Raja Adsense

Wangian Aroma Terapi

Written on August 30, 2007 – 3:03 am | by sham |

Tadi saya ke ekspo Peladang dan Pertanian kat Batu Buruk. Saya ada beli banyak benda gak tadi. Antaranya Wangian Aroma Terapi..Fuh..best betul.. Saya beli 2 botol wangian aroma terapi wangian lavender. Saya memang suka bau lavender.

Wangian adalah penting jika anda stress. Ia dapat merehatkan minda. Ingat nak beli satu lagi wangian iaitu insomea untuk mereka yang susah tido. Saya memang susah nak tido. Dari dulu, sampai sekarang. Rasanya nak cuba la dengan wangian aroma terapi ni.

Saya sapu kat tangan, satu rumah berbau. Memang kuat & best & menenangkan minda. Otak saya kembali mendapat idea mencurah curah setelah merayau rayau di tapak ekspo selama 4 jam. Saya sempat merasa semua benda yang mereka letak tester.huhuhu..

Saya juga test perubatan aura dengan rendaman kaki tu…Fuh..mula² memang sakit sampai dalam urat sarat. Brader yg test dengan  sebelah saya, serender sebab tak tahan sakit. Rendam kaki selama 30 minit. Bile keluar kaki, terasa kebas² & air menjadi berminyak kerana toksin telah dikeluar melalui liang roma kaki.Ada mak cik tu sampai air menjadi kuning. Diorang cakap, elok buat selama 7 hari berturut turut untuk menyelaraskan aura dalam badan.

Ligamen lutut kiri & bahu kanan saya sebenarnya putus akibat kecederaan saya bermain ragbi ketika sekolah menengah.Kalo ke hospital,pasti dah kene bedah untuk sambung balik. Tak sanggup den nak kene bedah. Gerun.. Kadang² terasa sengal dalam sendi lutut. Lepas buat rawatan tu, tak de lagi senggal tu. Rasanya saya akan try lagi rawatan aura tersebut walaupun sakit..

Gambar saya akan upload nanti kerana kakak saya pinjam kamera sebelum saya sempat transfer gambar ke pc saya. Saya ada ambik gambar booth setiap negeri, lembu² gergasi ( ada yang sama tinggi dengan saya), kambing² besar & perkara² menarik di ekspo tersebut.

Rasanya saya akan kesana lagi untuk shopping.:p. Maybe hari last nanti bila diorang nak perabis stok.:P. Rasa nak borong perfume aroma terapi tu. Kalo ada yang nak bleh bagitau kat saya & saya tolong belikan. Ada aroma lavender dan oren je. Ada gak ubat batuk aroma terapi, & boleh gak untuk mereka yang ingin berhenti merokok. Pasni saya akan ditemani haruman aroma terapi yang best..

p/s: kalo ada orang nak tempah saya boleh tolong belikan & pos kepada anda..Harga RM20 termasuk pos kepada anda.Ianya 10ml dalam botol roll on.

p/s: Boleh buat bisnes benda ni. nanti try tanya untuk jadi ejen dia la..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan