Raja Adsense

Lagi Peluang Buat Duit Buat Blogger

Written on August 13, 2007 – 7:27 am | by sham |

Kita sambung post semalam tentang Peluang Buat Duit Buat Blogger. Kita tambahkan lagi. Pilih yang dirasakan sesuai. Tidak semua program ini sesuai untuk blog kita. Kita kena cari program yang menghasilkan duit yang yang lebih banyak untuk blog anda.

  1. Bidvertiser
    Ia adalah seperti Google Adsense jugak.Cuma ia dari company lain.Nilai min payout juga  sedikit iaitu $10 sahaja.  Namun sebagai Advertiser, ia  mempunyai conversion rate yang sangat rendah. Saya pernah iklankan produk saya di sini dan ia kurang memberangsangkan.Namun, sebagai blogger. Ia boleh menambah sedikit pendapatan anda terutama yang telah kene ban dari Google Adsense. Anda boleh daftar di http://www.bidvertiser.com.
  2. Affiliate
    Blogger juga boleh promosikan program affiliate di blog mereka.Anda boleh cari produk² dari CJ.com, ClickBank, MaxBounty atau Paydotcom. Anda boleh pilih dari mana yang sesuai. Jika clickbank, ada sedikit trick untuk menyertainya kerana mereka ban Malaysia dari menyertainya. Saya gemarkan PayDotCom.com kerana bayaran adalah melalui Paypal.
  3. Pay Per Post
    Ia seakan akan ReviewMe. Di dalam PPP, anda boleh pilih peluang untuk anda review. Disini anda memilih pengiklan manakala di ReviewMe, pengiklan yang memilih anda. Anda juga boleh mencari pengiklan sendiri melalui PPP Direct.Anda boleh daftar di http://www.PayPerPost.com.
  4. Pay To Blog
    Ada beberapa syarikat yang membayar untuk anda berblog. Namun, ia memerlukan kriteria tertentu untuk menyertainya. Hongkiat ada menyenaraikan http://www.hongkiat...at-pays-you-to-blog/" title="hongkiat" target="_blank">28 Syarikat yang menawarkan pay to blog ini. Anda boleh lihat di blog hongkiat. Saya malas nak tulis kerana panjang sangat.Jadi anda boleh refer blog hongkiat.
  5. Cash For Content
    Ia memerlukan anda menulis artikel dan submit kepada syarikat berkenaan. Ada yang membayar dar $5 ke $20 bagi satu artikel 500 patah perkataan. Ini memerlukan anda menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Mereka menekankan kualiti artikel.Namun, dengan blogging anda sebenarnya melatih kemahiran anda menulis. Anda boleh google je.
  6. Ghost Writing
    Penulis Hantu?Hehehe.Jangan risau.Ia tidak kacau anda.:p.Ia adalah istilah yang digunakan oleh penulis underground. Bayarannya cukup lumayan. Antara Ghost Writer yang saya tahu ialah Syia dimana dia pernah mendapat projek sebanyak USD25,000 untuk menulis artikel selama 3 bulan. Setiap bulan ada certain amount artikel la. Namun, kalau anda rajin dan mahir, anda boleh menulis 2,3 artikel setiap hari. Saya juga menulis 3-6 artikel untuk blog² saya.Saya belum menulis untuk sesiapa lagi setakat ini. Namun, ghost writing memang lumayan jika anda dapat tangkap “Ikan Besar” kerana mereka akan bayar cukup besar. Tempat biasa anda boleh cari projek adalah di http://www.elance.com. Namun anda perlu bersaing dengan penulis freelance dari seluruh dunia. Ia sesuai jika anda masih belum mempunyai pelanggan tetap.

Macamana? Dah cukup ke belum peluang buat duit dengan Blogging ni? Ada banyak lagi tapi saya tidak detailkan kerana saya mahu anda mencarinya sendiri. Takkan nak kena suap semua kot.

Apa yang anda explore sendiri sebenarnya “makan dalam” berbanding dengan orang berikan percuma. Tak percaya? Anda baca semua ebook percuma yang anda dapat? Rasanya ramai yang hanya download & peram dalam pc mereka. Nak dijadikan “BUDU” agaknya.:P. Tu kalo orang pantai timur. Kalo orang pantai barat, nak jadikan “PEKASAM”.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 5 Responses to “Lagi Peluang Buat Duit Buat Blogger”

  2. By abdfatah on Aug 13, 2007 | Reply

    ish… ish… ish… memang benar sekali. memang takleh nak sangkal… percaya jangan tak percaya… jangan jadi seperti budu dengan pekasam dah laa..

    jual budu dan jual pekasam untung banyak wooooo….

  3. By sham on Aug 13, 2007 | Reply

    Saya cakap mcm tu sebab saya sendiri pun belum abis baca ebook yang saya dapat free.:p

  4. By naem on Aug 13, 2007 | Reply

    ha ah..banyak sangat nak membaca sampai tak buat apa2..hehehe

  5. By zool on Aug 13, 2007 | Reply

    Orang Melaka plak nak buat cencaluk..atau belacan…
    biasalah ilmu kalau dicarik lebih bermakna dari disuap..
    tapi masing2 punya idea…
    saya masih belajar dan cuba sedikit sebanyak mencuba..
    cuma ye lah masih dalam proses memperbaiki tulisan terutamanya dalam BI…

  6. By suhaimimarzuki on Jul 16, 2010 | Reply

    admin saya nak tanya ada x syarikat yang berminat dengan artikel bahasa malaysia.kalau ada beritahu saya.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :