Bile IM Berhenti dalam Ebiz
Jika ingin menjadi usahawan, anda mestilah untuk menahan telinga dari kata² orang…Saya pun still ada mulut celupar cakap saya pemalas,xnak cari keje..Tu dari sedara mara sendiri tu.Saya buat tak tau jela sebab income saya lebih dari gaji dia.:p. Lantak dia la..Yang penting tiap² bulan boleh bagi kat mak duit,bayar hutang,bayar bil ,bayar diri sendiri (simpanan) & buat belanja.
Saya turut sedih gak Fai Flarebiz nak berhenti dari eBiz .Saya faham keadaan dia. Apabila dah tak tahan, it’s better to stop for a while. Tapi jika untuk selama lamanya saya rasa adalah tindakan yang salah. It’s okay buat ebiz secara part time sebab ramai orang membuatnya part time. Tak salah untuk mencari kerja sebagai keselamatan kewangan anda.
Dalam mengharungi kehidupan ini pasti ada kegagalan. Namun,bagaimana kita menghadapai kegagalan? Pengalaman saya sendiri daripada 20 laman web, 5 adalah gagal. Setiap laman web akan diberikan masa selama setahun, jika tiada hasil.Saya akan biarkannya atau jual je.
Berikan peluang kepada diri anda untuk bangkit.Jika kita terus menekan diri sendiri pasti akan mengalami tekanan yang melampau. Masalah ini boleh diatasi dengan berehat seketika. Jika akan memberi kelegaan dan masa untuk kita berfikir apakah kelemahan dan kekuatan yang perlu ditonjolkan dan dibina. Tiada orang sempurna, jadi jangan harapkan sesuatu yang sempurna dari diri kita.Ia hanya menekan diri sendiri.
Nasihat saya buat fai. Tabahkan diri anda.Apa yang fai buat pasti ada cabaran.Tidak kira la fai jadi IM atau tidak sebab Fai akan menghadapi masalah yang sama. Satu lagi jangan buat sesuatu yang “bodoh mcm dulu“.Kegagalan bukan penamat!
Kepada mereka yang ingin terlibat dalam ebiz samada secara part time atau full time.Perkuatkan diri anda. Cabaran sangat besar jika anda target pasaran Malaysia atau antarabangsa, bersedia la untuk menempuh segala dugaan. Anda akan bertemu dengan bermacam jenis manusia.Gunakan kebijaksanaan untuk menghadapi mereka ini. Jangan Api disimbah dengan petrol.
Salam Usahawan dari Saya,
Sham




7 Responses to “Bile IM Berhenti dalam Ebiz”
By naim on Jul 29, 2007 | Reply
asam garam kehidupan..hari ni diatas,esok lusa dibawah..
sebagai hamba, itulah lemahnya kita..mengharap yang esa adalah segala-galanya..
tapi, tuhan tu tak kejam..dia dah pun ajarkan kita dalam surah al-insyirah berkenaan silih ganti kehidupan..
untuk bro fai, reshat kejap…sementara menunggu kepulangan bro fai tu,en sham kena la tahan gangguan dari newbie seperti saya ni..soklan demi soklan akan saya lemparkan..
harap2 disambut baik dan memeng pun selama ni en sham sambut dengan baik..
thanks en shamm..
ps: en sham, berkenaan hak cipta tak terpelihara, saya terperasan yang Dr Irfan jual produk2 berkenaan jana internet dan duit ni dngan CD dan buku fiziikal.. Kos memang agak tinggi, tapi dari segi copywright dan keselamatan tu agak terjamin bukan..apa pandangan en sham?
By saiful on Jul 29, 2007 | Reply
Dunia perniagaan memang begitu..bukan setakat IM sahaja….hasad dengki takkan ada kesudahan..yg penting..tawakal kpd tuhan…kuat iktikad kpd tuhan…pasti berjaya….amin
p/s bukan senang nak jadi senang…
By zuhairy on Jul 29, 2007 | Reply
ehmm,saya sendiri pun menceburi ebiz ni secara sambilan sahaja. bagi saya, walaupun tidak berjaya untuk kali pertama, sekurangnya saya dah belajar sesuatu. bayangkan dulu, saya tak pandai langsung nak buat website sendiri..apatah lagi nak wat ecover ebook.
tapi, setelah setahun belajar, sekarang dah boleh buat web sikit2, design sikit2..tapi tak sampailah tahap pro..terima kasih kepada yang banyak membantu.
By smartzul on Jul 29, 2007 | Reply
Dulu, Fai dah beberapa kali berundur tapi kemudian bangkit. Saya kagum dan itu membuktikan yg dia seorang yg tabah. Tapi kali ni, saya rasa biarlah dia berundur selamanya kalau itu dia rasakan yg terbaik baginya… Dan kita tidak boleh mengatakan yg dia bukan seorang yg tidak ada sabar sebab kita belum tahu apakah penghujungnya.
Lagipun, kalau kita suruh dia terus buat Ebiz, padahal ia hanya menyusahkan dia, hanya dia yg menanggung, bukan kita. Maka, rasanya kita perlu menghormati keputusan dia tersebut.
Mungkin selepas ini adalah permulaan hidupnya yg baru dan akhirnya berjaya melalui jalan yg lain. Siapa yg tahu…?
So bagi saya, ‘biarlah dia pergi’. Apa yg perlu kita lakukan adalah, doakan agar dia berjaya dan bahagia.
- zul
By abdfatah on Aug 1, 2007 | Reply
izinkanlah beliau berehat… jangan dipaksa lagi. bukan senang nak senang dan bukan hanya satu cara nak kaya. kalo pun berundur beliau bleh susun kembali strategi yang sedia… itupun kalo ada untuk mereka yang faham dengan beliau sahaja. yang lain takyah campur…
kenapa perlu berundur? dah tentu banyak cabarannya yang telah melanda Fai. kalo saya ikut cakap yang lebih mudah… “peduli apa orang nak kutuk kita”…. bukan mudah sebenarnya nak mentidakpedulikan apa orang kata…
ya… “peduli apa orang nak kata apa…” orang nak kata apa mereka punya pasal… kenapa? sebab di dalam dunia ini ada raaaaaaaamaaaaaiii orang…
betapa ramaiiiiiiiiiiiiiiiiii….nya orang. bukan seorang dua yang nak mengutuk. mereka memang tak dibayar untuk mengutuk dan mereka takpernahpun membayar bill api, bil internet, bil apa-apa bil sekalipun…
mereka peduli apa dengan itu semua?
By abdfatah on Aug 1, 2007 | Reply
bil api, bil telefon, bil internet yang kita gunakanlah…. hahhaa…