Raja Adsense

Tahukah Anda..Sham

Written on August 27, 2007 – 10:01 pm | by sham |

Saya kena tag oleh Robotys rupanya. Tak perasan den. Ia dimulakan oleh shuth bagi buat post tentang 5 perkara yang orang tak tahu pasal diri orang yang kena tag. Pastu saya kena tag 5 orang lain plak & mereka kena buat benda yang sama.

Menurut Shuth, ada syarat yang perlu dipatuhi seperti memasukkan sumber asal tag. Baca sendiri la kat blog shuth ye. Berkenaan 5 perkara yang orang tak tahu tentang saya…hmm..

  1. Saya mulakan RajaAdsense.com dengan modal RM60. Ha..kenapa tak percaya? Ini membuktikan bahawa anda tidak semestinya mengeluarkan modal yang besar bagi memulakan perniagaan internet. Yang penting anda perlu berani & tetapkan matlamat/halatuju perniagaan anda.Saya telah mendapat lebih dari 30K dari RajaAdsense.com sahaja.
  2. Saya hampir fail dalam Add Math SPM.Saya dapat 8E..Tapi saya dapat 1A dalam dalam Mod Math. Pelik betul, padahal kedua duanya math.:P.Jadi matematik adalah subjek yang saya fobia skit…Orang kata math itu senang,bagi saya tidak..huhuhu.Subjek yang paling saya suka adalah Kimia gara² mencabar seorang rakan bukan melayu dalam kelas saya. Kat Sekolah berasrama penuh(SBP),pelajar bukan melayu skit je.Batch saya ada seorang india & sorang cina.
  3. Saya langsung tidak meminati IT.Malah saya langsung tidak meminta Kos IT.Cita² adalah chemical engineer. Pada tahun 2002, ramai yang kena “lelong” kerana kemasukan bagi ijazah pertama perlu bersaing diantara matrikulasi 1 setahun setengah, matrikulasi 1 tahun (saya la tu), STPM dan Diploma. Mungkin Hikmah disebalik kena lelong, ia membentuk saya sekarang.
  4. Shuth bercerita tentang HP dia.Jadi saya pun nak cerita pasal HP saya gak la. Setakat ni saya pernah guna 2 jenis HP iaitu 3312 dan 3120 (sekarang pakai). Saya tak reti kalo HP canggih². Bagi saya boleh sms, boleh call.Beres.Tu je yang saya perlukan.
  5. Saya mula mengenal komputer pada tahun 1998.Masa tu apa yang saya tahu hanya main game lumba kereta..Lepas SPM,saya ambik kursus Komputer yang pertama.Saya habiskan kursus dalam masa 1 bulan walaupun kursus tersebut 3 bulan kerana kejar masa kerana dapat tawaran ke Matrikulasi.

Ok. Saya nak tag mereka yang selalu komen kat blog saya la.

Biar mereka ini pulak beraksi..hehehe..beraksi ape tuh?..:P

Tag Source: Alang> Robotys

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 13 Responses to “Tahukah Anda..Sham”

  2. By Maizul on Aug 27, 2007 | Reply

    Aik kene tag lagi. Saudara Afzai Afandi punya tag pun tak terpos, nak kasi testimoni produk baru dari rakan pun belum try lagi wa keje bertimbun… insyallah ada kesempatan nanti saya tulis juga. menarik tag ni.

    Wow 30K banyak tu.

  3. By naem on Aug 28, 2007 | Reply

    demam tag skang ni ek? hehehe..thanks en sham..so skang kena fikir le nak menjawab apa plak..

    ps: internet connection kat umah ni lembap betul le..huhuhu

  4. By zuhairy on Aug 28, 2007 | Reply

    alamakkk,kena tag lagi. tapi tak reti la nak balas balik.ayoyo! camne nak tag orang lain pulak ni?

  5. By abdfatah on Aug 28, 2007 | Reply

    hamboih… kena tag ke? dua orang dah mengetag dengan subjek yang sama nih… macam mana???

    dapat 8E…? saya dapat 9… hehhe. ada yang tanya… tak hambik math ke? kalo tak hambik bermakna mengulang semua subjek laa zaman saya sekolah doluu…

    skang ini hambik subjek yang gagal je untuk skor… ada ke patut mengulang menda yang telah berjaya dijawab dengan jayanya… biasalah era 90-an. yer tak? ada yang tak dapat sijil lantaran boikot math… hahaa…

  6. By kita on Aug 28, 2007 | Reply

    ermmm..kalau blog kita kena tag 2 kali macam mana erk..sedangkan kita dah post tag yang pertama..takkan nak pos pulak kot atau edit jer post yang pertama

  7. By hafreze on Aug 29, 2007 | Reply

    quote ‘Saya mulakan RajaAdsense.com dengan modal RM60. Ha..kenapa tak percaya? Ini membuktikan bahawa anda tidak semestinya mengeluarkan modal yang besar bagi memulakan perniagaan internet. Yang penting anda perlu berani & tetapkan matlamat/halatuju perniagaan anda.Saya telah mendapat lebih dari 30K dari RajaAdsense.com sahaja’

    disini saya ingin bertanya pada tuan pemilik blog, apakah strategi yang digunakan saudara hingga mendapat 30k untuk satu produk. Bagi saya itu amat membanggakan kerana selama ini, saya terpaksa membuat ratusan sites untuk mencapai nilai 10k..sekian.

  8. By sham on Aug 29, 2007 | Reply

    1.After sales support adalah sangat penting..
    2.pastikan apa yang dijual adalah sesuatu yang mempunyai permintaan yang tinggi.

  9. By reezluv on Aug 30, 2007 | Reply

    hehe..best betul tag-tag org ni..hehe

  10. By abdfatah on Sep 1, 2007 | Reply

    macam biskut raya yang bermusim…? hihiii

  1. 4 Trackback(s)

  2. Aug 27, 2007: Percuma Tutorial & Artikel » Blog Archive » Kenali KITA
  3. Aug 28, 2007: Minat Vs Pengetahuan
  4. Sep 5, 2007: Panduan Perniagaan Internet » Tahukah anda?
  5. Sep 5, 2007: Alhusna Gallery » Blog Archive » TAHUKAH ANDA???

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan