Komuniti dan Rangkaian
Suka atau tidak komuniti dan rangkaian merupakan cara terbaik dalam pembinaan perniagaan.Ia terbukti apabila semua perniagaan melibatkan komuniti seperti Myspace,Youtube,Flikcr,Hotmail dan banyak lagi dibeli oleh syarikat besar dengan harga yang cukup tinggi.
Ini adalah kerana mereka mahukan komuniti oleh yang dibina oleh laman web tersebut. Lagi ramai komuniti.Lebih tinggi nilai perniagaan yang boleh dijana oleh komuniti tersebut.Bayangkan jika ia mempunyai komuniti seramai 100 juta orang?Jika mereka menawarkan sesuatu tawaran yang hanya bernilai beberapa dollar.Mereka dah dapat berjuta dalam masa yang singkat.
Begitulah kuatnya pengaruh komuniti dalam perniagaan.Tidak kiralah ia perniagaan online atau offline.Jika offline ia akan ke arah MLM atau multi level marketing. Jika perniagaan berasaskan komuniti ia biasanya mengambil masa untuk membina komuniti.Namun hasilnya pasti akan lumayan jika anda mempunyai komuniti yang besar dan ramai.
Dalam pembinaan komuniti,anda perlu la mempunyai target market anda.Siapakan golongan sasaran anda. Golongan profesional,pelajar, warga emas, pengangur,staf kerajaan dan sebagainya. Cara pemasaran bagi setiap target market tersebut adalah berlainan.Ia memerlukan pendedahan dan pendekatan yang berlainan bagi menarik minat mereka menyertai komuniti anda. Jika anda target golongan pelajar,fikir bagaimana pelajar berfikir. Cari apa yang mereka mahu dan sediakan penyelesaian. Sebagai contoh “kerja” adalah apa yang dicari oleh golongan pelajar.
Jika golongan warga tua, mereka lebih berminat kepada spiritual dan berehat bersama orang tersayang.Contohnya mereka lebih berminat kepada perkara seperti Haji,umrah, ceramah agama dan sebagainya. Sediakan apa yang mereka minat.Pasti ramai yang berminat dengan komuniti anda.
Akhir kata” Berikan apa yang pelanggan anda mahu” bukan apa yang anda mahu.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





