Raja Adsense

Kisah Mat Jenin

Written on August 24, 2007 – 12:55 am | by sham |

Pada sebuah kampung, ada seorang pemuda bernama Mat Jenin. Beliau bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa di daerah tersebut. Semua oran tahu akan kecekapan Mat Jenin memanjat pokok kelapa sehingga ia tersohor di kawasan tersehinggakan jika anda nak panjat pokok kelapa hanya Mat Jenin yang akan dipanggil sehinggakan beruk pemanjat kelapa pun terpaksa tapik spring kat Mat Jenin.

Biasanya upahnya adalah buah kelapa itu sendiri.Jika Mat Jenin memanjat 100 biji kelapa, pemilik akan mengupah 50 biji iaitu separuh dari keseluruhan buah kelapa.Jadi Mat Jenin adalah Raja Buah Kelapa…uish, ada ke?:p

Suatu hari ketika memanjat pokok kelapa, Mat Jenin berangan angan…

“Jika aku dapat panjat 500 biji setiap hari,aku dapat 250 biji kelapa.. kaya aku! Bisik Mat Jenin dalam hati.

Sebiji kelapa aku jual RM1.50, jika 250 biji aku akan dapat RM375 sehari.. Wow..aku kaya sambil tersenyum.

Dengan duit tu, aku akan beli anak ayam. Anak ayam harganya RM1 seekor, jadi aku akan dapat 375 ekor anak ayam. Kalau aku beli 375 ekor anak ayam setiap hari aku akan ada 11250 anak ayam sebulan.Harga ayam RM10 seekor, nanti dah besar aku akan dapat RM3750 untuk ayam tu. Itu kalo aku jual 375 ekor sehari. Kalo sebulan aku akan dapat RM112,500 sebulan.

Ish.Ish.Ish..banyaknya duit aku nanti.Setahun je aku akan jadi jutawan ayam kat Mat Jenin dalam hati. Lepas ni tak perlu la aku naik kelapa lagi. Aku beli semua ladang kelapa & aku akan jadi orang paling kaya..

Ha.ha.ha…Mat Jenin tergelak seorang diri di atas pokok kelapa..

Tiba tiba Mat Jenin terpegang ekor biawak yang kebetulan sedang “landing” dia atas pokok kelapa tersebut.Biawak tu pun terkejut & melompat & melanggar Mat Jenin.Mat Jenin terkejut dan terlepas tangannya yang memeluk batang pokok kelapa..

Apa lagi..Jatuhla Mat Jenin bersama sama dengan biawak tersebut… Gedebuk..

Mat Jenin pun…

Jatuh. Namun beliau hanya patah kaki.Biawak tidak bernasib baik kerana dihempap Mat Jenin & mati di tempat kejadian.

Setelah kakinya sembuh, Mat Jenin kembali kepada kerja beliau & beliau akhirnya menjadi jutawan ayam, kelapa dan hartanah.

Ceh..ingatkan Mat Jenin matikan?:P. Semua beranggapan sedemikian kerana cerita Mat Jenin adalah cerita tergantung yang disampaikan dari generasi ke generasi. Jika Mat Jenin mati, kita tak tahu la cerita Mat Jenin.Betul tak? Dia tak sempat la cerita kat sesiapa angan angan beliau.

MOral of the story…Kita sering diterap bahawa angan angan pasti akan dikaitkan dengan Mat Jenin. Jangan hanya angan angan Mat Jenin kata orang. Betul ke jika kita berfikir sedemikian?

Mat Jenin sebenarnya mempunyai pemikiran seorang usahawan. Beliau tahu berfikir dan merancang masa hadapan beliau. Beliau berfikir dengan kreatif. Dari buah kelapa beliau menjadi seorang usahawan berjaya. Inlah yang kita mahukan iaitu berfikir untuk maju ke hadapan walaupun kita bermula dari bawah.

Elakkan berfikiran mahu makan gaji dan terlalu selesa dengannya. Ia akan memundurkan anda. Pernah anda berfikir untuk ganda wang gaji anda? Jika tidak, berfikir la ala Mat Jenin beserta tindakan. Laburkan wang tersebut bagi mengembangkan wang tersebut. Pastikan ia adalah pelaburan yang sah dan dijamin oleh kerajaan. Bukan melabur pada pelaburan internet yang tidak tentu hala & sumber.

Jika Mat Jenin hanya berfikir, dengan duit tersebut beliau habiskan.Ia hanya sia sia sebagaimana kebanyakan orang hari ini yang hanya menghabiskan wang untuk membayar hutang & bil. Apakah kejayaan yang akan dicapai oleh mereka yang dapat RM2000 dan sebelum hujung bulan dah abis RM2000? Anda sendiri boleh fikirkannya.

Think Outside the BoX!

p/s: Ia adalah cerita rekaan semata mata dan tidak berkenaan dengan sesiapa samada hidup ataupun mati.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 4 Responses to “Kisah Mat Jenin”

  2. By naem on Aug 24, 2007 | Reply

    mat jenin ni cerita betul ke? apa maksud jenin tu ek?

  3. By sham on Aug 24, 2007 | Reply

    Cerita reka je.. lor..Jenin tu nama orang la..

  4. By alongovtx on Aug 27, 2007 | Reply

    Ini menunjukkan generasi naem ke bawah…tiada pendedahan berkenaan cerita-cerita melayu dolu-dolu.hehhee…

    Pasni boleh cerita pasal sang kelembai,sang kancil,dan seumpamanya.

  5. By saya yang berkata2 on May 22, 2010 | Reply

    mm..nak jadi mat jenin.. ambil yang baik..

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :