Raja Adsense

Bagaimana Menentukan Harga Produk Digital

Written on August 10, 2007 – 12:55 pm | by sham |

Ramai usahawan susah nak menentukan harga produk digital.. Adanya letak harga rm20 malah ada yang letakkan harga RM300 untuk ebook. Sebenarnya ia tiada masalah jika meletakkan harga yang tinggi asalkan ia dapat menyelesaikan masalah orang.Ia juga sebenarnya dikira sebagai profesional fee terhadap kemahiran usahawan tersebut.

Profesional fee adalah sesuai yang sukar dinilai.Seorang penceramah motivasi terkenal mengenakan RM10K untuk satu sesi ceramah. Itulah fee yang perlu dibayar untuk dapatkan ilmu beliau. Jika Dr.Irfan Khairi mengenakan sekurang kurang RM6K untuk sehari seminar. Itulah fee bagi ilmu yang akan diberikan kepada peserta. (tu qoutation untuk tahun lepas, sekarang dah naik kot).

Begitu jugak dengan harga ebook atau produk digital lain. Ada juga yang caj berdasarkan masa yang digunakan seperti rm30 untuk 1 jam.  Ada juga yang mengira berdasarkan harga tetap seperti kebanyakan designer. Mereka meletakkan harga tetap untuk khidmat mereka.Ia memudahkan merela memilih designer yang terbaik & murah.

Kebanyakan usahawan internet sekarang bukan lah mereka yang tidak berpendidikan tinggi. Kebanyakan usahawan intenet yang saya kenal mempunyai sekurang kurangnya diploma. Jadi jangan pandang rendah kepada mereka kerana mereka mungkin mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dari anda. Smartzul, Shuth, Kidino. saifulsham (bakal) dan ramai lagi mempunyai ijazah. Saya sendiri mempunyai ijazah.  Berapakah yang mereka belanjakan untuk dapat segulung ijazah tersebut?

Itulah profesional fee mereka. Tapi untuk pasaran Malaysia, saya sarankan hanya meletak harga dibawah rm50. Ia adalah harga mampu oleh orang kebanyakan. Trend sekarang juga orang lebih membeli produk dibawah harga rm50 tersebut.Jika anda meletakkan harga melebihi rm100, hanya segelintir sahaja akan membeli. Lebih baik 100 orang membeli produk berharga rm50 berbanding 10 orang yang membeli produk yang berharga rm100 bukan?

Namun trend kini mula berubah apabila semakin banyak produk berharga melebihi rm100 ke pasaran. Yang lebih baik, ia mendapat sambutan. Ia merupakan satu pentunjuk bahawa orang semakin mampu untuk berbelanja untuk produk digital. Kepada usahawan, ia merupakan satu berita baik.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 4 Responses to “Bagaimana Menentukan Harga Produk Digital”

  2. By Funiatra on Aug 10, 2007 | Reply

    raja adsense….hahaha…maharaja adsense:) Peace!!

  3. By naem on Aug 10, 2007 | Reply

    o i c..baru saya perasan..tapi kan en sham, disebalik harga tu, ramai jugak yang masih letakkan pada harga yang rendah dibawah rm 30..

    pada saya ia murah. Cuma sebenanrnya pada pandangan saya ialah bagaimana kita membina kepercayaan orang terhadap produk tersebut..

    contohnya kalo produk tu harga nya tinggi, tapi disebabbkan si pembeli mengenali si penjual, so saya rasa tak kisah la harganya berapa..mesti beli..

    satu lagi ialah kepentingan produk tersebut kepada seseorang pembeli..contohnya macam F2R..harganya agak mahal bagi rakyat malaysia tapi semua orang inginkan pendapatan macam tu bukan..

    tolong betulkan jika salah ye..

  4. By sham on Aug 10, 2007 | Reply

    Kalo jual produk fizikal, senang kita nak tentukan iaitu beberapa peratus dari harga kos. Namun produk digital, ia bergantung kepada pemilik. Bawah rm30 pun ok sebab maybe dia nak target lebih ramai pembeli.

    Mesti ingat, produk mahal tak semestinya berkualiti.Tapi kalo produk fizikal, yes. ia berkualiti.Barang baik mestilah mahal mcm iklan petronas tu.:P

    Produk digital jika kita letak tinggi,pastikan ia berkualiti. Jika tidak mereka tidak akan membeli lagi dari anda. Jika mereka berpuas hati, mereka akan membeli lagi dari anda.

  5. By kita on Aug 11, 2007 | Reply

    memang betul kata sham…kebanyakan mereka yg profesional ada kelulusan tinggi….kalau tidak semua yang dilakukan menjadi huru hara…sebagai contoh diri saya sendiri…saya hanya ada sijil dalam komputer sahaja….semua yang saya buat menjadi tetapi menjadi separuh jalan sahaja..biasa ler orang yang kurang ilmu hanya harapkan belajar sendiri sahaja.rendah diri katakan :)

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :