Raja Adsense

Ebook RajaAdsense dah Selesai di Update

Written on August 8, 2007 – 2:29 pm | by sham |

Saya baru sahaja selesai update ebook raja Adsense.. Saya buangkan apa yang tak relevant dan gabungkan panduan blogger beta ke dalam panduan raja adsense. Ia kini mempunyai 101 muka surat. Pening la kepala orang nak baca nanti.

Sebab tu saya akan buatkan video untuk penerangan lebih lanjut. 2 video dah pun siap.Ada lagi at least 8 video akan disiapkan malam nanti. Saya tak buat video waktu siang kerana agak bising. Waktu sesuai adalah pukul 11 ke atas bila orang dah kurang kat jalan depan rumah saya ni.

Saya harap saya dapat release sebelum puasa sebab bila puasa orang akan banyak berbelanja terhadap makanan & kurang beli ebook.Semasa tu market akan kurang dan sales akan drop.

Faktor masa dan musim juga mempengaruhi kadar pembelian produk digital.Ia adalah sama di internet samada di malaysia atau di luar. Apabila season perayaan, orang akan sibuk membeli barang berkenaan dengan perayaan berkenaan. Namun,kita boleh jual benda yang mendapat sambutan ketika perayaan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 11 Responses to “Ebook RajaAdsense dah Selesai di Update”

  2. By kita on Aug 8, 2007 | Reply

    ermmm…mesti penatkan…tu pasal ler bila ada orang curi produk kita,,,,kita akan rasa terkilan sangat…harap-harap orang malaysia akan lebih menghormati hak orang lain…nak perlukan pertolongan ? kalau ada apa-apa yang boleh saya tolong ler :)

  3. By naem on Aug 8, 2007 | Reply

    alhamdulillah..bila dah selesai maksudnya saya sebagai pembeli ni boleh dapatkan yang update tu la kan? :-)

  4. By sham on Aug 8, 2007 | Reply

    saya takkan release lagi..Biar siap video & site baru. Saya akan relaunch balik.

    Saya akan buat sedikit kelainan skit.Takde lagi IM malaysia yang buat benda ni.

  5. By naem on Aug 8, 2007 | Reply

    wahh..surprise lagi..mesti best ni..

    en sham..maaf tanya kat sini..tempoh hari saya ada sms..terima kasih sebab reply..

    begini, saya nak buat laman social networking..
    satu laman web yang boleh paparkan apa yang terkini di laman forum, laman blog, artikel yang dihantar, gambar2 ahli..
    laman tu memerlukan alhi login dan sign up..maksudya diorang ada akaun sendiri la dalam laman tu..

    laman ini bertujuan untuk alumni sekolah saya..saya saja2 nak buat dan saya akan tanggung hosting dan domainnya..

    saya dah cuba cari template..ada yang berbayar dan yang percuma belum jumpa…

  6. By abdfatah on Aug 9, 2007 | Reply

    yer betul hari berpuasa dan hari raya diutamakan jika dah sampai musim2 nya yang tertentu… fokus orang kata… ngeh3

  7. By naem on Aug 9, 2007 | Reply

    en sham..saya cuba cari dari internet..ini dah masuk hari ke berapa ntah..so, saya dapat satu maklumat yang fantastico ada sediakannya service ni..

    erm..tiki wiki kot?

  8. By sham on Aug 9, 2007 | Reply

    wiki sama mcm wikipedia tu… kalo nak buat mcm malaysiastory.net leh guna pligg.com. ia adalah percuma.

    ada banyak lagi script yang boleh buat..saya ada satu skrip klon myspace..tak pernah guna lagi…leh email saya kalo nak..

  9. By alongovtx on Aug 10, 2007 | Reply

    Boss,update tu customer lama free ke kena charge?Minat jugak kat script klon my space tu…

  10. By kita on Aug 11, 2007 | Reply

    terima kasih kerana send script clone tu kat saya…saya dah try n dah jadi separuh…script ni selamat ke dari segi security?saya ada idea tentang script ni..apa kata sapa-sapa yang berminat tentang script ni kita jadi rakan kongsi….kita beli satu domain n majukan bersama-sama..apa kata kawan-kawan semua..kalau nak handle seorang memang tak leh rasanya…kalau ada yang berminat hubungi saya..sham tak nak join ker?

  11. By sham on Aug 11, 2007 | Reply

    saya tak try lagi script tu..saya ada lagi script lain yang berkonsepkan web 2.0. Tapi saya dah lupa saya save kat mana..dah jenuh cari..yang myspace saya simpan kat lain.

    saya pass…kene siapkan banyak keje skrang..kejar masa..

  12. By naem on Aug 11, 2007 | Reply

    cantik cadangan saudara kita…

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan