Raja Adsense

Kickstart Perniagaan Anda

Written on July 1, 2007 – 6:42 pm | by sham |

Rata ratanya yang saya jumpa kebanyakannya takut untuk memulakan perniagaan mereka sendiri walaupun mereka tahu bahawa 9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Salah satu faktornya ialah kerana mereka berada dalam situasi yang “selamat dan selesa”. Pasti ada yang berfikir “Aku sekarang dah keje, nak buat apa aku nak berniaga?Menyusahkan je.”. Ini adalah antara alasan yang biasa yang diberikan oleh mereka.

Kenapa? Ini adalah kerana mindset yang ingin sesuatu yang senang. Ia menyebabkan mereka tidak mengekploitasi potensi sebenar mereka. Saya pasti ramai yang mempunyai sikap kejurujualan yang sangat tinggi. Cuma mereka ini lebih gemar  “bekerja” dan mempunyai perasaan setia pada majikan. Bukan saya nak mereka berhenti kerja. Apa yang saya ingin sampaikan,kenapa mereka tidak membuatnya secara part time. Contoh terbaik ialah Shuth aka MohdSuhaimy. Beliau bekerja dan dalam masa yang sama mempunyai perniagaan dimana hasilnya melebihi gajinya bekerja.

Caranya bagi pemangkin untuk berniaga ialah partner. Apa yang saya ingin anda cari ialaha sahabat (bukan kawan) yang mempunyai keinginan yang sama. Mulakan perniagaan anda. Mulakan perniagaan yang mengunakan modal yang rendah dan dibawah RM5000. Kenapa sahabat dan bukan “kawan”? Ini adalah kerana sahabat akan mengharungi susah senang bersama. Jika kawan, dah ada banyak kes “Kawan makan Kawan”. Jadi berhati hati la ye.

Kenapa pulak RM5000?Bagi saya ia nilai kompetitif bagi memulakan perniagaan kecil kecilan.Sebenarnya RM500 pun dah cukup tetapi anda perlu ingat anda perlu reservekan wang anda 3 agar jika sesuatu berlaku.Ia cukup untuk back up perniagaan anda.

Bagi perniagaan internet, RM500 adalah sesuatu yang relevan jika dikira secara lengkap anda memerlukan RM100 untuk domain dan hosting. Lebih kurang RM180 untuk setup payment gateway 2CO. Dan selebihnya untuk autoresponder berbayar dan internet. Jika anda tidak tahu membina laman web sendiri. Sediakan modal tambahan untuk mengupah designer bagi membina laman web untuk anda. Ini saya beranggapan anda telah mempunyai komputer sendiri.

Jika masih belum mempunyai komputer, RM5000 lebih sesuai sebagai modal. Namun,anda tidak semestinya memulakan pernigaan internet semata mata. Anda juga boleh memulakan perniagaan offline. Jual air soya kat pasar malam ke?Buat kelainan dari orang lain. Saya pasti anda tidak pernah meminum air soya berperisa bukan? Ini adalah kerana tidak pernha lagi orang jual di pasar malam. Kos bagi 1 plastik air soya itu sebenarnya hanya 20sen sedangkan harga jualan rm1.

Tiada lagi yang membuat kelainan dengan membuat air soya berperisa coklat,vanilla dan sebagainya. Saya pernah membuat air soya berperisa coklat,vanilla, kopi dan strawberry di rumah.Ia sememangnya sedap. Saya sering terfikir kenapa la orang tak jual soya berperisa ni. Mungkin mereka tak pernah menghadiri kursus kot.:p. Saya pernah mengikuti kursus membuat air soya. :P. Bulan puasa ni saya nak try jual kot, air soya berperisa…he.he.he

Berbalik kepa tips kickstart perniagaan anda. Pinjam motto Saifulsham skit “Start Small Finish Big”. Jangan nak bolot semua.Buat satu persatu atau fokus kepada core pernigaan anda. Jangan nak memandai untuk buat semua kecuali anda merasakan anda mampu membuatnya.Namun,saya tak galakkan anda buat semua.  Jangan terpengaruh sangat dengan kejayaan orang.Bila tengok orang berjaya dalam forex,kita pun buat forex. Kita tengok orang berjaya dalam Adsense, kita pun terhegeh hegeh nak buat adsense jugak.

Sham buat forex ke tak?Saya tak buat forex. Forex bukan bidang saya.Tapi saya baca tentang forex & tahu serba sedikit tentang forex. Ia hanya sekadar untuk menambah ilmu. Sebab itu saya ada cerita tentang Forex atau Tukaran Wang Asing sebelum ini. Kalo orang tanya,saya boleh jawap.Tapi saya bukanlah seorang yang pakar.

Bagaimana pulak dengan Adsense?Yang ni memang kemahiran saya. Saya memang fokus pada Adsense dan perkara seangkatn dengannya seperti iklan dan sebagainya. Ia adalah core perniagaan saya.Saya jugak jual beberapa produk fizikal.Ia adalah eksperimen saya terhadap pasaran Malaysia. Namun,jika inginkan profit margin yang lebih tinggi.Fokus pada pasaran antarabangsa. Anda boleh lakukan hanya  dengan perniagaan internet. Jika perniagaan konvensional ia agak sukar ke antarabangsa kerana ia memerlukan modal yang besar.Namun,ia tidak mustahil.

Baiklah.Kita sambung lagi nanti. Jika anda ingin ahu kesilapan yang telah dilakukan oleh usahawan² internet Muda Malaysia sila dapatkan di SiNI. Ia adalah percuma.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan