Raja Adsense

Archive for July, 2007

Masalah Teknikal? Mana nak cari penyelesaian…

Sunday, July 22nd, 2007

Ramai yang masih tak tahu camana nak selesaikan masalah teknikal. Saya pun..huhuhu..Apa yang saya buat dengan “Google je”. Apa yang saya dapat ayat² teknikal yang memeningkan kepala. Jadi apa penyelesaianya?

Jawapannya..Video Sharing Website. Cari kat youtube jela..Ada banyak video yang boleh selesaikan masalah anda.Setiap hari ada banyak video dimasukkan..Selain kita mudah faham sebab kita tengok video.Bukan ayat teknikal yang memeningkan kepala.Jika ayat dia teknikal pun kita akan paham sebab kita nampak bagaimana mereka buat.

Begitu juga perkara lain mcm teknik jana trafik seperti myspace marketing, web 2.0, ebay dan sebagainya. Semua anda boleh dapat percuma dengan melayari youtube. Anda boleh cari ilham jugak dengan video.Anda boleh buat balik dan alih bahasa dan jual..:P.. Nak bagi free pun boleh…

Anda dah perasan ke sekarang?Jadikan video sebagai sumber maklumat anda.Anda lebih paham dan boleh boleh buat lebih baik dari video yang anda lihat.Bagus bukan?

p/s: Saya ada buat video tutorial cara buat logo web 2.0 di

http://www.youtube.com/watch?v=XhDByp-2QTI 

Tips Email Marketing

Thursday, July 19th, 2007

Saya subcribe beberapa im malaysia untuk melihat cara mereka melakukan email marketing. Ada yang berkesan & seronok di baca dan ada jugak yang berserabut kerana ingin memasukkan semua benda dalam satu email.

Keep It Simple

Nasihat saya bagi mereka yang ingin melakukan email marketing..Keep it simple. Jangan gunakan ayat boombastik dan tidak di fahami oleh orang kebanyakan & tiada asas dalam IT. Jangan gunakan ayat teknikal menyebabkan orang tidak membacanya lagi jika anda email.Paling teruk mereka akan unsubcribe.

Specifik

Jangan masukkan semua dalam satu email.Contohnya anda ingin berikan tips pemasaran affiliate. Jangan masukkan semua tips.Buat satu per satu. Biar la email anda pendek. Tetapi ia cukup berkesan jika anda pendek. Tidak semua orang sempat baca email yang panjang.

Pendek

Ini adalah kesukaan saya.Saya gemarkan email yang pendek.Saya tidak suka baca email yang panjang. Apa yang ingin disampaikan akan terus ditangkap oleh pembaca. Anda tidak perlu menulis berjela jela dengan maksud untuk berterima kasih. Itu kerja sia sia namanya. Kalo nak berterima kasih, cakap jela terima kasih. End of the story. Dalam email lain pulak topik lain pulak.

Mesra

Jangan terlalu serius dalam email anda.Tulis seolah olah anda sedang bercakap dengan pembaca anda. Anda ingin sampaikan email itu kepada manusia dan bukan robot. Buatkan ayat yang mesra.Jangan lupa sebutkan nama mereka. Ini biasanya terdapat dalam semua autoresponder. Gunakannya.

Jarak yang sesuai

Pastikan jarak yang sesuai diantara perenggan dan ayat anda. Jangan terlalu rapat.Jika tidak,sesetengah orang tidak sukakannya. Saya sendiri tidak sukakan email yang terlalu rapat. Ia menyukarkan pembacaan.Jika email panjang,jarakkan..It’s ok jika satu baris tu ada beberapa ayat je.

Ini adalah antara tips dalam email marketing. Ia berkesan kepada saya. Saya rasa ia juga akan berkesan dengan anda.Ini adalah kerana lumrah manusia adalah hampir sama. Jika anda ingin promote sesuatu buatkan ayat yang mesra seolah olah mereka adalah kawan baik anda.Jadi mereka tidak rasa menyusahkan jika mereka membelinya kerana anda adalah kawan mereka.

Lelong Hot Deals bermula RM1

Tuesday, July 17th, 2007

Sekarang lelong.com.my sedang promosi kepada ahli baru.Lelong barang start dari RM1 satu barang. Malangnya saya dah lama kat lelong. Jadi tak boleh bid. Geram gak tengok hardisk SATA 320G start dari harga RM1.Ia bukan dari ahli lelong tapi daripada lelong sendiri.

Promosi ni hanya untuk mereka yang daftar bermula hari ini. Sodih betul den. Mau je register baru. Tapi rugi sebab rating dah lama. Kepada yang baru nak explore Lelong andab oleh dapatkan buku Raja Lelong di pasaran. Saya tak kenal penulis dia,tapi apa yang ditulis tu agak detail. Bagi saya ia cukup bagus buat mereka yang mula mula ingin terlibat dalam perniagaan internet.

Anda boleh lihat barang yang diorang offer di SINI. Kalo nak barang murah.Join le..

Bagaimana Menerima Bayaran di Internet

Tuesday, July 17th, 2007

Kepada yang belum terlibat dalam perniagaan internet,semoga ia akan memberi sedikit idea untuk anda memulakan perniagaan anda. Saya akan tunjukkan flow atau langkah bagi mereka yang menjual produk digital seperti ebook,video dan sebagainya.

Pembeli 

  1. Pembeli melawat laman web dan membayar dengan internet banking(mbb,rhb,bi,cimb,pb).Mereka buka akaun internet banking dan transfer duit ke akaun anda.
  2. Pembeli akan mengisi borang pengesahan dan menyertakan bukti bayaran(optional).

p/s:Jika anda gunakan mbb(maybank2u),minta agar pembeli masukkan email anda semasa urusan transfer untuk rujukan anda.Anda akan menerima email dari mbb bahawa anda terima duit dari pembeli.

p/p/s:Bagi pembeli yang bank in,minta agar mereka scan dan emailkan slip bank tersebut ke email anda.Ini memudahkan anda membuat rujukan jika berlakunya kekeliruan.

Penjual 

  • Anda semak transaksi didalam akaun internet banking anda.Bandingkan transaksi dengan borang pengesahan. Jika ia meragukan,sila email pembeli dengan segera.
  • Setelah bayaran telah disahkan, email atau pos produk anda kepada pembeli dengan segera.
  • Jawap sebarang persoalan dari pembeli dan bakal pembeli.

Fake Buyer 

Biasanya mereka ini mengisi borang pengesahan dan tidak membuat bayaran kepada anda. Anda perlu cek dengan berhati hati dan bandingkan dengan transaksi didalam akaun bank anda. Hubungi mereka dan meminta bukti bayaran.Jangan pula mengatakan mereka tak bayar.Cuma minta bukti bayaran sahaja.Jadi paham paham jela.

Jika mereka berminat untuk membeli produk anda,mereka akan membayar selepas itu. Jika tidak mereka akan tidak akan melakukan apa apa.Jadi anda pun tak perlu buat apa apa jugak kerana mereka tidak berminat utk beli.Mereka isi borang pengesahan dengan harapan mendapat produk anda secara percuma.Saya pernah terbagi link download kepada fake buyer.Ini akan berlaku jika anda terkeliru dengan transaksi yang terlalu banyak.

Bayaran Melalui Pos

Perlu diingat.Anda perlu berikan link download setelah wang pos, money order atau cek sampai kepada anda.Jika mereka mengisi borang pengesahan,tunggu sehingga wang pos mereka sampai. Jangan berikan link download tanpa menunggu duit mereka sampai. Minta agar mereka bersabar sehingga wang mereka sampai ke tangan anda.

Bayaran dengan Kad Kredit

Sebenarnya dengan kad Kredit kita boleh set terus ke link download setelah mereka bayar.Anda tidak perlu monitor sangat.Namun,ada juga fake buyer akan mengunakan borang pengesahan.  Apa yang anda patut buat ialah email mereka dan beritahu bahawa mereka boleh download terus setelah selesai bayaran dengan kad kredit/paypal. Beritahu mereka bahawa mereka sebenarnya masih belum membayar jika tidak mendapat link download lagi(ini kes fake buyer atau buyer yang tak tahu).Kalo dia betul² bayar, emailkan link download ke email mereka agar mereka boleh simpan email tersebut untuk rujukan pada masa akan datang.

Sebenarnya konsep perniagaan internet konsep dia lebih kepada “You want it,You buy it” atau “Buy or Leave”. Sebelum mereka meninggalkan laman web anda,berikan sesuatu percuma agar mereka opt in. Anda boleh follow up melalui email dan menjadikan mereka sebagai pembeli. Konsepnya memang keras skit.Tapi ia sangat berkesan.

Ini adalah kerana mereka akan fikirnya terlebih dahulu. Jika anda follow up,ia akan trigger perasaan ingin beli dan terus membeli dari anda.Ini adalah konsep dalam email marketing.

Jadi belajar la sedikit demi sedikit konsep perniagaan dan pemasaran internet.Tanpa pemasaran, perniagaan anda tidak akan berjaya.

Pembayaran Komisen Selesai

Monday, July 16th, 2007

Pembayaran komisen bagi jualan dari 17 Jun hingga 16 Julai 2007 telah selesai dibayar. Fake buyer telah dibuang. Kepada yang lihat ada sales,tetapi tidak mendapat bayaran adalah kerana ia adalah fake buyer.

Ini adalah antara perkara yang sering dihadapi oleh usahawan internet malaysia yang menumpukan pasaran malaysia. Kami perlu cek satu per satu bayaran dan dibandingkan dengan rekod bayaran di Maybank2u atau CimbClicks atau bank lain. Jika ia tidak sama dengan dengan apa yang diisi di borang pengesahan, kami biasanya akan email pembeli berkenaan bagi mendapatkan bukti bayaran seperti salinan slip bank yang discan atau print screen transaksi internet banking.

Cara nak print screen? Senang je. Pada keyboard anda ada satu butang yang ditulis Print Screen. Anda tekan butang tu.Kemudian pergi Start ->Program->Accessories->Paint dan paste dalam Paint.Kemudian save dalam format JPEG.Jangan save dalam format Bmp atau Bitmap kerana saiz fail yang besar dan menyukarkan anda untuk email fail terbabit.

Saya akan sentuh bagaimana untuk menentukan samada pembeli bayar atau tidak dan langkah dalam menguruskan pelanggan.

Nantikan post yang akan datang.Saya rasa ramai yang masih blur dengan internet biz malaysia berfungsi.

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :