Raja Adsense

Blog anda,update setiap hari atau beberapa hari sekali..

Written on July 14, 2007 – 2:27 am | by sham |

Beberapa hari saya tak update blog ni..Alexa ranking pun mencanak turun daripada 150K kepada 200k..Maknanya persaingan makin sengit.Saya ada jugak eksperimen traffik jika update setiap hari update dan jugak tak update beberapa hari.

Saya dapati jika saya update setiap hari,trafik akan meningkat.Jika saya tak update,trafik/pelawat berkurang.Kalo tak percaya tengok pada alexa tu. Cepat betul dia naik.

Begitu jugak kepada mereka yang buat blog adsense.Pastikan anda update setiap hari. Tulis sedikit pun dengan topik yang relevan. Jangan buat blog rojak yang bercampur gaul. Kejap pasal ultramen, sekejap pasal transformer. Tapi jika ia adalah blog personal, ia tidak mengapa untuk lari dari topik sebab ia adalah berkaitan dengan hidup anda.

Jika anda buat untuk adsense..pastikan anda tidak lari dari niche atau topik yang anda pilih. Buat link ke post² anda yang terdahulu.Ia adalah penting untuk SEO blog anda. Jika anda perhati blog mereka yang pakar seperti problogger. Mereka akan link kepada post mereka yang sebelumnya.

Ia secara tidak langsung akan  membawa pembaca blog mereka kepada post mereka yang lama dan yang lebih lama. mereka juga sentiasa mengaitkan post mereka dengan yang terdahulu kerana mereka tidak “lari” dari niche mereka. Mereka akan pastikan post mereka setiasa dalam lingkungan niche mereka.

Sebab itulah anda perlu membuat kajian sebelum memilih sebarang niche/topik fokus anda. Ada jugak yang terpengaruh dengan keyword mahal. Sebenarnya ada kalanya penggunaan keyword mahal menjadi ada kalanya tidak. Ini adalah kerana keyword mahal  turut dibanjiri dengan ads MFA site yang mengunakan teknik arbitrage. Jika anda ingin fokus pada keyword mahal,pastikan kandungan anda berkualiti dan tiada duplicate content.

Jadi cuba² la untuk belajar bahasa inggeris. Ia tidak merugikan anda kerana ia pasti akan anda gunakan dalam menulis blog anda. English broken? Lantak la. Asalkan apa yang anda ingin sampaikan tercapai dan pembaca anda paha..itu sudah cukup. Anda tidak perlu tulis dengan kandungan yang perfect dengan past tense nye,present tense nye ke apa…(uisk..betul ke eja tense tu ek? dah lupa dah..:P)

Jika anda masih baru,teruskan berusaha. Kejayaan tidak akan datang dalam masa yang singkat. Ia memerlukan pengorbanan yang besar dalam mencapai kejayaan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 3 Responses to “Blog anda,update setiap hari atau beberapa hari sekali..”

  2. By Maizul on Jul 14, 2007 | Reply

    Payah jugak nak dapat rank Alexa ni. Nampak gayanya sham kene la update hari-hari.

  3. By nuaim on Jul 17, 2007 | Reply

    kat blog saya tu en sham, banyak kali jugak kena kutuk ngan mat salleh..grammar out…hahaha

  4. By abdfatah on Jul 17, 2007 | Reply

    oooooooo…. begitu ceritanya. kena link ke post yang terdahulu dan terlebih dahulu? nak try jugak laaa… sikit2 je buat gitu. blog saya entah apa-apa dah jadinya…

    tapi tetap dengan cari duitnya… hihiiii

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan