Berapa lama nak dapat cek dari Google ni..
Saya selalu dapat soalan mcm ni dari bakal² pembeli. Jadi saya menjawapnye kat sini la selain email. Malah ada yang meminta jaminan saya dia akan mendapat cek dari Google dalam masa beberapa hari. Memang minda skim cepat kaya betul.:P
Untuk dapatkan cek Google sebenarnya mengambil masa kecuali anda membuat kelainan dan membuatkan pelawat blog tersebut datang lagi. Macamana nak buat kelainan? Yang tu ke fikir & buat kajian dan lawatan ke blog orang lain.Disini fikiran kreatif diperlukan.
Contohnya Nor membuat blog tentang Dragon Ball sebab dia minat dengan anime. Jadi dia membuat satu kelainan dengan menyediakan semua episod Dragon Ball di blog beliau. Jadi peminat Dragon Ball akan tertumpu kepada blog beliau. Disini beliau monetized blog beliau dengan affiliate,Google Adsense dan benda lain yang boleh mendatangkan duit. Apa yang anda nak buat?
Boleh tiru ke Nor?Anda boleh tiru. Tapi jangan buat niche yang sama.Buat video tentang benda lain. Jumlah carian dragon ball hanya lebih kurang 20K sebulan je. Jadi jangan bersaing dengan yang sedia ada sebab anda pasti akan gagal sebab enjin carian akan tapis terlebih dahulu. Jika terdapat duplicate content, anda akan dimasukkan ke dalam Google SandBox. Saya lebih suka gelarkannya sebagai pasir jerlus google. Ini adalah kerana google akan peramblog tersebut dalam jangka masa yang tidak diketahui dan mungkin selama lamanya. Ini benda yang paling ditakuti oleh IM.
Begitu juga dengan niche Naruto.Sekarang dah tepu. Saya membuatnya dahulu sebab saya memang minat Anime malah saya ada koleksi dari Episod 1 hingga sekarang Naruto Shippunden. Saya juga mempunyai CD original Dragon Ball Z dan Dragon Ball GT. Saya juga mempunyai keseluruhan koleksi Komik Dragon Ball. Begitu la minatnya saya dengan DB. Bila Nor buat blog Dragon Ball, dia dah catch saya untuk lawat blog dia. Saya juga mempunyai beberapa koleksi Anime lain.
Selain itu, saya juga mempunyai Koleksi SmallVille dari Season 1 hingga season 6.Season 7 akan bermula tidak lama lagi. Saya dah tak sabar menunggu.Kalo saya rajin saya buat blog berkenaan Smallville & masukkan semua video dia.Kat TV sekarang baru season 5. Ada potensi untuk jadi favourite orang. Jadi anda nampak apa kelainan yang ingin anda buat?
Untuk dapat cek hijau tu bukan susah jika anda buat kene dengan tempat dan niche. Satu lagi berkenaan blog seasonal atau bermusim. Anda boleh mula dari sekarang sebab hari raya lagi tinggal 3 bulan. Pada para designer, nape la korang tak buat design kad raya? Kalo tak, saya akan jadi pelanggan pertama.:p. Saje bagi idea kat orang² design ni. Bukan wat website je boleh wat duit. Jual Design greeting card pun boleh. “ART CAN SELL”.
Dah terlari tajuk plak…Takpe la kan asalkan matlamat asal dapat disampaikan. Kepada yang baru nak berjinak untuk menternak “Google Adsense”, teruskan usaha. Teruskan eksperimen anda. Panduan Raja Adsense sebenarnya hanya untuk memperkenalkan anda kepada buat duit di internet. Ilmu lain anda perlu mencarinya sendiri.
Dunia internet memang luas.Ia boleh diibaratkan sebagai Gudang Ilmu. Jangan terlalu bergantung untuk disuap. Ada kalanya anda perlu menjelajah sendiri tanpa bantuan orang lain. Saya gembira kerana berjaya menarik ramai orang ke dalam internet marketing malah ada yang ada yang lebih berjaya dari saya.
Encik Hapisol, tahniah kerana dah berjaya maintain USD20 sehari dengan Adsense.Beliau merupakan staff UUM.Saya dulu tak kenal dia masa belajar kat UUM.Saya mula kenal apabila dia membeli Panduan Raja Adsense. Sekarang beliau dah menjadi otai baru dalam adsense Malaysia. Diam diam ubi berisi tu.
Saya juga berharap generasi baru IM seperti Naem dan CekDet. Mereka merupakan pemimpin pelajar di universiti. Naem di Universiti Malaya dan ChekDet dari UUM. Harap mereka dapat kembangkan budaya bisnes di universii masing masing.
Salam Usahawan dari Saya.
Sham
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






5 Responses to “Berapa lama nak dapat cek dari Google ni..”
By naem on Aug 5, 2007 | Reply
terima kasih en sham..saya sangat menghargai harapan en sham..insyaAllah, sebelum ni usaha saya untuk memperkenalkan usahawan internet agak terbatas oleh kerana kekangn dalam dari pihak pentadbiran dan juga halangan luar yang ketika itu menghadapi isu2 yang hangat berkaitan pelaburan haram dan penulisan blog2 yang dikecam kerajaan…Namun, alhamdulillah, walaupun tak dapat disebarkan menyeluruh, sekurang2nya saya mendapat berberapa kawan yang ingin belajar dan berkongsi pengetahuan dengan saya.
By saiful on Aug 6, 2007 | Reply
adsense ni kena makan masa utk berjaya…ini semua rezeki masing-masing…yg penting terus belajar dan promosi…promosi..promosi…he he he
By discovery on Aug 7, 2007 | Reply
seorang yang bergelar ‘newbie’ mengalami masalah longgokan maklumat.Inilah yang pening sangat ni.Satu lagi,ada perasaan takut nak mencuba.Yang terakhir,ada yang sudah ada domain tetapi nama tak sangkut dengan idea business tapi buat juga.Akhirnya rasa menyesal dan rugi.Ini lah cabaran newbie rasanya.
By sham on Aug 8, 2007 | Reply
discovery kene konsiten & fokus.. Jangan nak buat semua benda. Jika tak, anda akan terkeliru dan tidak tahu untuk bermula dari mana..
kalo nak buat adsense, buat la pasal adsense..abaikan dahulu benda lain..
By discovery on Aug 8, 2007 | Reply
Sham,awak adalah guru saya dalam adsense.saya juga telah beli panduan raja adsense.Saya dalam proses mendalami model ini dan awak bagus dalam memberi maklumat tentang topik tersebut.Kemudian saya mempelajari wordpress dari e-book smartzul.Jadi saya membuat keputusan membina model business adsense dalam blog wordpress.Terima kasih kerana membuka satu peluang yang sangat berharga ini.