Sekitar Seminar Perniagaan SMS
Hari yang cukup meletihkan namun ia berbaloi. Seminar perniagaan sms yang pertama telah pun selesai. Saya sampai di KL pada pukul 6 pagi di Hentian Putra.Pukul 7.45 saya naik LRT ke stesen Hang tuah dan menaiki Monorel ke Bukit Nanas. Tibanya di Bukit nanas,saya tercari cari jugak kat mana hotel pacific regency. Cari la hotel yang ada signboard Pacific Regency berdekatan dengan Bukit Nanas tu. Kemudian saya teringat tentang alamat dia di menara Pan Global. Nampak dekat dari stesen monorel bukit nanas.
Rupanya kene jalan agak jauh untuk sampai ke menara tersebut. Masuk je,saya nampak banting seminar perniagaan sms.Tapi tempat takde pulak tulis kat banting tu. Saya pun main teka je tingkat berapa asalkan jumpa hotel.Lif dibawah tak ke lobby hotel, tu yang pelik kerana lobby hotel berada di tingkat 7. Saya pun je lift u sampai tingkat 22,rupanya kat situ seminar. Kat bawah takde orang pun,staff pun takde.Nasib baik tekaan saya betul & sampai jugak kat bilik seminar dia.
Sampai disana dah ada beberapa orang peserta lain yang sedang menunggu urusetia bersiap. Saya ingatkan dah terlewat sebab saya sampai pukul 8.45 sebab tersesat seketika semasa menjadi jalan ke hotel Pacific Regency.Rupanya crew irwan still bersiap,kami pun bersarapan dengan air kopi & jus oren.Pukul 9 lebih baru la pendaftaran bermula dan peserta masuk ke bilik seminar. Tempat dia bagus.
Makanan pun sedap kat hotel ni.Apa yang susah skit hotel tu takde paip air. Kalo nak buang air je salap dengan tisu jela.nasib baik perut saya tak meragam pagi tu.Kalo tak,tak sanggup pkai tisu je.:p.Tak biasa la…huhuhu..Tempat buang air kecik pun pakai sensor.Canggih betul & menyusahkan orang je. Nak ambik wuduk plak terpaksa kangkang luas kat sink dia..
Irwan menguasai seminar dengan baik dengan pendedahan tentang perniagaan sms, pengalaman beliau,risiko, kos pengiklanan dan sebagainya. Peserta juga diberika tugasan bagi memudahkan pemahaman tentang konsep perniagaan sms.Banyak la jugak benda yang saya dapat.Saya ada beberapa idea yang boleh di smskan.Cuma saya rasa saya akan buat satu persatu nanti.Yang penting saya kene fokus.
Apa apa perniagaan sekalipun kita mestilah fokus.Jika tidak anda akan kehilangan arah. Satu lagi anda perlukan mentor jika bidang yang anda ingin ceburi adalah bidang yang baru.Anda boleh jadikan irwan sebagai mentor jika anda berminat untuk memulakan perniagaan sms anda.Saya tak berkesempatan untuk membeli buku Irwan.maybe lain kali saya beli. Buku dia just ada 5 biji je tadi.Semua telah dibeli oleh peserta.
Irwan akan buat seminar kedua pada 18hb Ogos nanti. Seperti biasa,jika anda daftar awal anda akan mendapat dengan harga yang murah.Pendaftaran bagi seminar kedua pun telah bermula. Saya cadangkan anda ke
Harap seminar ini dapat membuka minda para peserta lain untuk memulakan perniagaan sms. Ingat pesan irwan,untuk permulaan gunakan dengan harga yang murah & kecil terlebih dahulu agar memahami konsep perniagaan sms.Kemudian barulah memulakan dengan skala yang lebih besar. Bak kata saifulsham.. Start Small, finish Big. Anda tidak perlu start big kerana ia berkemungkinan berakhir dengan nothing. Fahamkan konsep terlebih dahulu.
Ini gambar selepas seminar yang pertama:
Lebih dari 30 peserta yang hadir.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






4 Responses to “Sekitar Seminar Perniagaan SMS”
By Fai on Jul 10, 2007 | Reply
Waa.. jeles giler xdapat pg kali ni sbb kenduri kawin abang saya kat Perak pada tarikh sminar tu..
Yg lg sedih tu plak tarikh sminar ke 2 tu pulak saya akn blk kmpung kenduri kawin kakak sedara saya.. Arghh.. tidak.. rugi btul..
PS: Harap ada yg ke 3 nanti.. ;(
By Maizul on Jul 12, 2007 | Reply
Tahniah buat Sham sbb dengar cerita dapat banyak komisyen dari smswang
By sham on Jul 12, 2007 | Reply
Boleh la cikgu.. Skit²..tapi duit tu akan dilaburkan balik untuk sms biz balik..
By jomkaya on Oct 27, 2007 | Reply
sory. telupa.saya URL blogger. boleh tolong komen. terbukti berkesan?saya ni baru nak belajaq.dah ketinggalan kot.tolong bagitau saya bila ada kos..ok.kalau betui tahniah le..