Raja Adsense

Minat Vs Pengetahuan

Written on August 28, 2007 – 6:35 pm | by sham |

Bagi anda, minat atau pengetahuan lebih perlu diutamakan? Ada orang kata ada minat semua perkara boleh jadi. Betul ke? Bagi saya minat sahaja ia tidak membawa kepada apa apa makna. Anda minat berniaga di internet, anda boleh berniaga ke? Tak jugak.

Bagi saya pengetahuan perlu diutamakan. Seperti post sebelum ini tentang diri saya, saya pada asalnya langsung tidak meminati benda IT ni. Namun dengan pengetahuan, minat akan datang setelah anda telah biasa dengan apa yang anda buat. Kini saya mempunyai minat dan pengetahuan.

Dengan minat semata mata, ia akan hanya tinggal minat. Jika anda minat, dapatkan ilmu pengetahuan. Itu akan mengerakkan anda. Bukan minat semata mata. Namun, anda boleh bermula sebagai hobi/minat. Tapi ia memerlukan masa yang panjang kerana anda tidak mempunyai pengetahuan yang diperlukan.

Dapatkan ilmu pengetahuan. Ia akan membimbing anda ke arah jalan yang benar.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 6 Responses to “Minat Vs Pengetahuan”

  2. By naem on Aug 28, 2007 | Reply

    ermm macam tu juga..saya pernah baca ttg hal ni,tak salah saya di blog en shuth..

    untuk blog, ya memang kita kena ada minat

    untuk bisnes, tak perlukan minat, sebaliknya pengetahuan..

    betul tak en sham?

  3. By sham on Aug 28, 2007 | Reply

    lebih elok kalo ada dua dua..Bila kita minat, kita akan usaha lebih gigih.

    Ada orang terpaksa..Contohnya ada orang terpaksa jadi cikgu walaupun dia tak minat..bila tak minat mula la sikap acuh tak acuh.

    Abg kepada tunang saya pernah suruh sy apply jadi lecturer politek sebab kelulusan sy bagus, sy tak apply sebab cikgu bukanla pilihan saya walaupun sy layak. Saya lebih senang menjadi usahawan namun saya akan kembali bekerja sambil belajar dari seorang usahawan nanti.

    Ia lebih kepada untuk belajar & push my limit. Saya akan pindah ke KL nanti. Nk tengok samada saya boleh survive atau tidak dibandar besar.

  4. By saiful on Aug 28, 2007 | Reply

    setuju sesangat dengan post ni coz minat , daya usaha dan knowledge mesti seiring…satu lagi mesti ada daya tahan…ho ho…

  5. By zuhairy on Aug 30, 2007 | Reply

    apa2 perkara tu kena bermula dengan ilmu. Dari minat tu akan menggerakkan kita untuk mendapatkannya.ia seperti motivasi yang membakar semangat kita..

    dengah minat ia akan menggerakkan kita untuk mendapatkan pengetahuan tentang sesuatu perkara.macam bisnes internet ni!

  6. By kita on Sep 3, 2007 | Reply

    fuhhh lama tak baca blog sham..coz balik bercuti kat kampung..bagi saya pulak minat mengatasi segala-galanya..bila ada minat baru ler ada kekuatan untuk belajar..bg pendapat say ler

  7. By hafiza on Nov 10, 2007 | Reply

    bagi saya dengan pengetahuan yang cukup di dalam sesuatu bidang, minat boleh dipupuk. tapi bagi sesetengah org, segalanya bermula dengan minat. dan disebabkan minat itu dia berusaha sedaya upaya untuk mencari pengetahuan untuk merialisasikan minat itu. so semuanya bergantung kepada diri sendiri

Post a Comment

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan