Raja Adsense

Jangan Jadi Katak Dalam Periuk

Written on July 30, 2007 – 9:18 pm | by sham |

katakAik..pelik nampaknya tajuk hari ini..hehehe..Sebenarnya saya baru sahaja menghabiskan 1 buku yang saya beli semalam.Terdapat beberapa point dalam buku tersebut boleh dikaitkan dengan kehidupan kita.Saya pun baru tahu tentang cerita ini.

Seekor katak dimasukkan ke dalam periuk dan dinyalakan api.Katak ini langsung tidak melompat keluar dari periuk sehingga ia mati direbus.

Di US,kajian terhadap katak ini dilakukan. Mereka memasukkan katak kedalam periuk yang berisi air.Katak tidak melompat keluar kerana ia berasa selesa dengan air didalam periuk tersebut yang sejuk.Ia diibaratkan kehidupan kita selesa.Ia menyebabkan kita tidak mahu keluar dari zon selesa tersebut.

Api dihidupkan,air mula suam.Katak masih lagi tidak melompat keluar.Ia merasa yakin bahawa suatu ketika nanti,air tersebut akan sejuk kembali. Ia diibaratkan kehidupan kita yang sentiasa tertekan dengan kenaikan barang dan taraf hidup yang semakin tinggi.Kita berharap keadaan ini kembali pulih seperti sebelumnya.Walaupun tertekan,kita cuba tenteramkan perasaan kita,bahawa ia akan pulih kembali sama seperti katak yang mengharapkan air didalam periuk kembali sejuk.Kita tidak melakukan sesuatu bagi menangani masalah ini seperti katak tak keluar lagi ni???Air dah panas seperti taraf hidup kita yang semakin meningkat.

Air mula mendidih, katak masih lagi dalam periuk…Dah jadi Katak rebus. Kenapa dia tak keluar? Inilah yang akan terjadi jika anda tidak membuat sesuatu untuk meningkatkan lagi pendapatan anda. Mengikut statistik semakin ramai rakyat Malaysia yang mengalami ganguan perasaan kerana tekanan hidup dan kerja. Ini adalah kerana taraf hidup yang tinggi menyebabkan bekerja keras namun masih tak mencukupi. Kenapa pulak, kan dah bekerja keras? Ho.ho.ho.ho.Kenapa ye?

Sebab anda bekerja keras la!Anda tidak berusaha meningkat pendapatan anda.Sekeras mana pun anda bekerja jika ia tidak meningkatkan pendapatan anda, penamatnya adalah sama seperti katak rebus.

Apa yang saya ingin sampaikan ialah cuba hasilkan pendapatan tambahan.Mulakan perniagaan.Ini adalah kerana 9/10 rezeki dari perniagaan.Tidak kira la anda berkerja kerajaan atau swasta.Anda perlu keluar dari zon selesa anda. Apa yang akan terjadi jika anda jatuh sakit & tidak dapat bekerja?Bagaimanakah keadaan keluarga anda nanti? Pernahkah anda merancang semua ini? Kalu tidak, terus membaca…

Dengan keadaan dunia yang semakin “panas” ini anda perlu merancang untuk keluarga anda. Anda rasa gaji anda mencukupi atau tidak? Rasanya tidak.Tidak kirala rm3000 atau rm5000 gaji anda,pasti anda inginkan yang lebih banyak bukan.Apabila cukup hujung bulan,gaji anda dah pun habis digunakan.

Ini sebabnya anda perlu merancang kewangan dan masa depan anda.Walaupun jika anda dipanggil ke pangkuan Ilahi.Keluarga anda masih lagi dapat meneruskan kehidupan anda. Anda menyimpan?Adakah ia cukup untuk perbelanjaan keluarga anda? Jadi apa yang perlu anda lakukan? Banyak persoalan yang perlu anda jawab. Jadi renungkan lah.

Saya nak tahu apa yang anda akan lakukan? Reply kat komennya.Ia adalah berkenaan post akan datang.Jadi saya ingin feedback anda.Saya nak dedahkan strategi orang asing cepat kaya di Malaysia. Anda tidak pelik bagaimana pendatang asing jual aiskrim 20 tahun dahulu kini mempunyai banglo mewah. Ayah anda bekerja siang malam masih tak mampu untuk membina rumah mewah ini. Bagimana mereka lakukan,saya akan dedahkan pada post akan datang.

Apa yang saya nak tahu,apakah yang anda hendak lakukan mengatasi kekurangan wang ini. Jawap..Jangan tak jawap.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 22 Responses to “Jangan Jadi Katak Dalam Periuk”

  2. By sabri on Jul 30, 2007 | Reply

    cukup bernas artikel saudara….saya sentiasa terfikir mengapa orang kita susah nak berjaya dalam perniagaan..sedangkan bangsa lain senang jer…bagi pendapat saya kerana sokongan padu dari bangsa mereka sendiri bangsa kita sentiasa dengki dan kedekut ilmu….betul tak?kalau salah harap dimaafkan

  3. By Robotys on Jul 31, 2007 | Reply

    Bagus analogi nih. Bagus gak artikel nih. Good job done!

    ps: saperla yg kejam sgt pegi rebus katak tuh hidup2.. isk2 :)

  4. By sham on Jul 31, 2007 | Reply

    hehehe..Sebab tu la ada perumpamaan “mati katak” sebab mati sia sia.Benda boleh elak,tapi still cari nahas.Akhirnya mati katak..

  5. By shuth on Jul 31, 2007 | Reply

    best.. menarik sungguh.. buku apa yer yang saham baca tu?.. boleh share? :)

  6. By naim on Jul 31, 2007 | Reply

    nak bagi komen tapi perancangan saya ni masih belum terbuka..

    sekarang dok belajar, rancang tahun depan mula bulan januari, nak buat bisnes dan menjual kat internet..skang ni masih menumpu pada adsense dan program-program internet lain..

    hasil dari bisnes tahun depan, nak buat pelaburan..manipulasi modal..

    pelaburan boleh jadi foreign exchange market, tak pun saham2 kat bank tu…

    lepas tu nak buka kedai komputer..CC..( hehehe..saya ni budak ekonomi..tak tau pun pasai komputer..) rancang je..

    lepas tu, penghujung tahun depan, mula mengajar budak-budak sekampung bisnes internet.. kursus percuma dan berbayar…

    abis tu,lepas buka kedai komputer..tahun 2010, ( harap2 bisnes berkembang baik )…ermm..ni rahsia lagi..hehehe ( fikir nak jadi broker tanah pulak kot,,takpun nak bertanding jadi YB… :-) hehehe )

    ps: en sham..saya ada buat satu kempen kat blog saya bermula esok hari..tapi hari ni dah saya umumkan..harap2 sudi la en sham datang menjengah ke blog saya dan bagi pandangan bernas en sham

  7. By sham on Jul 31, 2007 | Reply

    post yang akan datang adalah untuk semua orang..bukan hanya orang dah bekerja tapi untuk student jugak..

  8. By al_qamaru on Jul 31, 2007 | Reply

    great analogy..

    built assets that will work 4 u.. so.. x kisah la anda ade atau tiade.. the money will always work 4 u. in other word.. creat ur passive incomes ;)

  9. By saiful on Jul 31, 2007 | Reply

    bagus artikel kali ni sham..setuju sesangat dengan cerita diatas..

  10. By affuan on Jul 31, 2007 | Reply

    Jangan pandang ringan pada penjaja. Saya mengenali ramai rakan peniaga yang pakai kereta besar dan duduk di rumah besar hasil menjual di tepi jalan dan di pasar malam. Sham, orang kita ramai malu nak jual tepi jalan. Kita perlu menukar ’sikap’.

  11. By sham on Jul 31, 2007 | Reply

    Shuth, Buku Makan Gaji tetapi Kaya.. Saya just ambik skit je & olah balik..banyak benda yang boleh dijadikan panduan..

    Ia lebih untuk ajak orang ubah sikap..Saya rasa nak beli satu lagi buku dari penulis tu..

    Pasal tentang pendatang asing bukan dari buku tetapi dari sembang² dengan seorang yang jumpa.

  12. By Maizul on Jul 31, 2007 | Reply

    Menarik cerita tentang katak ni ye. Nak cari la buku ni ye Buku Makan Gaji tetapi Kaya.

  13. By ktom on Jul 31, 2007 | Reply

    Satu analogi yg bagus dan memberi motivasi.

    Kenapa org kita suka berada di zon selesa? ditempat ktom ada seorang pentang asing (org Kemboja) yg asalnya datang hanya membawa tiga helai baju dan sedikit wang. Namun datangnya membawa harapan dan semangat untuk mengumpul wang. entah macam mana mereka begitu peka dgn peluang yg ada. Tahu tak apa yg mereka jual?

    Mereka mulakan jualan pisang goreng secara kecil2an. Namun apabila sudah ada untung sikit, mereka tambah denga keledek, keropok goreng, tapai goreng. Setelah itu mereka pelbagaikan gorengan digerai dgn fishball goreng, sotong ball goreng dsbgnya. Kat sini pada awalnya takde pun irg yg buat cam tu. Sekarang…dr gerai kecil dibawah pokok, mereka sudah ubahsuai sikit gerai tu, besarkan..dan kini macam2 ada terjual disitu dan pembeli yg dtg tak usah cakap la….beliau mula mengoreng jam 10.00pg hingga 7.00 ptg….waktu tengahari org dtg beli nasi bungkus, mee goreng , rojak ayam, laksa, ptg jualan goreng pisang dan gorengan yg lain tu tambah laris sbb org balik ofis, beli utk minum petang sehinggalah jam 7.00ptg.

    Sekarang ni…..mak oiii…rumahnya, rumah batu, besar..harga anggaran RM400k tu tidak termasuk tanah yg dibeli bernilai ratusan ribu. maklumlah dalam bandar.

    Persoalannya disini…kenapa mereka lebih berjaya daripada org tempatan yg juga menjual goreng pisang? Kenapa mereka sudah mampu membina rumah yg tersergam indah sedangkan org kita cukup makan je?

    Pd Ktom….kesungguhan mereka, sikap mereka yg peka pd peluang yg ada, mereka intai dan mereka rebut peluang yg ada dan mempelbagaikan jualan mengikut kreativiti mereka sendiri. Mereka dtg dgn kesedaran bahawa mereka tidak akan survive jika tidak pandai merebut peluang, tidak bekerja keras dan mempunyai semangat yg tinggi bg mendapatkan wang utk hidup disini.

    Kadang2 kita leka, orang Melayu leka sebab kita puak majoriti, nak apa senang, ada kabel, ada org blh tolong, ada kerajaan boleh bantu…maka jadilah kita org yg selesa dalam zon sendiri sedangkan puak minoriti, mereka terpaksa bekerja keras, pelajar pula terpaksa belajar bersungguh2, jika tidak mereka tidak akan termasuk dlm quota mereka. Samalh juga dgn org yg berniaga….nak projek tak pe ada org boleh tlg bagi, nak modal tak per, senang jer dpt, nak beli rumah dan nak apa sekalipun tak rasa susah sgt…maka dgn sebab itulah mereka jadi kurang peka dan sedikit malas.

    Huhuuhu…dah panjang…sori ya Sham…membebel sedikit.

  14. By ktom on Jul 31, 2007 | Reply

    sori silap taip…pendtg asing…

  15. By sham on Jul 31, 2007 | Reply

    takpe ktom..Sebenarnya kat cni pun sama..Diorang beli tanah tepi jalan & buat banglo ramai²..Baru ni saya lalu kawasan tu,dah siap dah.. ada 7 biji banglo yang diorang pakat bina ramai²..kawasan tu boleh dikatakan rumah diorang la yang paling besar..huhuhu..Jeles den.

    Diorang just jual ais krim je..mula² naik basikal..pastu naik motor..sekarang saya tak jumpa dah..maybe sebab mereka dah kaya & buat biz lain plak..

    Kampung tu dah jadi kampung kemboja sekarang sebab diorang je paling menonjol..

  16. By salmi on Aug 1, 2007 | Reply

    Orang yang ingin menaikkan taraf hidup mereka pasti akan berfikir … dari RM100 cam ne nak jadikan RM1000..dari RM 1000 cam ne nak jadi RM 10,000…orang yang rasa cukup , tidak suka bersaing hanya akan fikir cam ne nak guna RM100 tu .. kalau ade RM1000 cam ne nak peghabihkan RM1000 tu …ha ha ha

    Sebenarnya sebab kita semua rasa cukup dengan apa yang kita ada…sepatutnya kita semua bersyukur dengan apa yang kita ada dan berusaha untuk lebih menambah apa yang kita ada dan lebih lebih lebih bersyukur dengan nya … wallahualam …

  17. By abdfatah on Aug 1, 2007 | Reply

    hahaaa…. cara nak tambah duit mudah memang mudah kalo difikirkan cara yang mudah. kalo kerja kerajaan dah tentu akan berusaha untuk kerja sambilan. kerja tetap masih tetap dan kerja sambilan terus berjalan seiring…

    kalo ada duit dah tentu jangan habiskan begitu sahaja. fikirkan bagaimana untuk mengembangkan lagi perniagaan dan ruang juga peluang untuk meningkatkan lagi pendapatan dari semsa ke semasa.

    dah dapat duit jangan lupa mereka yang berhak. bukan kita nak balun sorang-sorang. ada lagi yang lebih berhak ke atas harta yang kita telah cari itu. sekurang2nya ia akan lebih mengembangkan lagi apa yang sedia ada… bertambah dan terus bertambah….

    sekian terima kasih…

  18. By hishambel on Oct 23, 2007 | Reply

    apa pun yang korang nk buat utk menambah pendapatang tu memang bagus….tapi aku nak ingat kat member semua….yg tuhan marah jgn lah buat walaupun menguntung kan…jgn jd org yg untung d dunia tp rugi d akhirat,,,…ini bukan ceramah tapi peringatan utk kite…

  19. By sambal on Oct 31, 2007 | Reply

    Janganlah kutuk bangsa sendiri sebab perbuatan ini tidak membantu membuka minda mereka. Apa yg tuan2 tulis juga tidak menggambarkan tuan2 cun dlm perniagaan. Saya yg terlibat dlm bidang ni selama bertahun2 dpt merasakan hal ini.

  20. By sham on Oct 31, 2007 | Reply

    eh..kenapa pulak en.sambal? mana kutuk pape..just compare je..

  21. By zainal on Apr 10, 2009 | Reply

    sham saya copy article amda tentang katak rebus sebab sedap bunyi nya… jangan marah tau…
    saya baru nak siapkan website saya simple je…

  1. 2 Trackback(s)

  2. Aug 2, 2007: Perlindungan Pendapatan
  3. Dec 11, 2007: Alkisah Katak dan Ular | Panduan Usahawan, Cari Duit dan Perniagaan di Internet

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan