Archive for August, 2007
Monday, August 27th, 2007
Saya kena tag oleh Robotys rupanya. Tak perasan den. Ia dimulakan oleh shuth bagi buat post tentang 5 perkara yang orang tak tahu pasal diri orang yang kena tag. Pastu saya kena tag 5 orang lain plak & mereka kena buat benda yang sama.
Menurut Shuth, ada syarat yang perlu dipatuhi seperti memasukkan sumber asal tag. Baca sendiri la kat blog shuth ye. Berkenaan 5 perkara yang orang tak tahu tentang saya…hmm..
- Saya mulakan RajaAdsense.com dengan modal RM60. Ha..kenapa tak percaya? Ini membuktikan bahawa anda tidak semestinya mengeluarkan modal yang besar bagi memulakan perniagaan internet. Yang penting anda perlu berani & tetapkan matlamat/halatuju perniagaan anda.Saya telah mendapat lebih dari 30K dari RajaAdsense.com sahaja.
- Saya hampir fail dalam Add Math SPM.Saya dapat 8E..Tapi saya dapat 1A dalam dalam Mod Math. Pelik betul, padahal kedua duanya math.:P.Jadi matematik adalah subjek yang saya fobia skit…Orang kata math itu senang,bagi saya tidak..huhuhu.Subjek yang paling saya suka adalah Kimia gara² mencabar seorang rakan bukan melayu dalam kelas saya. Kat Sekolah berasrama penuh(SBP),pelajar bukan melayu skit je.Batch saya ada seorang india & sorang cina.
- Saya langsung tidak meminati IT.Malah saya langsung tidak meminta Kos IT.Cita² adalah chemical engineer. Pada tahun 2002, ramai yang kena “lelong” kerana kemasukan bagi ijazah pertama perlu bersaing diantara matrikulasi 1 setahun setengah, matrikulasi 1 tahun (saya la tu), STPM dan Diploma. Mungkin Hikmah disebalik kena lelong, ia membentuk saya sekarang.
- Shuth bercerita tentang HP dia.Jadi saya pun nak cerita pasal HP saya gak la. Setakat ni saya pernah guna 2 jenis HP iaitu 3312 dan 3120 (sekarang pakai). Saya tak reti kalo HP canggih². Bagi saya boleh sms, boleh call.Beres.Tu je yang saya perlukan.
- Saya mula mengenal komputer pada tahun 1998.Masa tu apa yang saya tahu hanya main game lumba kereta..Lepas SPM,saya ambik kursus Komputer yang pertama.Saya habiskan kursus dalam masa 1 bulan walaupun kursus tersebut 3 bulan kerana kejar masa kerana dapat tawaran ke Matrikulasi.
Ok. Saya nak tag mereka yang selalu komen kat blog saya la.
Biar mereka ini pulak beraksi..hehehe..beraksi ape tuh?..:P
Tag Source: Alang> Robotys
Posted in Berita | 13 Comments »
Monday, August 27th, 2007
Sedar tak sedar dah 6 cabaran di WC. Ia adalah cabaran untuk untuk meningkatkan prestasi usahawan dalam affiliate, seo, pengetahuan dan banyak lagi. Untuk cabaran ke 7 ini, cabaran adalah untuk menjadi top affiliate VideoPercuma.com.
Sponsor bagi cabaran kali ini adalah Saudara Zamri Nanyan. Dan hadiahnya ialah:
Hadiah
1) Hadiah Pertama – RM150 + E-Book “Online Profits Made Simple”
2) Hadiah Kedua – RM70 + E-Book “Online Profits Made Simple”
3) Hadiah Ketiga – RM30 + E-Book “Online Profits Made Simple”
Lumayan bukan?
Jika anda ingin menyertainya sila daftar di
www.VideoPercuma.com/r/offer/affiliate.html
Setelah daftar, promote la kepada rakan rakan dan saudara mara anda. Lagi banyak mereka download & daftar. lagi tinggi untuk anda mendapat atau mejadi top affiliate.
Semoga Berjaya!
Posted in Berita, Cabaran | 4 Comments »
Saturday, August 25th, 2007
Video percuma lagi untuk anda. Saudara Suffian dan Zamri Nanyan telah membuat video percuma untuk anda semua. Apa yang anda perlu lakukan hanya daftar dan lihat video yang disediakan.
Saya dapat melihat video ini minggu lepas. Apa yang saya boleh katakan ianya Hebat! Dengan suara yang cukup jelas dan bersemangat. Ia pasti dapat meningkatkan lagi kefahaman anda tentang domain names, dns dan banyak lagi perkara teknikal yang biasa anda akan hadapi jika anda terlibat dalam perniagaan internet.
Koleksi Video percuma ini memang bagus untuk anda. Mereka juga telah mengabung sistem pemasaran affiliate secara berpadu. Anda boleh promosi video ini sanbil menikmati komisen dari affiliate yang terlibat. Memang satu pendekatan yang cukup bijak.
Anda boleh edarkan video percuma dalam masa yang sama anda boleh menerima komisen dari affiliate yang terlibat. Bijak bukan. Ia adalah pemasaran 2 dalam satu. Video percuma & affiliate. Ia mengunakan sifat manusia yang sukakan benda percuma disamping menawarkan produk² affiliate usahawan internet malaysia.

Sila layari http://www.videopercuma.com untuk maklumat lanjut.
Posted in Video | No Comments »
Friday, August 24th, 2007
Pada sebuah kampung, ada seorang pemuda bernama Mat Jenin. Beliau bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa di daerah tersebut. Semua oran tahu akan kecekapan Mat Jenin memanjat pokok kelapa sehingga ia tersohor di kawasan tersehinggakan jika anda nak panjat pokok kelapa hanya Mat Jenin yang akan dipanggil sehinggakan beruk pemanjat kelapa pun terpaksa tapik spring kat Mat Jenin.
Biasanya upahnya adalah buah kelapa itu sendiri.Jika Mat Jenin memanjat 100 biji kelapa, pemilik akan mengupah 50 biji iaitu separuh dari keseluruhan buah kelapa.Jadi Mat Jenin adalah Raja Buah Kelapa…uish, ada ke?:p
Suatu hari ketika memanjat pokok kelapa, Mat Jenin berangan angan…
“Jika aku dapat panjat 500 biji setiap hari,aku dapat 250 biji kelapa.. kaya aku! Bisik Mat Jenin dalam hati.
Sebiji kelapa aku jual RM1.50, jika 250 biji aku akan dapat RM375 sehari.. Wow..aku kaya sambil tersenyum.
Dengan duit tu, aku akan beli anak ayam. Anak ayam harganya RM1 seekor, jadi aku akan dapat 375 ekor anak ayam. Kalau aku beli 375 ekor anak ayam setiap hari aku akan ada 11250 anak ayam sebulan.Harga ayam RM10 seekor, nanti dah besar aku akan dapat RM3750 untuk ayam tu. Itu kalo aku jual 375 ekor sehari. Kalo sebulan aku akan dapat RM112,500 sebulan.
Ish.Ish.Ish..banyaknya duit aku nanti.Setahun je aku akan jadi jutawan ayam kat Mat Jenin dalam hati. Lepas ni tak perlu la aku naik kelapa lagi. Aku beli semua ladang kelapa & aku akan jadi orang paling kaya..
Ha.ha.ha…Mat Jenin tergelak seorang diri di atas pokok kelapa..
Tiba tiba Mat Jenin terpegang ekor biawak yang kebetulan sedang “landing” dia atas pokok kelapa tersebut.Biawak tu pun terkejut & melompat & melanggar Mat Jenin.Mat Jenin terkejut dan terlepas tangannya yang memeluk batang pokok kelapa..
Apa lagi..Jatuhla Mat Jenin bersama sama dengan biawak tersebut… Gedebuk..
Mat Jenin pun…
(more…)
Posted in Cerita, Keusahawanan, Motivasi | 4 Comments »
Thursday, August 23rd, 2007
Ramai yang tertanya tanya adalah malaysia bersedia untuk menerima konsep ecommerce secara menyeluruh kedalam kehidupna kita? Buat masa sekarang ia semakin diterima namun masih ada yang yang agak skeptical tentang membeli belah di internet kerana takut ditipu.
Kenapa ini berlaku? Sebabnya media yang terlalu mengembar gemburkan kes terpencil seperti penipuan di internet & menjadikannya isu besar sedangkan daripada 1000 orang hanya sorang dua sahaja yang ditipu.
Media yang hanya mengeluarkan artikel tanpa kajian teliti juga dipertikaikan. Dahulu Wangcyber turut dikaitkan dengan skim cepat kaya sedangkan ia adalah forum. Naif betul penulis tersebut. Agaknya penulis tersebut hanya search di internet “pelaburan internet” semua url yang keluar dilabelkan skim cepat kaya. Simplenye keje. Submit kat editor,editor pun berfikir..uish..isu panas ni,terus diletakkan di muka hadapan untuk menarik minat orang beli surat khabar mereka.
Hasilnya orang tersalah anggap tentang perniagaan internet dan pelaburan internet. Namun usaha berterusan oleh Dr.Irfan agar orang menyedari potensi perniagaan internet saya amat kagumi terutamanya strategi “branding” yang beliau lakukan. Setiap kali ia kelaur di media pasti beliau akan highlight. Secara tidak langsung orang mula mengagumi beliau sebagai ikon perniagaan di internet.
Jika dahulu orang sering mencerca dan mengkeji “boleh ke buat duit di internet, tipu semua tu”. Dengan munculnya Dr.Irfan, semua pandangan sedemikian semakin kurang malah orang yang sibuk memperli ini berminat nak cuba perniagaan internet sendiri. Apa lagi, terus ditiru apa yang orang buat. Laman web, produk habis ditiru akibat ingin cepat kaya dengan perniagaan internet.
Ada jugak yang menetapkan matlamat, aku nak jadi jutawan dalam masa 3 tahun.Ia adalah bagus. Tapi adalah mereka berusaha kearah menjadi jutawan dalam masa tersebut? Ia sebenarnya boleh dicapai, tapi ia memerlukan perancangan dan tindakan. Perancangan tanpa tindakan adalah sia sia. Hanya tahu pasang angan angan tapi tak berusaha ke arah mencapai cita cita tersebut. Yang pasti, dapatkan seorang mentor.
Saya juga.Saya sedang berguru dengan seorang usahawan sekarang ni.Harap saya boleh cabar pencapaian beliau nanti. Saya sedang siapkan action plan untuk mencapai matlamat saya. Saya memerlukan pelan tindakan untuk setahun,saya ada 2 matlamat untuk dicapai pada tahun hadapan.Semoga ia berjalan dengan lancar.
Saya tertarik dengan satu iklan air tin dimana seorang jaga yang bercita cita menjadi CEO di syarikat yang beliau “jaga”. Dia berusaha kearahnya.Zapp..kawan yang yang asyik memerli ianya adalah kerja sia sia akhirnya terpaksa tapik spring kat jaga CEO tersebut. Dari iklan tersebut kita dapat simpulkan bahawa cita cita tanpa usaha tidak akan kemana.
Hah..apa lagi,sediakan lah pelan tindakan anda!
Posted in Berita, Keusahawanan, Motivasi | 3 Comments »