Asah Gaya Penulisan Anda
Ha..Siapa yang menulis blog pasti akan tahu. Setiap orang ada gaya penulisan yang tersendiri. Kenapa ia berlainan? Yela, mesti sebab pemikiran dan aliran yang berlainan. Melalui gaya penulisan sesetengah penulis dapat mencipta trade mark tersendiri.
Ada gaya penulisan yang serius seperti surat khabar. Ada jugak gaya penulisan yang sempoi mcm shuth.Begitu jugak blogger lain seperti smartusaha, robotys,alang dan ramai lagi. Masing ada style masing masing.Ada yang gaya kelakar sampai orang membacanya tergelak sorang sorang.Ada gaya yang agak mendatar mcm saya ni.Saya memang suka tulis agak mendatar mcm ni. Ianya tidak terlalu serius & tidak terlalu sempoi.
Saya menulis di blog & dalam ebook dengan gaya berlainan.Saya pun tak tahu kenapa tapi saya perasan.:P. Bagi saya, penulisan saya boleh disuaikan mengikut keadaan tertentu seperti jika untuk menegur orang kita perlu straight to the point atau berkias dengan ayat yang sinis. Tapi pastikan ia tidak melampau lampau sehingga menyingung perasaan pembaca.
Antara blogger baru,ramai yang menulis gaya sempoi sempoi bahasa. Ia membuatkan pembaca terhibur.Ia merupakan satu fenomena yang bagus.Namun untuk membentuk gaya penulisan ia memerlukan latihan.Apa pulak kene berlatih ni ye? Senang je jawapanye. Berlatih menulis la. Untuk mahir bersilat kene selalu berlatih begitu jugak menulis.
Lagi banyak menulis semakin mahir la. Kesimpulannya, rajin² la menulis & update blog anda. Tu je sebenarnya tujuan saya post ni.:P
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






5 Responses to “Asah Gaya Penulisan Anda”
By naem on Aug 22, 2007 | Reply
saya ni tak pasti apa gaya tulisan saya.nak kata sempoi-sempoi bahasa..tak kot..nak kata kelakar, saya sendiri tak gelak…
ermm..nak kena buat survey poll la kat blog macam tu
By shueqry on Aug 23, 2007 | Reply
Assalamualaikum Sham, apa khabar? Shueqry here.
Gaya penulisan saya pula selalunya mendatar dan bersahaja, adakalanya bersemangat, kadangkalai beremosi. Depends pada mesej yang mahu disampaikan.
Naem, pada saya penulisan kamu ok, cuma perlu sering menulis supaya mendapat rentak tersendiri. Just be yourself!
- shueqry -
By sham on Aug 23, 2007 | Reply
kalo blog motivasi, memang perlu bermain dengan perasaan.jika tidak efeknya akan kurang..
jika blog teknikal pulak, boleh target mereka yang dah expert dengan benda teknikal atau newbie tapi perlu diolah menjadi ayat yang simple dan mudah difahami..
By zuhairy on Aug 23, 2007 | Reply
payah gak nak buat orang tertarik dengan gaya penulisan. tapi saya suka campur-campur. Ada yang bagitau saya, bila menulis biar cara seperti kita berborak. Semasa saya mengikuti Workshop Jutawan Internet kendalian Dr. Irfan Khairi pun dia ada cakap camtu.
Tapi kalau orang ‘bahasa’ baca, mereka akan kata…eiii, banyaknya salah tata bahasa..masa SPM dulu, BM dapat F9 ker,hehehe
By zulia on Mar 4, 2008 | Reply
Gaya menulis yang baik itu macam mana?