Raja Adsense

Archive for August, 2007

Merdeka di Google

Friday, August 31st, 2007

Google pun ikut sambut merdeka nampaknya. Cuba lihat:

google merdeka

Bagus betul. Memang  tak sangka. Memang patut mereka di pilih sebagai majikan terbaik di dunia. Mereka turut hormati and sambut bersama kemerdekaan orang lain.

Salam Merdeka Semua~

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 50

Thursday, August 30th, 2007

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 50 kepada semua! Ingati lah pengorbanan mereka bagi membawa kemerdekaan negara kita. Jangan lupa sedekah Al Fatihah buat mereka yang gugur dalam perjuangan.

Al-Fatihah..

Apa yang saya tak suka tengok pemikiran muda mudi kita yang sedang dijajah. Malam ni ketika menyambut detik 31 Ogos, ramai muda mudi kita membuat onar. Seks bebas, minum arak seolah olah menjadi tradisi mereka. Saya pernah kenal golongan ini. Ibu bapa mereka terlalu manjakan mereka. Apa yang dikehendaki,diberi..Takde kereta,bagi kereta. Takde duit,bagi duit. Bagi pulak,beribu ribu sedangkan duit tu habis dalam satu malam sahaja.

Selepas p laungkan Merdeka di Dataran Merdeka.. Mereka laung pulak dalam kelab malam sampai pagi. Bukan saya cakap sembarangan, saya kenal golongan ini. Arak mereka buat seperti air tin sahaja.Semoga iman kita semua dlindungi. Yang saya kenal, mereka masih lagi belajar di kolej swasta di KL.

Yang sedihnya, ada budak Terengganu yang terlalu terikut ikut sehingga nak makan pun takde duit. Tak dapat saya bayangkan mak bapak budak ni kalo diorng tahu. Tinggal pun satu rumah dengan lelaki..So,faham² jela ye mcmane keadaannya bile dah mabuk..

Isu sensitif skit ni..Tapi inilah realiti kehidupan hari ini. Semalam pun jumpa kawan masa sekolah rendah. Dia pun ada cerita pengalaman dia masa di politek. Zaman dah akhir zaman dah… Sedih…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Wangian Aroma Terapi

Thursday, August 30th, 2007

Tadi saya ke ekspo Peladang dan Pertanian kat Batu Buruk. Saya ada beli banyak benda gak tadi. Antaranya Wangian Aroma Terapi..Fuh..best betul.. Saya beli 2 botol wangian aroma terapi wangian lavender. Saya memang suka bau lavender.

Wangian adalah penting jika anda stress. Ia dapat merehatkan minda. Ingat nak beli satu lagi wangian iaitu insomea untuk mereka yang susah tido. Saya memang susah nak tido. Dari dulu, sampai sekarang. Rasanya nak cuba la dengan wangian aroma terapi ni.

Saya sapu kat tangan, satu rumah berbau. Memang kuat & best & menenangkan minda. Otak saya kembali mendapat idea mencurah curah setelah merayau rayau di tapak ekspo selama 4 jam. Saya sempat merasa semua benda yang mereka letak tester.huhuhu..

Saya juga test perubatan aura dengan rendaman kaki tu…Fuh..mula² memang sakit sampai dalam urat sarat. Brader yg test dengan  sebelah saya, serender sebab tak tahan sakit. Rendam kaki selama 30 minit. Bile keluar kaki, terasa kebas² & air menjadi berminyak kerana toksin telah dikeluar melalui liang roma kaki.Ada mak cik tu sampai air menjadi kuning. Diorang cakap, elok buat selama 7 hari berturut turut untuk menyelaraskan aura dalam badan.

Ligamen lutut kiri & bahu kanan saya sebenarnya putus akibat kecederaan saya bermain ragbi ketika sekolah menengah.Kalo ke hospital,pasti dah kene bedah untuk sambung balik. Tak sanggup den nak kene bedah. Gerun.. Kadang² terasa sengal dalam sendi lutut. Lepas buat rawatan tu, tak de lagi senggal tu. Rasanya saya akan try lagi rawatan aura tersebut walaupun sakit..

Gambar saya akan upload nanti kerana kakak saya pinjam kamera sebelum saya sempat transfer gambar ke pc saya. Saya ada ambik gambar booth setiap negeri, lembu² gergasi ( ada yang sama tinggi dengan saya), kambing² besar & perkara² menarik di ekspo tersebut.

Rasanya saya akan kesana lagi untuk shopping.:p. Maybe hari last nanti bila diorang nak perabis stok.:P. Rasa nak borong perfume aroma terapi tu. Kalo ada yang nak bleh bagitau kat saya & saya tolong belikan. Ada aroma lavender dan oren je. Ada gak ubat batuk aroma terapi, & boleh gak untuk mereka yang ingin berhenti merokok. Pasni saya akan ditemani haruman aroma terapi yang best..

p/s: kalo ada orang nak tempah saya boleh tolong belikan & pos kepada anda..Harga RM20 termasuk pos kepada anda.Ianya 10ml dalam botol roll on.

p/s: Boleh buat bisnes benda ni. nanti try tanya untuk jadi ejen dia la..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Warning, Information Overload!

Wednesday, August 29th, 2007

Wah..apa aku nak buat ni? Saya tengah blur. Terlalu banyak info…

Jalan terakhir.. Berehat kejap. Jom pergi tengok Ekspo Pertanian dan Peladang. Ayah Sepupu saya ada letak jugak “LEMBU Gergasi” dia kat ekspo. Saya memang minat cucuk tanam & saya ada kebun sebagai hobi.

Nanti saya postkan gambar² kat sini buat mereka yang jauh dari Kuala Terengganu.

p/s: Tiang pokok naga saya diserang anai anai la plak.Dulu dah tabur racun 3G,tapi tak jadi gak.Kebal betul anai² ni. Terpaksa buat balik dengan tiang simen.huhuhu..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Minat Vs Pengetahuan

Tuesday, August 28th, 2007

Bagi anda, minat atau pengetahuan lebih perlu diutamakan? Ada orang kata ada minat semua perkara boleh jadi. Betul ke? Bagi saya minat sahaja ia tidak membawa kepada apa apa makna. Anda minat berniaga di internet, anda boleh berniaga ke? Tak jugak.

Bagi saya pengetahuan perlu diutamakan. Seperti post sebelum ini tentang diri saya, saya pada asalnya langsung tidak meminati benda IT ni. Namun dengan pengetahuan, minat akan datang setelah anda telah biasa dengan apa yang anda buat. Kini saya mempunyai minat dan pengetahuan.

Dengan minat semata mata, ia akan hanya tinggal minat. Jika anda minat, dapatkan ilmu pengetahuan. Itu akan mengerakkan anda. Bukan minat semata mata. Namun, anda boleh bermula sebagai hobi/minat. Tapi ia memerlukan masa yang panjang kerana anda tidak mempunyai pengetahuan yang diperlukan.

Dapatkan ilmu pengetahuan. Ia akan membimbing anda ke arah jalan yang benar.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan