Adsense Arbitrage
Apa benda tu Adsense Arbitrage? Saya ringkasla ye. Ia adalah konsep pengiklanan PPC untuk Adsense. Jadi kita guna PPC seperti Adsword @ YSM untuk tarik trafik & klik pada adsense tersebut. Cara inilah yang digunakan oleh Ringgit Hit dalam F2R.
Terdapat beberapa faktor kejayaan teknik ini. Ia bukanlah permainan untuk orang baru atau newbie. Ia merupakan teknik yang berkesan namun kita perlu mengeluarkan duit untuk dapatkan duit. Disini la Duit bekerja untuk kita.
Antara faktor kejayaan teknik ini ialah :
- Persaingan
Anda perlu membuat sedikit kajian persaingan terhadap niche yang anda ingin sasarkan. Tiada gunanya anda bersaing dengan pengiklan yang mengeluarkan bajet banyak untuk satu klik. Iklan anda akan jarang² keluar & diklik. - Template
Template site anda juga memainkan peranan. Begitu jugak kedudukan ads anda. Tiada guna jika anda ingin gunakan kaedah ini jika ads anda tersorok & orang tak nampak & tidak berminat untuk klik. Teknik arbitrage adalah all about clicks. No click, no money! - Iklan yang Memujuk
Iklan yang anda tulis juga memainkan peranan. Iklan yang bagus dapat menarik minat pelawat untuk klik iklan kita & dibawa ke laman web kita. Pastikan tiada kesalahan ejaan atau perkara yang mencacatkan iklan anda.Anda boleh buat kajian,iklan mana yang dapat menarik minat anda untuk klik. - Bajet
Pastikan bajet anda. Jangan terlebih bajet. Setkan berapakah maximum yang akan anda belanjakan. Saya pernah terkena 2 kali kerana tidak terperasan kredit saya dah abis. Saya bernasib baik kerana mengunakan Debit Card. kalo kad kredit, jenuh la membayar. Mereka tidak dapat caj apabila duit dalam Debit Card dah abis. Siapa yang guna kredit card, hati hati ye. - Content
Walaupun anda gunakan kaedah ini. Content tetap penting terutamanya di Google Adwords. Mereka akan tutup akaun mereka yang melakukan Made for Adsense site dimana laman web tiada content langsung kecuali ads Google Adsense yang ada. Kemungkinan juga akan kehilangan akaun adsense + adwords pada masa yang sama. Kita tak boleh buat apa sebab Google is the boss. Dahulu memang banyak site begini teruatama berkenaan hosting.
Apa yang perlu anda lakukan ialah:
- Pastikan apa yang anda iklan mempunyai tracking untuk monitor. Guna channel pun boleh. Anda juga boleh tambah tracking software lain seperti adsenselogger dan sebagainya.
- Pastikan anda monitor prestasi iklan anda. Jika ada banyak orang klik iklan adwords anda tetapi tiada klk pada adsense, anda perlu buat sesuatu seperti design & kedudukan ads.
- Jangan terlalu mengharap. Ada sesetengah iklan akan gagal.Jadi hentikan kempen ke site/page tersebut & buat yang lain. Ada kalanya kita perlu berundur untuk membuat strategi baru. Terima hakikat jika iklan tersebut gagal mencapai matlamat anda.
- Jangan terlalu bergantung kepada PPC. Anda juga perlu cari jalan untuk dapatkan trafik dari enjin carian dan sebagainya. Ia dapat mengurangkan kos pengiklanan PPC anda.
Ini adalah antara faktor dan apa yang perlu anda lakukan jika ingin gunakan kaedah adsense arbitrage. Setiap orang mempunyai teknik yang tersendiri. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya.
Suka saya ingatkan ia bukan untuk newbie. Jadi jangan terpengaruh sangat jika anda lihat orang buat duit banyak dengan kaedah ini. Anda boleh guna jika anda sudah tahu selok belok internet marketing. Ia adalah untuk mereka yang dah biasa dengan adsense. Jika anda baru nak mengenal apa itu blog dan laman web. Lupakan dahulu teknik ini. Carila ilmu asas dahulu dengan duit tersebut.




7 Responses to “Adsense Arbitrage”
By kita on Aug 15, 2007 | Reply
terima kasih atas maklumat yang diberi saya ingin memberi cadangan dan memintak cadangan dibuat
,,,,saya ingin membuat iklan dalam google tetapi kurang faham tentang google…boleh syam tulis manual n bagi percuma kat semua pembeli ebook raja adsense.
By sham on Aug 15, 2007 | Reply
Nanti saya akan usahakan jika ada masa lebih,,sekarang krang sihat. Video yang tengah buat pun stop kejap..
By saiful on Aug 15, 2007 | Reply
Sham..
Kau tak sihat lagi ke? masih terkena ilmu hitam lagi?… dengki khinat ni takkan abis2 punya…
By sham on Aug 15, 2007 | Reply
Saya selsema+batuk. Video Raja Adsense maybe akan lambat siap skit sebab keadaan kesihatan tak mengizinkan. Tapi sales letter baru akan disiapkan secepat mungkin.
By naem on Aug 15, 2007 | Reply
ha ah..sama la kita en sham..selsema batuk jugak..nak bangun pun malas tapi terpaksa la…
By sham on Aug 15, 2007 | Reply
Saya baru je tahu.. Saya berkemungkinan turut mempunyai barah paru² tahap awal. Ia kesan dari ilmu hitam dulu yang terlampau lama..
Nampaknya saya kene slowkan aktiviti saya untuk. Dugaan buat buat saya. Doakan saya cepat sembuh ye.
By mohdzahran on Dec 4, 2007 | Reply
Thanks sham.Saya pun baru berjinak dengan PPC.Memang boleh drive traffic dan dapatkan klik tapi bagi yang baru mesti hati-hati.Waktu saya mencuba,saya rugi kerana earning yang dapat tidak setanding dengan jumlah modal untuk PPC.Guna pula kredit card,dengan senang diorang charge semula bila akaun dah kering.PPC memerlukan banyak analisa dan taktik untuk memastikan traffik dibawa ke page anda dan mendatangkan klik.
Secara jujur…PPC bukan cara terbaik kerana risiko amat besar.Lebih baik guna kemahiran untuk drive traffic dan mendapat earning.Cuma PPC boleh digunakan bila traffik ke web anda sudah banyak dan PPC hanyalah salah satu alternatif untuk mendapatkan klik yang mahal keywordnya.