Raja Adsense

Archive for August, 2007

Update berkenaan Video Raja Adsense

Wednesday, August 22nd, 2007

Video Raja Adsense hampir siap.Ramai yang ingin tahu tentang apakah kandungan video tersebut. Saya boleh senaraikan kandungan tersebut.Ia sebenarnya pelengkap kepada ebook Raja Adsense.

  1. Video Asas - Adsense,Adwords dan Anda
  2. Video 1 -Analisis
    Disini saya tunjukkan bagaimana untuk membuat analisis persaingan,keyword dan nilai keyword.
  3. Video 2 -Buat Blog
    Ia adalah tentang bagaimana untuk buat blog.Ia khas untuk newbie,jadi agak detail. Durasinya adalah 37 minit.
  4. Video 3 – Tag and Ping
    Saya mendapat banyak pertanyaan tentang kaedah ini.Jadi saya buat video tentang ini.
  5. Video 4 -Menukar theme
    Ia adalah detail kepada video buat blog.
  6. Video 5 -Video Marketing
    Bagaimana untuk membuat video & melakukan video marketing.

Jika anda mempunyai cadangan,boleh beri cadangan tentang apa yang ingin anda tahu.

p/s:Berkenaan video marketing, saya lebih gemarkan untuk membuat video sendiri.Saya tidak mengambil video orang & edit seterusnya menjadikannya sebagai video sendiri.Bagi saya mereka yang mengambil video orang, edit dan jadikan hak sendiri sebagai tak beretika. Jadi saya akan tunjukan bgaimana untuk membuat video dengan window movie maker.

Asah Gaya Penulisan Anda

Wednesday, August 22nd, 2007

Ha..Siapa yang menulis blog pasti akan tahu. Setiap orang ada gaya penulisan yang tersendiri. Kenapa ia berlainan? Yela, mesti sebab pemikiran dan aliran yang berlainan. Melalui gaya penulisan sesetengah penulis dapat mencipta trade mark tersendiri.

Ada gaya penulisan yang serius seperti surat khabar. Ada jugak gaya penulisan yang sempoi mcm shuth.Begitu jugak blogger lain seperti smartusaha, robotys,alang dan ramai lagi. Masing ada style masing masing.Ada yang gaya kelakar sampai orang membacanya tergelak sorang sorang.Ada gaya yang agak mendatar mcm saya ni.Saya memang suka tulis agak mendatar mcm ni. Ianya tidak terlalu serius & tidak terlalu sempoi.

Saya menulis di blog & dalam ebook dengan gaya berlainan.Saya pun tak tahu kenapa tapi saya perasan.:P. Bagi saya, penulisan saya boleh disuaikan mengikut keadaan tertentu seperti jika untuk menegur orang kita perlu straight to the point atau berkias dengan ayat yang sinis. Tapi pastikan ia tidak melampau lampau sehingga menyingung perasaan pembaca.

Antara blogger baru,ramai yang menulis gaya sempoi sempoi bahasa. Ia membuatkan pembaca terhibur.Ia merupakan satu fenomena yang bagus.Namun untuk membentuk gaya penulisan ia memerlukan latihan.Apa pulak kene berlatih ni ye? Senang je jawapanye. Berlatih menulis la. Untuk mahir bersilat kene selalu berlatih begitu jugak menulis.

Lagi banyak menulis semakin mahir la. Kesimpulannya, rajin² la menulis & update blog anda. Tu je sebenarnya tujuan saya post ni.:P

Bagaimana untuk iklan di laman web bertrafik tinggi dengan hanya RM1

Tuesday, August 21st, 2007

Wah..Panjangnya tajuk hari ni.Hehehe.Saje je buat panjang.  Berkenaan dengan tajuk hari ini sebenarnya ada cara untuk anda iklan di laman web seperti lelong.com.my, cari.com.my, emedia.com.my, jobstreet dan banyak lagi.

Ia sebenarnya antara isi kandungan ebook terbaru dari saya. Saya akan menjualnya RM97 untuk rahsia ini..hehehe..takdela. Saya akan masukkan dalam bonus Raja Adsense yang baru nanti. Kepada pelanggan sedia ada, bersedialah untuk saya sogokkan rahsia ini.

Kaedah ini ramai yang masih tidak tahu. Untuk iklan di lelong.com.my anda memerlukan sekurang kurangnya rm4.50 sehari melalui iklan banner kecil. Namun, dengan cara ini anda boleh iklankan dengan hanya RM1 sehari.

Nak tahu rahsia ini ke? Tunggu la ye. Ia khas untuk pelanggan Raja Adsense je. Saya takkan tulis kat blog ini.Sorry ye. My customer will be my first priority. Kenapa? Sebab saya hargai pelanggan saya.

Teknik Link Back

Monday, August 20th, 2007

Saya dapati teknik link back atau tag semakin medapat sambutan. Saya tak tahu siapakah yang memulakan tag mengetag.Tapi ia sebenarnya mampu membantu meningkatkan link dan traffic.Saya lihat makin banyak orang link kan ke blog ini.

Secara psikologi, manusia suka jika mereka dianggap terer atau dihargai. Contohnya saya pernah membuat post tentang 50 top blog yang mengunakan tag malaysia. Ia mendapat respon yang cukup memberangsangkan dari mereka yang tersenarai.

Dengan cara sebegini ia sebenarnya akan meningkatkan lagi populariti blog anda. Cara ini sebenarnya boleh menaikkan ranking anda di technorati dan mendapat link percuma dari mereka yang terlibat. Mereka yang berminat pasti akan klik link tersebut, dapat pulak trafik percuma.

Link Exchange sebenarnya juga adalah salah satu teknik link back, begitu jugak tag mengetag. Nak cuba?Cubalah.

Baru sampai dari KL

Sunday, August 19th, 2007

Semalam saya ke seminar kat Vistana Hotel. Semua testimoni yang telah diberikan telah pun saya masukkan ke dalam laman web. Saya akan publish sales letter baru sedikit masa lagi setelah melakukan sedikit tacup & menambah beberapa perkara. Saya telah pun update sales letter raja adsense. Ia adalah ekperimen, jadi harap dapat berikan komen anda.

Ada yang bertanya kepada saya tentang bonus, Saya akan masukkan bonus baru ke dalam panduan raja adsense nanti. Link download juga saya akan ubah begitu juga dengan password. Jadi mereka yang mendapat ebook secara “haram” tidak akan mendapat update terbaru ini. Jika anda membelinya,jangan risau kerana saya menyimpan semua rekod pelanggan saya.

Jadi fair la untuk mereka yang beli. Video tutorial dah 50% siap. Saya harap dapat siapkan dalam beberapa hari lagi. Saya akan emailkan link dan password baru setelah video siap.

Seperti yang dijanjikan dahulu.Saya dah upkan harga kepada rm50 & komisen juga dinaikkan bermula pada hari ini.

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :