Perlindungan Pendapatan
Ini merupakan sambungan post saya berkenaan Jangan Jadi Katak Dalam Periuk. Kejayaan tidak datang bergolek. Kita perlu keluar dari zon selesa untuk mencapai sesuatu yang kita idamkan. Ia tidak akan datang menyembah di hadapan kita. Kita hayati pepatah berkenaan katak ini.
Pepatah Melayu Lama
“Katak Dibawah Tempurung” - orang fikiran tak terbuka
“Bapak Borek,Anak Rintik” - perangai tak berubah
Pepatah Melayu Moden
“Katak Dalam Gelas” - Nampak, tapi tiada tindakan dibuat.”
“Katak dalam Periuk” - orang yang tidak mahu berubah.
Pepatah Jepun
“Sekiranya Ayahnya Katak,Anaknya juga adalah Katak” -lebih kurang sama maksud dengan perumpamaan bapak borek,anak rintik cuma orang jepun guna katak sebagai perumpamaan.
Samada menjadi usahawan atau pekerja.Kita tetap perlu berusaha untuk mencapainya. Tahukah kenapa pendatang yang datang ke Malaysia menjadi kaya raya berbanding kita? Ini adalah kerana mereka berusaha sehabis habisnya. Mereka jika boleh nak buat 10 kerja dalam satu masa.Uish…Boleh ke?:p
Salah satu strategi mereka ialah melalui insurans.Kenapa, tak percaya? Ini saya dapat dari staff insurans sendiri bahawa pendatang asing ni cukup bersemangat dengan insurans. Mereka ni pendatang yang mendapat status penduduk tetap & bukan yang datang bekerja ye. Pernah ada mereka membeli perlindungan sehingga melebihi 1 juta. Jika sesuatu pada mereka, waris mereka jadi menjadi jutawan segera. Mereka tahu,keluarga mereka akan bertambah susah jika sesuatu terjadi kepada mereka.
Anda ada perlindungan insurans tak?Insurans keta tak termasuk ye. Itu adalah wajib.Insurans merupakan strategi orang kaya untuk melindungi kekayaan mereka. Dan digunakan oleh orang kebanyakan untuk melindungi pendapatan keluarga mereka.
Jika anda seorang usahawan internet,perlu ke perlindungan?Perlu.Sangat perlu sebab keluarga anda bergantung kepada anda. Mereka yang dah berkahwin lagi la perlu sebab anda adalah sumber pendapatan keluarga. Jangan tinggalkan mereka terumbang ambing sebab anda tiada perlindungan insurans.
Anda ada simpanan? Cukup ke untuk menampung keluarga anda jika sesuatu berlaku kepada anda? Saya pasti tidak.Taraf kehidupan semakin tinggi.Jika dahulunya isteri anda surirumah,beliau terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan keluarga tinggalan anda.
Nasihat saya,dapatkan perlindungan segera. Sediakan payung sebelum hujan!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






7 Responses to “Perlindungan Pendapatan”
By saiful on Aug 3, 2007 | Reply
memang betul pun insurans sangat penting…byr bulanan bukannya mahal.. cari yang termampu je….sekurang-kurangnya takde la menyusahkan waris bila kita dah TIADA LAGI…
By sham on Aug 3, 2007 | Reply
ramai yang pandang ringan benda ni.sebab tu la hanya 35% rakyat malaysia ada insurans..kat singapura lebih 100% rakyat dia ada insurans,maknanya ada diantara mereka mempunyai lebih dari satu insurans..
Kita sebagai umat islam mempunyai pilihan untuk mencari pelindungan dengan Takaful sebab insurans konvensional adalah haram.
Orang bukan islam pun boleh ambik polisi insurans takaful sebab tiada larangan untuk bukan islam sertai.Warga asing kecuali singapura tidak dibenarkan.
By halim on Aug 3, 2007 | Reply
Jika dulu ramai orang tak tahu bahawa insurans haram. jadi, bila dah tahu janganlah nak terus nak buat tak endah. Kita sebagai orang islam sepatutnya mengambil takaful. Pada yang dah tahu bagitau la pada rakan-rakan dan saudara kita tak belum tahu…
By abdfatah on Aug 4, 2007 | Reply
burung unta macam mana pulak?
… burung laa….
… unta laaa….
By zuhairy on Aug 4, 2007 | Reply
ehmm,saya ada terdengar. tapi tak pasti sama ada hadis atau kata2 hikmah.sapa2 yang tau leh tegur saya. bunyinya begini, ” meninggalkan waris dalam keadaan berharta lebih baik daripada meninggalkan waris dalam keadaan papa.”
By smartzul on Aug 13, 2007 | Reply
Zuhairy, Ibnul Qayyim Rahimahullah ada sebut hal yg lebih kurang sama dalam tulisannya. Meninggalkan harta untuk anak2 dan keluarga adalah suatu yg mulia. Hal tersebut beliau menyatakan dalam bab kekayaan/harta/zuhud.
So jelas, kalau ada orang kata bab2 harta ni tak perlu dipandang penting sebenarnya mereka tak faham Agama. Pendita Za’aba pun ada kata orang yg tolak hal2 dunia ni adalah orang yg tak faham Agama.
Sham, buatlah satu Ebook pasal Takaful.
By sham on Aug 13, 2007 | Reply
Dah buat dah…Dah siap dah pun..Saya akan lancarkan sedikit masa lagi.