Raja Adsense

Bagaimana Nak Promosi Affiliate

Written on August 14, 2007 – 2:34 am | by sham |

Ehem..Macamane ye?:P…SPAM..hohoho..siapa yang buat ni memang nak kene pelangkung. Ia merupakan teknik orang terdesak. Banyak jugak saya terima dari orang² terdesak ni. Kalo ada masuk dalam email saya.Saya terus tick & tekan butang delete. Kijam….:P. Tapi memang itu yang saya lakukan. Jadi jangan SPAM, orang akan tahu anda terdesak.

Saya tertarik dengan seorang affiliate saya dengan nickname aiyma_82. Saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya mengatasi Smartzul dalam affiliate Raja  Adsense bulan ini.Biasanya Smartzul adalah top affiliate sejak Affiliate Raja Adsense wujud.Cara yang digunakan ialah Harakah Daily…Iklannya murah berbanding dengan akhbar online lain. Ramai yang masih tak explore. Pak ustaz beli ebook gak ke? Selagi akhbar tersebut ada pembaca,disitu ada peluang perniagaan. Bukan politik ye!

Traffik terbanyak adalah dari Harakah Daily pada bulan ini. Pada bulan sebelumnya traffik banyak dari site Zaharuddin.net kerana Ustaz Uzar letakkan link download Report penipuan di Internet di laman web beliau.

Saya rasa saya pun ingin gunakan akhbar berkenaan untuk promosi projek terbaru saya nanti. Saya kena sediakan bajet secukupnya nanti. Dalam perniagaan, anda kena masukkan kos pengiklanan dalam perbelanjaan. Tanpa promosi,tiada orang akan membeli produk anda. Memang kaedah promosi percuma menjadi pilihan kebanyakan orang. Namun, kesannya agak kurang sedikit berbanding iklan berbayar. Jika kita mengunakan iklan berbayar, iklan kita akan di highlight sebagaimana di akhbar online lain.

Kenapa orang iklan disana walaupun mahal? Ini adalah kerana ia adalah berkesan..Sangat berkesan. Buat permulaan perniagaan, adalah lebih baik anda buat bajet lebih sedikit daripada keuntungan untuk pengiklanan. Tidak kira lah samada di Utusan, Hmetro, Berita Harian atau Harakah. Kesemuanya mempunyai pembaca mereka tersendiri. Jadi kita sebagai usahawan, kita boleh “tap” sedikit daripada pembaca yang berminat.

Kalo anda perasan, ada banyak betul iklan perigi² kat Bharian online.Ini adalah kerana ia berkesan menyebabkan mereka terus iklankan disana. Jika mereka terus iklan menunjukkan mereka untung. Kalo rugi, nak buat apa iklan kat sana lagi. Betul tak?

Jika anda tidak mempunyai bajet untuk pengiklanan, anda boleh gunakan kaedah percuma seperti blog review, banner, atau link di sidebar blog. Jika anda mempunyai bajet, pengikalan berbayar sangat di alu alukan.Begitu jugak dengan Adsense, jika anda mempunyai bajet anda boleh gunakan pengiklanan berbayar seperti Adword, YSM, MSN Adscenter dan sebagainya. Ia adalah sumber traffik segera ke laman web anda.

Saya juga gunakan kaedah PPC untuk promosi Affiliate. Pastikan produk yang dipromosi adalah produk yang mendapat sambutan dan tidak terlalu sesak. Faktor lain ialah pembahagian komisen, pilih yang mempunyai komisen yang tinggi. Jadi ia akan dapat cover kos PPC yang anda laburkan. Jika untuk adsense, anda pilih keyword yang bernilai tinggi. Ia dapat mengatasi persaingan dienjin carian yang padat dengan pesaing bagi keyword mahal tersebut.

Saya akan detailkan lagi nanti tentang kaedah PPC untuk adsense nanti. Ada beberapa foktor yang perlu tahu bagi keberkesanan kaedah Adsense Arbitrage tersebut.

p/s: Kini affiliate Raja Adsense mempunyai 1056 orang.Fuh, semakin ramai.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 10 Responses to “Bagaimana Nak Promosi Affiliate”

  2. By hasrul on Aug 14, 2007 | Reply

    fuhh.. thanks for sharing.. Rasanya nak cuba jugalah iklan kat sana..

  3. By kita on Aug 14, 2007 | Reply

    memang betul kata sham…pengiklanan adalah sangat penting…ramai-ramai usahawan internet yang takut untuk mengeluarkan duit untuk pengiklanan kerana mereka merasakan kerugian.Cuba anda kira sendiri sebagai contoh kos untuk iklan selama sebulan RM100 tetapi keuntungan kasar anda akan dapat RM300.So pendapatan bersih anda berapa?Cuba tanya pada diri sendiri mengapa sayarikat-syarikat besar yang dah terpahak di hati pengguna masih mengiklankan produk mereka.Saya sendiri pun kurang dalam bab iklan berbayar ni :P , perangai orang kita suka yang free :)

  4. By sham on Aug 14, 2007 | Reply

    Produk seperti belajar bahasa arab atau bab agama mesti dapat sambutan kalo iklan kat sana..

    Tips:

    Setiap akhbar mempunyai target market mereka.pastikan produk yang diiklankan disana menepati pemikiran dan fahaman berkenaan.

  5. By zuhairy on Aug 14, 2007 | Reply

    ehmm,saya pun dalam pertimbangan nak buat pengiklanan kat bharian, metro dan harakah. dalam proseslah sekrang ni.

    sham,

    saudara rasa kat mana lagi yang sesuai?boleh share dengan kami ni, maklumlah…beginner lagii…hehehe..

    ha,
    lagi satu, masa saya baca bharian.com.my, saya dapati dah ada yang buat ebook adsense!nampaknya dah ada persaingan ni,hehe…harapan saya saudara terus sukses!

  6. By sham on Aug 14, 2007 | Reply

    Semua sesuai. Sebab saya baca semuanya. Sebab berita tak sama kadang² tu.

    Ebook adsense dah makin ramai buat…Saya ada jumpa jugak yang copy dari Raja Adsense.. Anda boleh tahu tengok preview dia bagi dah tahu dah..

    persaingan memang bagus untuk majukan diri anda..

  7. By edyanie on Aug 14, 2007 | Reply

    betul..iklan berbayar merupakan cara yang terbaik dan termudah untuk meningkatkan peluang menjana wang dengan lebih cepat. bila iklan berbayar, prospek akan terfikir bahawa ia pasti menjana wang yang banyak.jika tak, masakan penjual sanggup wat iklan berbayar. web akhbar ni boleh dikatakan sangat berkesan. sebab trafik ke web akhbar ni terlalu ramai setiap hari. itu sebab harga iklan di berita harian dah meningkat tahun ni.. terbantut pulak usaha nak iklan kat situ ;)

    makin tinggi risiko. makin tinggi keuntungan yang boleh diperolehi

  8. By abdfatah on Sep 20, 2007 | Reply

    memang akhbar punya tarikan trafik yang tinggi. kalo tidak mengapa ramai yang buat iklan dan terus beriklan di sanaaaaaaaaaaaaa…. satu cara yang boleh dicuba… namun kena sediakan bajet yang mencukupi laa kalo nak buat iklan dalam akhbar online nih… atau surat khabar biasa.

  9. By Zackhary on May 14, 2010 | Reply

    huhu

  10. By mat on May 31, 2010 | Reply

    erm.. boleh cuba la nanti..

  11. By Jejaka Timur on Jun 7, 2010 | Reply

    Aku pon ingt nk try iklan kt akhbar online ni….rasenye yg best Harakah sbb sentiasa ade isu panas…kalau dpt tarik 1% drp jumlah pembaca pon dah kire ok…tp bajet tu la yg problem skrg…RM150 seminggu….banyak gak tu

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :