TehHerba.com
TehHerba.com adalah salah satu site saya.Saya cuba menjual produk tradisional iaitu Teh herba. Sebenarnya saya ingin pelbagaikan produk di sana. Sales pun tak banyak sebulan. Saya hanya dapat jual dalam 10 bungkus je sebulan secara online. Site ni dah lama sebenarnya.Cuma saya tak war warkan.
Saya lebih kepada jual secara offline kerana ia lebih mendapat sambutan.Rasanya seperti Teh cina. Saya ada pelanggan tetap yang membeli teh ini. Kata mereka ia mujarab untuk sakit sendi. Orang muda takde beli teh ni.Yang beli biasanya adalah orang berumur dan berpenyakit. Saya sendiri mengamalkannya. Bukan apa, jaga dari muda la.
Ia tak mengunakan bahan pengawet.Ia adalah bunga yang dikeringkan. Anda boleh baca sendiri la kat laman web tersebut bagi khasiat teh herba ini. Testimonial tu dari pembekal saya. Saya belum masukkan testimoni pelanggan saya.
Teh Misau Kucing, Mas Cotek dah banyak di pasaran. Sebab tu saya jual benda yang belum ada di pasaran. Jadi saya tidak perlu bersaing dengan mereka.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






2 Responses to “TehHerba.com”
By naem on Aug 9, 2007 | Reply
produk2 macam ni kena kuat promosi dari segi offline marketing kan? kalo online marketing, ini sebagai persiapan untuk menghadapi zaman teknologi negara dan nanti dah tak mustahil semua orang akan beli secara online pula kan?
ooohhh..saya kena contohi tindakan en sham ni..Satu lagi, kos penghantaran tu dah termasuk sekali kan?
By sham on Aug 9, 2007 | Reply
Untuk kos penghantaran, optional samada kita tangung atau buyer tangung. untuk tehherba.com saya tanggung.
Saya bercadang nak tambah lagi dalam tu.. saya akan usahakan teh mas cotet plak nanti.