Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 50
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 50 kepada semua! Ingati lah pengorbanan mereka bagi membawa kemerdekaan negara kita. Jangan lupa sedekah Al Fatihah buat mereka yang gugur dalam perjuangan.
Al-Fatihah..
Apa yang saya tak suka tengok pemikiran muda mudi kita yang sedang dijajah. Malam ni ketika menyambut detik 31 Ogos, ramai muda mudi kita membuat onar. Seks bebas, minum arak seolah olah menjadi tradisi mereka. Saya pernah kenal golongan ini. Ibu bapa mereka terlalu manjakan mereka. Apa yang dikehendaki,diberi..Takde kereta,bagi kereta. Takde duit,bagi duit. Bagi pulak,beribu ribu sedangkan duit tu habis dalam satu malam sahaja.
Selepas p laungkan Merdeka di Dataran Merdeka.. Mereka laung pulak dalam kelab malam sampai pagi. Bukan saya cakap sembarangan, saya kenal golongan ini. Arak mereka buat seperti air tin sahaja.Semoga iman kita semua dlindungi. Yang saya kenal, mereka masih lagi belajar di kolej swasta di KL.
Yang sedihnya, ada budak Terengganu yang terlalu terikut ikut sehingga nak makan pun takde duit. Tak dapat saya bayangkan mak bapak budak ni kalo diorng tahu. Tinggal pun satu rumah dengan lelaki..So,faham² jela ye mcmane keadaannya bile dah mabuk..
Isu sensitif skit ni..Tapi inilah realiti kehidupan hari ini. Semalam pun jumpa kawan masa sekolah rendah. Dia pun ada cerita pengalaman dia masa di politek. Zaman dah akhir zaman dah… Sedih…




2 Responses to “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 50”
By zool on Aug 30, 2007 | Reply
Itulah jika tiada rasa tanggungjawab…
akhir zaman yang cukup menakutkan..
ribu2 habis dalam satu hari..
kita nak keluar duit servis kereta yang tak sampai seratus pun menggigil tangan..
hai entahlah.. itu lah kalau dah terlalu senang…
By KA'AB on Aug 30, 2007 | Reply
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Sham !
Malam ini di surau kat taman saya ni ada cerama isra’ mikraj dan kemerdekaan. Ustaz penceramah menyebut; “entah berapa banyaklah kondom yang akan dikutip di Dataran Merdeka oleh pekerja DBKL besok pagi!”
Cerita seumpama ini sering saya dengar setiap kali sambutan kemerdekaan dan tahun baru. Amatlah malang jika perkara ini benar-benar berlaku !
Nampaknya, pengertian ‘merdeka’ di kalangan anak-anak muda di kelab malam terlalu berbeza dengan kemerdekaan yang ingin kita pertahankan !