Raja Adsense

Panduan Membeli Barangan Komputer

Written on July 3, 2007 – 1:02 am | by sham |

Ramai diantara pembaca blg ini yang sering mengupgrade komputer anda. Saya pun sama.:p.Saya baru sahaja menambah DVD-RAM berjenama Panasonic kat pc saya.RAM bukan ROM. Ia adalah berbeza kerana DVD-RAM adalah DVD burner yang berkebolehan untuk burn DVD boleh dikatakan semua iaitu (+,-) dan sebagainya termasuk DVD terbaru iaitu DVD-RAM. Keliru bukan burner dan DVD mempunyai nama yang sama. DVD-RAM ni boleh dikatakan mcm DVD rewritable.

Diatas adalah gambar DVD RAM.Gambar DVD RAM burner saya tak jumpa la pulak. Setakat ni rasanya hanya Panasonic yang mengeluarkan DVD RAM.Kalo info salah harap tengur ya!.

Berbalik kepada panduan membeli barangan komputer.Saya akan senaraikanya.

1. Bandingkan Harga
Sebelum membeli bandingkan harga dengan kedai² lain berdekatan dengan anda.Semasa pc fair,survey harga mereka dan bandingkan.Ini adalah langkah jika pc fair diadakan.Ini adalah kerana ketika pc fair,harga “agak” turun.Jadi anda boleh bandingkan,syarikat mana yang sanggup bagi murah.Jadi anda boleh tahu samada ia bermodal besar atau tidak. Jika bermodal bersar,mereka akan berikan harga yang lebih murah kerana mereka akan membelinya secara borong.Jadi harganya lebih murah.

2.Dapatkan Lebih
Apa yang lebih tu?Maksud saya ialah barangan lebih.Jika beli sesuatu barang,cuba usik mereka agar mereka beri extra atau benda percuma. Sebagai contoh saya membeli DVD RAM burner  dengan harga yang paling murah & dapat free satu keping DVD RAM. Jadi saya dapat jimat lebih & lebih untung. Jangan hanya beli je. Mereka kadang² terlalu teruja menjual sehingga terbagi benda free jika diminta.:P.Yang pasti anda perlu mintak.Bukan beli pastu bayar tak mintak pape sedangkan anda boleh dapat lebih.

3.Beli semasa PC Fair
Beli semasa PC fair.Kebiasaannya  ketika pc fair harga barangan komputer akan diturunkan.Mereka menurunkan margin keuntungan mereka untuk menarik minat pembeli ke kedai mereka selepas habis PC Fair. Mereka sebenarnya masih untung cuma mereka menurunkan margin keuntungan. Bagaimana saya tahu? Saya pernah bekerja sebagai Branch Supervisor syarikat yang menjual komputer & saya pernah handle ketika PC Fair. Beli semasa hari terakhir PC Fair.Ketika ini mereka akan kurangkan harga menyamai harga kos atau untung sedikit sahaja. Hari pertama mereka akan buat untuk test sambutan & buat analisis untuk hari esok. Hari last mereka akan “all out” kerana mereka tak nak bawa balik barang tersebut. Jika boleh mereka ingin balik dengan lori yang kosong.Ini adalah kerana barangan komputer sangat cepat turun harga.Jadi mereka perlu jualnya sebelum ia turun harga.

4.Brand atau Jenama
Pastikan barangan yang dibeli mempunyai jenama dan establish.Namun ia bergantung kepada kualiti barangan.Contohnya Hardisk Samsung kurang berkualiti berbanding Western Digital. Ini adalah kerana kepakaran Samsung bukan pada hardisk tetapi barangan elektronik lain.Ia sememangnya lebih murah kerana ia lebih kepada produk eksperimen samsung.Jika mereka berjaya,mereka pasti menguasai industri. Begitu jugak barangan lain.Namun,mahal tak semestinya berkualiti.Murah tak semestinya tak berkualiti. Tips ini memerlukan anda tahu tentang perkembangan teknologi komputer. Ia sangat cepat berkembang.

5.Keperluan
Anda juga perlu kaji perkembangan masa kini.Asas bagi komputer adalah motherboard, cd rom(rw,dvd,dvdrw & seangkatan dengannya), monitor, casing(sekali dengan power supply), speaker, tetikus & keyboard. Ini adalah asas sebuah komputer.Floppy drive orang dah tak guna sekarang.Semua dah guna pend drive. Yang lain adalah accessories seperti headphone,grafik card,sound card dan sebagainya. Dapatkan yang asas terlebih dahulu.Anda boleh tambah accesories kemudian. Jangan beli sekali gus.

Ini adalah panduan biasa sebelum membeli komputer.Ini adalah penting bagi membantu anda berjimat diatas barangan komputer.Saya hanya membeli barang komputer ketika pc fair kecuali ia terdesak contohnya ketika motherboard komputer saya rosak disambar petir baru² ini. Namun, itu pun setelah survey di beberapa kedai. Dapatkan harga yang terbaik + ada extra.:p

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 7 Responses to “Panduan Membeli Barangan Komputer”

  2. By nuaim on Jul 3, 2007 | Reply

    TIMA KASIH BRO…nampaknya kena la saya belajar tawar menawar ni..kengkadang tu agak segan skit la bro..

    hehehe..ari tu pernah saya terkena kelentong..huhu..mahal giler satu barang tu dan saya terus beli sebab nak guna..nak tau apa barang tu..

    usb utk connect nset ke laptop..RM50 tanpa kotak dan tanpa free software..aduss..time tu agak bengap skit..

    tapi ..dah setel..rupa2nya peniaga2 i tak suka kecoh2..buat je kecoh tak puas hati, terus diorang gelabah dan bagi apay customer nak..biasa la nak jaga periuk bisnes…

  3. By bizmalaya on Jul 3, 2007 | Reply

    untuk lebih jimat beli yang terpakai..tak semestinya yang terpakai itu tak bloeh guna…kena pandai tengok ler samada pc tersebut masih ok atau tak atau cuba kaji berapa lagi tempoh hayatnya.

  4. By sham on Jul 3, 2007 | Reply

    Ok jugak nak beli yang second..Tapi tengok pada keadaan la..Saya tak suka beli barangan 2nd secara online sebab saya lebih suka tengok keadaan barang dulu..Kalo yang baru,tak kisah beli online..tempat biasa.. lelong.com.my.

  5. By saiful on Jul 3, 2007 | Reply

    memang betul sham cakap kalau nak beli brg2 komputer sebaiknya kat PC Fair…coz diorang memang nak clear stok terutama ketika hari terakhir…. lagipun byk pilihan…

  6. By nuaim on Jul 5, 2007 | Reply

    en sham..nak tanya skit..boleh percaya ke lelong.com.my tu..betul2 berlaku transaksi ke?

    saya risau ar kalo2 dah bank in tapi tak sampai produk..

    en sham ada tak panduan untuk lelong.com.my ni, kalo nak buat satu posting ttg how to okay jugak..

    ps: blog revenue tu lambat nak acces la..naper..link bawah ni saya dapat dari blogcatalog..mungkin boleh membantu utk increase speed ke..( sayang tak dpt nak akses dgn mudah )
    http://blogosquare…-speed-up-your-blog/

  7. By sham on Jul 5, 2007 | Reply

    nuaim boleh beli buku Raja Lelong di kedai buku berdekatan..Ia agak detail.

    Theblogrevenue tu kalo access dengan ie memang problem..kalo dengan mozilla ok..

  1. 1 Trackback(s)

  2. Jul 3, 2007: malaysiastory.net

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :