Archive for July, 2007
Saturday, July 14th, 2007
Dikala zaman moden sekarang masih ada masyarakat kita yang masih mengamalkan ilmu hitam untuk melepaskan dendam dan menjatuhkan orang lain. Saya dah dengar banyak cerita bagaimana sebuah kedai yang maju secara tiba tiba tiada orang yang datang sehingga gulung tikar. Sedangkan mereka sesama bangsa,agama dan yang penting,sama sama berniaga.
Kenapa perkara ini masih wujud? Ilmu hitam dan hantu saka masih menjadi pegangan masyarakat hari ini. Jika dibuat filem tentang hantu dan ilmu hitam..orang ramai berpusu pusu ke pawagam dan melekat di televisyen.. Tak kisah ia Waris Jari Hantu ke, Pontianak Busuk Malam ke Susuk ke…pasti akan mendapat sambutan. Ini adalah kerana terdapat permintaan dari masyarakat melayu dan masih ada yang mengamalkan benda sebegini.
Saya sendiri pernah terkena bahana ilmu hitam ini.Dan saya masih lagi menderita kerana ilmu hitam. Ia berlaku hanya kerana sebab dengki. Dan ia berlaku semasa di universiti lagi. Dah 2 tahun saya cuba berubat moden dan cara islam.Ia tidak dapat dikurangkan lagi. Saya ketika di kolej agak aktif dalam apa apa projek kolej ketika dahulu. Namun,ada jugak orang dengki. Saya tidak tahu sehingga la 2 tahun lepas ketika saya melihat bomoh berubat. Dia datang kepada saya,bahawa saya terkena buatan orang…Hah!!!Saya kena? Saya terkejut kerana tak sangka terkena buatan orang walaupun saya tak bermusuh dengan sesiapa. Dia gambarkan siapa yang membuatnya dan kenapa..
Bayangkan la..Budak yang berpendidikan tinggi pun mengamalkan ilmu hitam. Jika ada perkara perbomohan saya tidak pergi dekat kerana saya pasti bomoh tu pasti akan mendekati saya dan beritahu perkara yang sama. Jika yang pernah jumpa saya,mesti ada yang perasan saya sering batuk..Ia bukan batuk biasa. Saya dah jemu ke hospital cek sebab doktor pasti berkata tiada apa apa setelah memeriksa x-ray paru paru.
Sudah 2 tahun menderita.Saya akan cuba berubat lagi.Ikhtiar adalah penting. Tunang saya pun kena.Bukan saya seorang. Ia berpunca dari perasaan dengki sehingga kekasih saya ketika itu pun terkena (kini dah bertunang). Saya masih tak tahu siapa punya angkara dan saya tak nak tahu.Apa yang saya harapkan agar dia bertaubat diatas apa yang dia lakukan. Terlibat dalam ilmu hitam adalah berdosa besar. Semoga Allah ampuni dia jika dia bertaubat.
Jika anda di Perak & tahu ada ustaz yang hebat dalam mengubat masalah ilmu hitam harap dapat bagitau saya.Ia untuk mengubat tunang saya. Saya? Kat terengganu ada beberapa bomoh yang belum saya temui.Saya akan ikhtiar jumpa mereka. Datuk saya sebenarnya seorang bomoh.Tetapi beliau dah uzur. Saya boleh belajar tentang perbomohan tetapi saya tak nak.Saya hanya belajar beberapa ilmu tentang tassawuf dari datuk saya. Beliau merupakan seorang yang gilakan ilmu.Ada je guru agama,datuk saya pasti saya perti pergi belajar.Salah seorang guru Datuk saya adalah murid kepada Tok Ku Pulau Manis atau Sheikh Abdul Malek.Salah seorang tokoh agama terengganu. Kini datuk saya berusia 97 tahun.
Saya tiada apa yang nak tulis.Jadi saya tulis benda ni.Luahan hati la kiranya. tak larant dah nak simpan. Dengan berblog saya boleh luahkan perasaan jugak..Bukan hanya beri motivasi dan nasihat semata mata.
Doakan saya cepat sembuh ya!
Posted in Cerita | 21 Comments »
Saturday, July 14th, 2007
Beberapa hari saya tak update blog ni..Alexa ranking pun mencanak turun daripada 150K kepada 200k..Maknanya persaingan makin sengit.Saya ada jugak eksperimen traffik jika update setiap hari update dan jugak tak update beberapa hari.
Saya dapati jika saya update setiap hari,trafik akan meningkat.Jika saya tak update,trafik/pelawat berkurang.Kalo tak percaya tengok pada alexa tu. Cepat betul dia naik.
Begitu jugak kepada mereka yang buat blog adsense.Pastikan anda update setiap hari. Tulis sedikit pun dengan topik yang relevan. Jangan buat blog rojak yang bercampur gaul. Kejap pasal ultramen, sekejap pasal transformer. Tapi jika ia adalah blog personal, ia tidak mengapa untuk lari dari topik sebab ia adalah berkaitan dengan hidup anda.
Jika anda buat untuk adsense..pastikan anda tidak lari dari niche atau topik yang anda pilih. Buat link ke post² anda yang terdahulu.Ia adalah penting untuk SEO blog anda. Jika anda perhati blog mereka yang pakar seperti problogger. Mereka akan link kepada post mereka yang sebelumnya.
Ia secara tidak langsung akan membawa pembaca blog mereka kepada post mereka yang lama dan yang lebih lama. mereka juga sentiasa mengaitkan post mereka dengan yang terdahulu kerana mereka tidak “lari” dari niche mereka. Mereka akan pastikan post mereka setiasa dalam lingkungan niche mereka.
Sebab itulah anda perlu membuat kajian sebelum memilih sebarang niche/topik fokus anda. Ada jugak yang terpengaruh dengan keyword mahal. Sebenarnya ada kalanya penggunaan keyword mahal menjadi ada kalanya tidak. Ini adalah kerana keyword mahal turut dibanjiri dengan ads MFA site yang mengunakan teknik arbitrage. Jika anda ingin fokus pada keyword mahal,pastikan kandungan anda berkualiti dan tiada duplicate content.
Jadi cuba² la untuk belajar bahasa inggeris. Ia tidak merugikan anda kerana ia pasti akan anda gunakan dalam menulis blog anda. English broken? Lantak la. Asalkan apa yang anda ingin sampaikan tercapai dan pembaca anda paha..itu sudah cukup. Anda tidak perlu tulis dengan kandungan yang perfect dengan past tense nye,present tense nye ke apa…(uisk..betul ke eja tense tu ek? dah lupa dah..:P)
Jika anda masih baru,teruskan berusaha. Kejayaan tidak akan datang dalam masa yang singkat. Ia memerlukan pengorbanan yang besar dalam mencapai kejayaan.
Posted in Strategi, Tips | 3 Comments »
Sunday, July 8th, 2007
Hari yang cukup meletihkan namun ia berbaloi. Seminar perniagaan sms yang pertama telah pun selesai. Saya sampai di KL pada pukul 6 pagi di Hentian Putra.Pukul 7.45 saya naik LRT ke stesen Hang tuah dan menaiki Monorel ke Bukit Nanas. Tibanya di Bukit nanas,saya tercari cari jugak kat mana hotel pacific regency. Cari la hotel yang ada signboard Pacific Regency berdekatan dengan Bukit Nanas tu. Kemudian saya teringat tentang alamat dia di menara Pan Global. Nampak dekat dari stesen monorel bukit nanas.
Rupanya kene jalan agak jauh untuk sampai ke menara tersebut. Masuk je,saya nampak banting seminar perniagaan sms.Tapi tempat takde pulak tulis kat banting tu. Saya pun main teka je tingkat berapa asalkan jumpa hotel.Lif dibawah tak ke lobby hotel, tu yang pelik kerana lobby hotel berada di tingkat 7. Saya pun je lift u sampai tingkat 22,rupanya kat situ seminar. Kat bawah takde orang pun,staff pun takde.Nasib baik tekaan saya betul & sampai jugak kat bilik seminar dia.
Sampai disana dah ada beberapa orang peserta lain yang sedang menunggu urusetia bersiap. Saya ingatkan dah terlewat sebab saya sampai pukul 8.45 sebab tersesat seketika semasa menjadi jalan ke hotel Pacific Regency.Rupanya crew irwan still bersiap,kami pun bersarapan dengan air kopi & jus oren.Pukul 9 lebih baru la pendaftaran bermula dan peserta masuk ke bilik seminar. Tempat dia bagus.
Makanan pun sedap kat hotel ni.Apa yang susah skit hotel tu takde paip air. Kalo nak buang air je salap dengan tisu jela.nasib baik perut saya tak meragam pagi tu.Kalo tak,tak sanggup pkai tisu je.:p.Tak biasa la…huhuhu..Tempat buang air kecik pun pakai sensor.Canggih betul & menyusahkan orang je. Nak ambik wuduk plak terpaksa kangkang luas kat sink dia..
Irwan menguasai seminar dengan baik dengan pendedahan tentang perniagaan sms, pengalaman beliau,risiko, kos pengiklanan dan sebagainya. Peserta juga diberika tugasan bagi memudahkan pemahaman tentang konsep perniagaan sms.Banyak la jugak benda yang saya dapat.Saya ada beberapa idea yang boleh di smskan.Cuma saya rasa saya akan buat satu persatu nanti.Yang penting saya kene fokus.
Apa apa perniagaan sekalipun kita mestilah fokus.Jika tidak anda akan kehilangan arah. Satu lagi anda perlukan mentor jika bidang yang anda ingin ceburi adalah bidang yang baru.Anda boleh jadikan irwan sebagai mentor jika anda berminat untuk memulakan perniagaan sms anda.Saya tak berkesempatan untuk membeli buku Irwan.maybe lain kali saya beli. Buku dia just ada 5 biji je tadi.Semua telah dibeli oleh peserta.
Irwan akan buat seminar kedua pada 18hb Ogos nanti. Seperti biasa,jika anda daftar awal anda akan mendapat dengan harga yang murah.Pendaftaran bagi seminar kedua pun telah bermula. Saya cadangkan anda ke sana nanti. Untuk setup SMS Gateway biasanya cukup mahal malah beribu ribu.namun kepada peserta diberikan peluang untuk menjadi content provider dengan modal untuk setup dibawah rm1000.Ia boleh dikatakan cukup murah kerana tidak banyak sms gateway yang ada kat Malaysia dan kesemuanya cukup mahal..
Harap seminar ini dapat membuka minda para peserta lain untuk memulakan perniagaan sms. Ingat pesan irwan,untuk permulaan gunakan dengan harga yang murah & kecil terlebih dahulu agar memahami konsep perniagaan sms.Kemudian barulah memulakan dengan skala yang lebih besar. Bak kata saifulsham.. Start Small, finish Big. Anda tidak perlu start big kerana ia berkemungkinan berakhir dengan nothing. Fahamkan konsep terlebih dahulu.
Jika anda berminat untuk menyertai seminar perniagaan sms yang kedua.Sila layari http://www.smswang.com pendaftaran kini dibuka untuk early bird. Siapa cepat dapat ke seminar dengan harga yang lebih murah.
Ini gambar selepas seminar yang pertama:


Lebih dari 30 peserta yang hadir.
Posted in Seminar, sms | 4 Comments »
Saturday, July 7th, 2007
Apa khabar semua.Post ini adalah post automatik.Sekarang saya berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri Seminar SMS Irwan Dahnil. Seminar kedua akan diadakan pada 18 Ogos 2007. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.smswang.com.
Saya sediakan post ini semalam dan setkan ia publish pada hari sabtu. Ini adalah kelebihan wordpress. Jika anda berminat mempunyai blog dot com sendiri seperti blog ini,anda boleh dapatkan Blogging Kit oleh Smartzul.Ia akan mebantu anda dengan step by step. Ada jugak video tutorial untuk membantu anda.
Kenapa saya berminat dengan perniagaan berasaskan SMS? Ini adalah kerana potensinya yang sangat besar. Sekarang ini budak 10 tahun pun dah mempunyai telefon bimbit. Bayangkan la pada 2,3 tahun akan datang.Kita tak memerlukan berpuluh tahun bagi melihat perubahan tentang sms biz ni. Setahun dua pun dah cukup. Pada 5 tahun yang lepas, mempunyai telefon bimbit pasti orang mengatakan dia orang kaya. Kini, telefon bimbit dimiliki semua orang tak kira kaya atau miskin. Semua mampu memiliki kerana harga yang murah.
Saya jangkakan ia akan terus murah dengan harga SMS pun akan semakin murah. Harga per sms kini adalah antara 1 sen ke 20 per sms. Saya jangkakan ia akan turun kerana persaingan harga oleh Maxis, Celcom dan Digi. Siapa yang menang dari persaingan tersebut? Sudah pasti kita la!! Kita adalah penguna,jadi kita yang menang kerana ia semakin murah.
Kepada yang berminat untuk menyertai Seminar SMS siri kedua sila ke http://www.smswang.com untuk pendaftaran dan menempah tempat.Tempat hanya 30 tempat setiap sesi. Untuk siri pertama ia habis dalam masa 2 minggu sahaja. Saya pasti ia akan habis ditempah sedikit masa lagi. Harganya meningkat setiap minggu.Jika anda menempah awal, anda mungkin akan mendapat harga yang lebih murah.
Selamat maju jaya!
Posted in Keusahawanan, Seminar | No Comments »
Friday, July 6th, 2007
Sahabat saya Amirol dari Usahaniaga sedang melakukan satu megasales dengan ratusan produk resell right. Kebanyakan produk yang ditawarkan adalah masih baru dipasaran. Namun ada jugak script yang boleh digunakan seperti oto manager(one time offer) dan perisian untuk autoresponder dan untuk membina tutorial.
Jika anda terlibat dalam adsense.V blog atau Video blog sangat berkesan untuk menarik traffic ke laman web anda.Cara ini ada diterangkan dalam ebook Tube Traffic namun ramai yang tak mengamalkannya.Ada salah seorang dari rakan saya mendapat USD550 dalam masa 2 bulan dengan kaedah ini. Anda boleh belajar untuk membuat video anda sendiri dan uploadnya di Youtube,Google Video,Yahoo Video dan kesemua laman web video yang lain. Upload kan ke semuanya.
Baiklah.Jika anda ingin mendapatkan ratusan produk dari Amirol ini anda boleh ke SINi untuk melihat tawaran tersebut.Tawaran ini hanya sehingga 2ohb Julai 2007.
Posted in Berita, Tawaran | No Comments »