulu. Terdapat beberapa cara untuk update dan promote blog anda. Ini adalah antara yang biasa orang buat.

  1. Artikel dari Artikel Direktori
    Ini buat mereka yang “malas” skit atau tak sempat nak tulis atau memang tak tahu tulis.:p. Anda boleh mengambil artikel dari artikel direktori seperti articletrader.com, goarticles.com, articlecity.com dan banyak lagi. Google la ye! Jangan lupa letak kredit penulis artikel tersebut.Buat mereka yang tau apa yang saya maksudkan kredit tu ialah link ke laman web penulis.
  2. Video Blog
    Anda boleh masukkan video ke blog anda. Anda boleh cari video yang sesuai di Youtube, Yahoo Video,Google Video, Veoh, Dailymoon dan banyak lagi. Google la ye! Caranya, ambik kod embed dan masukkan ke dalam posting anda dan publiah.SIAP!
  3. Gambar
    Masukkan gambar² yang anda ambik dengan camera anda. Masukkan sedikit ulasan.Pendek pun takpe. Gambar² ni boleh gak dijadikan video untuk video marketing blog anda. Selamat mencuba. Ia cukup berkesan!
  4. Promosi
    Terdapat banyak cara untuk promosi.Anda boleh gunakan social networking seperti friendster,myspace dan sebagainya. Anda juga boleh gunakan video marketing, link exchange dan banyak lagi.Nak buat kain rentang pun boleh.
  5. Cari info baru
    Bila dah ada blog tu,cari la info baru. Rajin² la lawat blog orang lain & komen.Komen yang berisi la.Bukan komen, “betul tu” sebab semata mata nak dapatkan link dari blog tersebut. komen pun sebenarnya boleh tarik trafik ke blog anda, lebih lebih lagi jika komen anda bernas. Jika komen anda bernas, orang akan berminat untuk ke blog anda.
  6. Berforum
    Forum adalah tempat perbincangan. Anda cari la kenalan dan sertai perbincangan mereka.Tunjukkan bahawa anda adalah pakar dalam bidang tersebut. Sebenarnya kat forum terdapat ramai yang suka menyampuk. Walaupun tajuk tu dikira sebagai “nonsense” tapi ada orang yang menyampuk.Bukan di Malaysia je, ia turut berlaku di forum antarbangsa. Anda boleh cari maklumat jugak di forum tersebut.Jika anda ingin menulis ebook sendiri, anda boleh cari masalah dan penyelesaian yang terdapat di forum tersebut & jual la. Nak bagi free pun boleh sebab ia boleh membina kredibiliti anda.

Ini adalah antara yang perlu anda buat. Jika anda buat & mengharapkan orang terus masuk, sorry la ye.Takde orang masuk. Anda perlu usaha untuk buatkan orang masuk ke blog anda. Tanpa promosi, perniagaan apa sekalipun akan kaput. Begitu juga blog anda perlukan promosi untuk memberitahu bahawa blog anda WUJUD.

Ada juga yang merugut kepada saya bahawa Adsense dia baru 90sen selama 6 bulan.Apa yang dia buat sebenarnya? Buat blog dan tinggal? Pastu mengharap kaya dengan adsense? Sedar la.Apa yang dibuat tu adalah salah. Mulakan sebagai hobi anda. Duit akan datang kemudian.

Buat duit dengan Adsense bukan metos. Ia telah dibuktikan oleh Ali seperti dalam report dari http://tipadsense.com/report . Ia merupakan satu pendedahan yang berguna untuk semua. Ia adalah percuma je.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan