Raja Adsense

Bersediakah Malaysia untuk Gelombang E-commerce?

Written on August 23, 2007 – 11:39 pm | by sham |

Ramai yang tertanya tanya adalah malaysia bersedia untuk menerima konsep ecommerce secara menyeluruh kedalam kehidupna kita? Buat masa sekarang ia semakin diterima namun masih ada yang yang agak skeptical tentang membeli belah di internet kerana takut ditipu.

Kenapa ini berlaku? Sebabnya media yang terlalu mengembar gemburkan kes terpencil seperti penipuan di internet & menjadikannya isu besar sedangkan daripada 1000 orang hanya sorang dua sahaja yang ditipu.

Media yang hanya mengeluarkan artikel tanpa kajian teliti juga dipertikaikan. Dahulu Wangcyber turut dikaitkan dengan skim cepat kaya sedangkan ia adalah forum. Naif betul penulis tersebut. Agaknya penulis tersebut hanya search di internet “pelaburan internet” semua url yang keluar dilabelkan skim cepat kaya. Simplenye keje. Submit kat editor,editor pun berfikir..uish..isu panas ni,terus diletakkan di muka hadapan untuk menarik minat orang beli surat khabar mereka.

Hasilnya orang tersalah anggap tentang perniagaan internet dan pelaburan internet. Namun usaha berterusan oleh Dr.Irfan agar orang menyedari potensi perniagaan internet saya amat kagumi terutamanya strategi “branding” yang beliau lakukan. Setiap kali ia kelaur di media pasti beliau akan highlight. Secara tidak langsung orang mula mengagumi beliau sebagai ikon perniagaan di internet.

Jika dahulu orang sering mencerca dan mengkeji “boleh ke buat duit di internet, tipu semua tu”. Dengan munculnya Dr.Irfan, semua pandangan sedemikian semakin kurang malah orang yang sibuk memperli ini berminat nak cuba perniagaan internet sendiri. Apa lagi, terus ditiru apa yang orang buat. Laman web, produk habis ditiru akibat ingin cepat kaya dengan perniagaan internet.

Ada jugak yang menetapkan matlamat, aku nak jadi jutawan dalam masa 3 tahun.Ia adalah bagus. Tapi adalah mereka berusaha kearah menjadi jutawan dalam masa tersebut? Ia sebenarnya boleh dicapai, tapi ia memerlukan perancangan dan tindakan. Perancangan tanpa tindakan adalah sia sia. Hanya tahu pasang angan angan tapi tak berusaha ke arah mencapai cita cita tersebut. Yang pasti, dapatkan seorang mentor.

Saya juga.Saya sedang berguru dengan seorang usahawan sekarang ni.Harap saya boleh cabar pencapaian beliau nanti. Saya sedang siapkan action plan untuk mencapai matlamat saya. Saya memerlukan pelan tindakan untuk setahun,saya ada 2 matlamat untuk dicapai pada tahun hadapan.Semoga ia berjalan dengan lancar.

Saya tertarik dengan satu iklan air tin dimana seorang jaga yang bercita cita menjadi CEO di syarikat yang beliau “jaga”. Dia berusaha kearahnya.Zapp..kawan yang yang asyik memerli ianya adalah kerja sia sia akhirnya terpaksa tapik spring kat jaga CEO tersebut. Dari iklan tersebut kita dapat simpulkan bahawa cita cita tanpa usaha tidak akan kemana.

Hah..apa lagi,sediakan lah pelan tindakan anda!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 3 Responses to “Bersediakah Malaysia untuk Gelombang E-commerce?”

  2. By zuhairy on Aug 24, 2007 | Reply

    sebenarnya, saya begitu optimis sekali dengan masa depan perniagaan internet ni. Dulu saya pun takut2 jugak. tapi, sejak saya membeli ebook atau apa jua produk di internet ni, khususnya di Malaysia ni, saya tak pernah ditipu lagi..dah byk yg saya beli (termasuklah ebook hasil penulisan Sham ;-) )

    lagi satu, biz internet ni boleh dijadikan side income bagi dah ada kerja. balik kerja dari pejabat, malam pun boleh running biz sebelum tido..Insyaallah, semoga usaha Dr.Irfan memperkenalkan biz internet ni akan berjaya dan masyarakat akan lebih terbuka dalam hal ni..

  3. By Robotys on Aug 24, 2007 | Reply

    Malaysia secara keseluruhannya dah bersedia. Anda boleh mulakan bis online sekarang tanpa banyak masalah untuk market malaysia. Kalau tak, takkan la ader website2 yg khas untuk pasaran malaysia (lelong.com.my , kadkahwin.com, dsb) .

    Yg pasal media tuh, biarkan mereka terjun dengan labu2nya.

    ps: Media nih besenyer target market derang adalah golongan yg bukan pengguna internet yg “celik”. Kebanyakan yg percaya kenyataan akhbar nih adalah org2 kampung yg tak terdedah dengan kemungkinan2 positif yg ade. So, kita just fokuskan usaha kita pada mereka2 yg “celik” nih. Senang sket. ;)

  4. By sham on Aug 24, 2007 | Reply

    Biasanya mereka yang sedia adalah generasi baru mcm kita..tunggu generasi “lama” bersara baru la kita take over..masa tu kita akan boleh biz full swing…

    Rasanya perlu ada undang² yang melindungi pengguna & penjual online…

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :