Raja Adsense

Ilmu Hitam dan Masyarakat Melayu

Written on July 14, 2007 – 6:27 pm | by sham |

Dikala zaman moden sekarang masih ada masyarakat kita yang masih mengamalkan ilmu hitam untuk melepaskan dendam dan menjatuhkan orang lain. Saya dah dengar banyak cerita bagaimana sebuah kedai yang maju secara tiba tiba tiada orang yang datang sehingga gulung tikar. Sedangkan mereka sesama bangsa,agama dan yang penting,sama sama berniaga.

Kenapa perkara ini masih wujud? Ilmu hitam dan hantu saka masih menjadi pegangan masyarakat hari ini. Jika dibuat filem tentang hantu dan ilmu hitam..orang ramai berpusu pusu ke pawagam dan melekat di televisyen.. Tak kisah ia Waris Jari Hantu ke, Pontianak Busuk Malam ke Susuk ke…pasti akan mendapat sambutan. Ini adalah kerana terdapat permintaan dari masyarakat melayu dan masih ada yang mengamalkan benda sebegini.

Saya sendiri pernah terkena bahana ilmu hitam ini.Dan saya masih lagi menderita kerana ilmu hitam. Ia berlaku hanya kerana sebab dengki. Dan ia berlaku semasa di universiti lagi. Dah 2 tahun saya cuba berubat moden dan cara islam.Ia tidak dapat dikurangkan lagi. Saya ketika di kolej agak aktif dalam apa apa projek kolej ketika dahulu. Namun,ada jugak orang dengki. Saya tidak tahu sehingga la 2 tahun lepas ketika saya melihat bomoh berubat. Dia datang kepada saya,bahawa saya terkena buatan orang…Hah!!!Saya kena? Saya terkejut kerana tak sangka terkena buatan orang walaupun saya tak bermusuh dengan sesiapa. Dia gambarkan siapa yang membuatnya dan kenapa..

Bayangkan la..Budak yang berpendidikan tinggi pun mengamalkan ilmu hitam. Jika ada perkara perbomohan saya tidak pergi dekat kerana saya pasti bomoh tu pasti akan mendekati saya dan beritahu perkara yang sama. Jika yang pernah jumpa saya,mesti ada yang perasan saya sering batuk..Ia bukan batuk biasa. Saya dah jemu ke hospital cek sebab doktor pasti berkata tiada apa apa setelah memeriksa x-ray paru paru.

Sudah 2 tahun  menderita.Saya akan cuba berubat lagi.Ikhtiar adalah penting. Tunang saya pun kena.Bukan saya seorang. Ia berpunca dari perasaan dengki sehingga kekasih saya ketika itu pun terkena (kini dah bertunang). Saya masih tak tahu siapa punya angkara dan saya tak nak tahu.Apa yang saya harapkan agar dia bertaubat diatas apa yang dia lakukan. Terlibat dalam ilmu hitam adalah berdosa besar. Semoga Allah ampuni dia jika dia bertaubat.

Jika anda di Perak & tahu ada ustaz yang hebat dalam mengubat masalah ilmu hitam harap dapat bagitau saya.Ia untuk mengubat tunang saya. Saya? Kat terengganu ada beberapa bomoh yang belum saya temui.Saya akan ikhtiar jumpa mereka. Datuk saya sebenarnya seorang bomoh.Tetapi beliau dah uzur. Saya boleh belajar tentang perbomohan tetapi saya tak nak.Saya hanya belajar beberapa ilmu tentang tassawuf dari datuk saya. Beliau merupakan seorang yang gilakan ilmu.Ada je guru agama,datuk saya pasti saya perti pergi belajar.Salah seorang guru Datuk saya adalah murid kepada Tok Ku Pulau Manis atau Sheikh Abdul Malek.Salah seorang tokoh agama terengganu. Kini datuk saya berusia 97 tahun.

Saya tiada apa yang nak tulis.Jadi saya tulis benda ni.Luahan hati la kiranya. tak larant dah nak simpan. Dengan berblog saya boleh luahkan perasaan jugak..Bukan hanya beri motivasi dan nasihat semata mata.

Doakan saya cepat sembuh ya!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 19 Responses to “Ilmu Hitam dan Masyarakat Melayu”

  2. By bizmalaya on Jul 15, 2007 | Reply

    eshhh…kesianya kat u…i ada pengalaman gak bab gini…arwah mak n ayah pun meninggal disebabkan ilmu hitam gak tapi kerana Allah.Dia yang mematikan dan mehidupkan seseorang.Sampai sekarang i tak boleh melupakan saat-saat penderitaan mak saya,oran sebelah rumah jer yg meneganakan dia…

  3. By saiful on Jul 15, 2007 | Reply

    salam sham,

    Kita bukan tak boleh jumpa bomoh….takut nanti iktikad kita kepada tuhan dah lari…iyalah bila kita berbomoh pastu baik pulak…mesti kita anggap bomoh tu yg ubatkan…lagipun byk bomoh sekrg ni penipu..kita umat Rasullullah saw yg paling lengkap krn nabi dah tinggalkan Al-Quran selaku mukjizat terbesar nabi..

    Sesuatu perkara buruk dan baik ada hikmahnya jika kita menghayati La haulawala Quwata Ilabillah maksudnya Tidak ada daya untuk mengelakkan diri dari bahaya kesalahan dan tidak ada kekuatan utk berbuat amal kebaikan kecuali dengan izin Allah. Apa yg berlaku kita kena berlapang dada dan berserah tapi jgn tak ikhtiar pulak.

    Nasihat saya kepada Sham sebaiknya pergi berguru kat mana2 guru yang MURSYID sahaja terutama tentang Al-Quran dan zikir nafas kerana ilmu perlu ada guru…baca buku sahaja bahaya takut Iblis guru kita.. amin

    p/s sori membebel lama pulak…semoga sham dan tunang akan sembuh!

  4. By sham on Jul 15, 2007 | Reply

    Hehehe..Saya pun kurang skit kalo “bomoh” tu semacam je..Kalo dia berubat dengan ayat quran..Saya pergi la..Bukan percaya sangat tentang bomoh.tapi perubatan islam saya percaya..Serupa jugak kalo ke hospital,pastu baik..Kita percaya doktor sembuhkan kita ke? Tak kan? Ke ada yang percaya doktor yang sembuhkan? :P.

    Sembuh..Ajal tu semua adalah kuasa dan izin Allah. Kita hanya berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit. Ini adalah dugaan Allah kepada saya dan keluarga saya. Maknanya Allah sayangkan saya..

  5. By saiful on Jul 15, 2007 | Reply

    Salam Sham,

    Allah Itu Sentiasa Ada Tetapi Tiada…. he he…amin

  6. By BAGAK on Jul 15, 2007 | Reply

    cuba baca ustaz ni punya blog

    mungkin boleh menolong

    http://emjayjb.multiply.com/

  7. By Muhammad Muaz on Jul 15, 2007 | Reply

    Untuk makluman bro sham, perkataan paling sesuai dan tepat untuk individu yang bro sham cari ialah ‘perawat’ , kat Malaysia nih ramai yang online bro sham leh try contact abg_ramz kat http://www.rawatansihir.com/forum .

    Harap membantu

  8. By sham on Jul 15, 2007 | Reply

    thanks atas info semua.. bomoh pun online sekarang.. Memang dunia IT la…:P..Semua benda leh dapat secara online..

  9. By Badruzamani Azmi on Jul 19, 2007 | Reply

    Tiada apa yang dapat saya katakan melainkan semoga Sham sabar. Sesungguhnya orang yang guna bomoh untuk ‘merosakkan’ orang lain adalah manusia syirik kepada Allah. Dosa syirik ini tidak akan terampun dengan minta ampun biasa. Tambahan pula, kalau dah berdosa dengan orang, Allah tidak akan ampun selagi mana ‘mangsa’ itu tidak mengampunnya. Itu tidak termasuk lagi dosa syirik kepada Allah. Allah juga tidak akan menerima apa - apa amalan yang baik dari manusia yang syirik kepada Allah.

    Semoga Sham cepat sembuh, dan banyak - banyak berdoa kepada Allah dan berusaha dengan baik. Insyaallah… sesungguhnya DIA MAHA BERKUASA dan kepada DIA kita memohon pertolongan. :)

  10. By sham on Jul 19, 2007 | Reply

    Thanks Badruzamani… Saya tak nak berdendam.. kalo orang tu tak minta maaf pun, saya maafkan.. saya tak nak “cari” dia kat akhirat kelak..

  11. By Rizal on Jul 19, 2007 | Reply

    Shidah pun kena ke Sham? Bila nak kawinnye..

  12. By Risnani on Aug 19, 2007 | Reply

    Salam…antara simpati dan marah saya sokong anda. Saya baru saja selesai mengubati diri sendiri dari ilmu tuju2 dari seorang rakan seperjuangan. Simpati pada saudara dan marah pada orang yang dicap berotak pandai tapi otak-otak kempas rupanya. Sebenarnya proses pengubatan itu ada dalam diri kita sendiri tak perlu buang masa dan wang ringgit…amat mudah dan senang. Saya bukan hendak menunjuk kepandaian, saya hanya seorang yang biasa dan tidak belajar tinggi tapi apa yang saya fahami saya sudi kongsi bersama. Perak jauh sangat nak ke sana. Saya di skudai johor. Hanya pemahaman, kesungguhan dan panduan yang betul akan dapat penyembuhan yang maksima. Memang, bila kita terkena ilmu hitam ini memang tidak disedari…pada mulanya saya hanya ambil jalan mudah hanya menepis tuju2 rakan itu sahaja lama kelamaan saya tekad untuk beri sikit pengajaran kepadanya…walaupun ilmu hitam ini tidak ilmu jahat tapi kita kena ingat tanpa ke izinan dari ALLAH ia tidak akan menjadi dan hanya ALLAH juga yang akan menyembuhkannya dan penyembuhan itu adalah secara mutlak jika kita memahami erti kehidupan sebenar….ini no. phone saya 091-7405016…

  13. By sham on Aug 19, 2007 | Reply

    Rizal,

    Tahun depan kot.

    Terima kasih kak Risnani,

    Saya bukan nak hantar balik.Just ubat diri saya & tunang saya. Tiada dendam dalam diri.

  14. By haizz on Nov 5, 2007 | Reply

    am truly disappointed in d malay community….i know of alot who still practice even though dey are well educated…i’ve been ’sent’ alot of stuff from those pple…

    im not saying all malays are bad but most i know of have tremendous amount of jealousy…..

    pardon writing in english my malay isn’t good….

    i suggest u visit imam not bomoh…bcause no matter wad i believe there’s no such thing as good bomoh bcuz black magic is black magic … ALLAH noes wad the bomoh might do to get more money or to keep u coming back to him…trust me i’ve been to many(my aunts advised)..

    kinda sad to see pple sending evil stuff just to satisfied their jealousy…trust me i’ve been sent stuff by my own family members….

  15. By ana on Dec 13, 2007 | Reply

    aslmkm….
    saya nak bg info, jika saudara ingin cuba berubat cara Islam….saya pun dulu terkena sihir, utk memisahkan saya dgn suami saya….saya baru je lepas berubat dgn seorang makcik ni, nama dia Robiah…dia di Kedah…dgr2 mmg ramai org kenal 3 beranak ni di sana….dia bersama ibunya dan suaminya….mereka 3 beranak…member saya yg recommendkan, sebab keluarga dia pun terkena buatan org…member saya ni kate, Ustaz Harun Din tu yg recommend pegi berjumpa dgn 3 beranak ni….Alhamdulillah, Allah beri keizinan tuk saya sembuh menerusi medium 3 beranak tu…dan Alhamdulillah, dgn izin Allah, saya & suami dah kembali ok…saya boleh bg h/p no dia…makcik Robiah=019-4625750….biaselah, org melayu kite mmg x suke pada kelebihan org lain….dan disebabkan tamak duit & harta, dengki, skt hati, org sanggup sihirkan org lain….mmg itu realiti masyarakat melayu kite…

  16. By zuzzu on Apr 11, 2008 | Reply

    Hello. ok i nak share with u something yang cukup mujarab untuk selamatkan diri dari ilmu hitam dan insyallah Allah (SAW) and lindungi.

    Malam sebelum tidur, ambil wudhu, baca ayat kursi.

    Amalkan baca surah An-Nisa, 44 kali, Al-Falaq 44 kali, 3 hari turut-turut. atau 5 hari atau 7 hari atau apabila anda tidak rasa tenang dan rase terganggu.

    Well, cakap secara jujur, I have gone thru teruk teruk dgn ilmu hitam ni sampai my family semua macam perang ke3, takde rezeki, almost bankrupt, rezeki kering, cari kerja semua tak dapat, muka jadi hodoh dan hitam, perut besar macam orang mengandung, muka macam orang tua, dan takut makan, takut minum, tak boleh bangun dari tidur. Hai teruk la saya kena.

    BUt Alhamdullilah, shukur kpd Allah (SAW), apabila saya amalkan begitu dan cuba sedaya upaya untuk sembahyang 5 waktu sehari, kehidupan saya mula berubah.

    Saya diberi kerja, walaupun saya hanya dibayar gaji kecik, saya tetapkan sedekah kepada masjid setiap bulan.

    Sekarang Allah tambahkan lagi rezeki saya. dan kehidupan saya rasa cerah.

    Tetapi jikalau, saya lalai, saya tetap rase diganngu lagi dgn ilmu hitam But I lawan back by reciting an-nisa 44 kali, al-falaq 44 kali. dan juga saya baca La haula wala kuwata illa billahi alil adhim sebanyak banyaknya saya boleh 100,200,300 kali. juga selalu say baca ya allah, ya allah, ya allah, ….. macam macam lagi la.

    Jikalau anda bacakan maksudnya tentang an-nisa dan al-falaq, anda akan jadi lebih yakin that that chapter of the Quran is indeed Ayat Penyembuh dari buatan jin, syaitan, iblis.

    Lepastu, dekat rumah. Awak boleh bukak Quran Surah Al-baqarah dan baca dan dengar. 3 hari turut-turut setiap minggu. Insyallah setan laknat akan lari dari situ.

    Cubalah Hai kaum muslimin/musliman ku.

    Semua penyakit ada sembuhnya. cari lah ubat nya dari Al-Quran. Ayat-Ayat Al-Quran.

    Tak payah cari bomoh,bomoh. Jagalah sembahyangmu, rajinlah sedekah.

    Jikalau mahu contact saya. email saya di deewane2806@hotmail.com

    Insyallah jikalau saya boleh tolong, saya akan tolong. Maksud saya, bukan tolong apa, tapi saya akan tolong anda lebih memaham and mendekatkan diri kepada Allah. bukan percaya saja, tapi amalannya pun important juga.

  17. By klip on Apr 21, 2008 | Reply

    Rasanya cerita hantu..bomoh…ilmu hitam memang fav kat M’sia…its a matter of the story line…picture….acting…..nak-nak sekarang ni byk kat tv n movies….byk yg menarik….

    Bagusnyer cerita ni ia memberi tahu kepada semua apa impactnyer pada semua….and yg tak bagus kekadang org yg tak pernah cuba akan mencuba disebabkan percaya apa yg boleh dilakukannyer….takut-takut yg mendapat pengajarannyer sikit…tapi penyikutner pulak yg berdouble-double….baik nak mengurangkan pengikut takut menambah pulak…tu yg tak bagus nyer…

    Sebagai org yg pernah terkena….rasanyer teruk la jugak….kalau betul-betul boleh gila….sedih rasanya…harapnyer org yg suka bikin org ni jgn ikutkan perassan marah….siasat dulu kesian org yg kena…kalau mati ..ahli keluarga yg terlibat mesti sedih….benda yg dia buat itu akan meninggalkan kesan yg dalam diri seseorang walaupun dia hidup….kalau marah byk benda lain boleh di buat….kan bagus kalau berterus terang…message yg di sampaikan tu jelas….

    Ada yg kena tu sebab iri-hati…..kenapa mesti macam tu….setiap manusia ada kelebihan masing-masing…..kalau digilap kelebihan itu nescaya akan berhasil…..yg penting kesungguhan….jiwa pun mesti bersih…dan memohon keberkatan dari allah….i really believe in it …because i tried the formula and it works….i achieve so many worderfull things in life……

    i know its hard not to feel iri-hati….sometimes i felt it too..kadang-kadang iri-hati ni buat kita rasa sedih…but i always pray in my heart…..i used to say…ada khidmah disebaliknyer…..satu hari my turn will come…..kalau teruk sgt rasanyer…..bacalah ayat2x yg patut….

    Macam manapun perassan iri-hati adalah satu virus yg patut di hindar…ada org suka menguji seseorg dengan memberi perasaan tu….tapi mereka tidak sedar….kalau org yg menerimanyer gagal membuang virus tu…i akan menjadi penyakit yg kekal di dalam hati seseorg….jadi kalau org tu takde perasaan iri-hati..janganlah uji…takut nanti tercemar pulak…

    Kalau bab-bab bomoh ni…saya kurang arif n berminat…tapi rasanyer yg original dan power patut ada tapi untuk tujuan yg membawa kepada kebaikan bukan keburukan….jadi walaupun berdosa pada org yg mengamalkan mungkin disebabkan tujuan baik jadi mugkin hukuman tu dikurangkan…Allah maha memahami…..Apa pun janganlah melampau-lampau sampai menambahkan recruit….

  18. By mizi airborne on Nov 4, 2008 | Reply

    lorh penah kene ke..hurmm meh datang umah jumpe parents sy..xpyhlah bende2 lain pakai ayat2 suci alquran jer..dorg bley bw jumpe sorg ustaz kat serdang..insyaallah bley di ubatkan, pakai ayat2 suci alquran jer..dulu kami satu family kene..berubatlah dgn dier..xpyh byar pe pun..org nyer kuat berzikir..kadang2 kte bukan kene sihir tapi ada saka yg mengikut..dtg lah k

  1. 2 Trackback(s)

  2. Jul 16, 2007: Ilmu Hitam, Sihir & Rawatan » x-kl
  3. May 2, 2008: Syifa di Al Kuliyyah TV3 | Shamsuriyadi.com

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan