Archive for September, 2007
Sunday, September 30th, 2007
Terdapat beberapa berita baik untuk rakyat Malaysia yang terlibat dalam perniagaan di internet. Duit dari Google Adsense kini boleh dikeluarkan melalui Western Union. Jadi anda akan berurusan dengan CIMB,RHB dan pejabat pos la lepas ni kerana mereka adalah ejen Western Union. Anda boleh menuntut wang anda dari ejen berkenaan.
Western Union sangat berisiko jika kita menghantar duit kerana fraud. Namun, ia sangat berguna jika untuk menerima duit. Rakyat malaysia tak perlu tunggu untuk clear cek selama sebulan lagi lepas ni.
Berita lain pulak ialah Paypal kini telah membolehkan kita mengeluarkan wang mengunakan Debit Card Visa atau Mastercard. Nampaknya lepas ni lagi senang la kita nak kuar duit. Masukkan je dalam debit card dan keluarnya dari ATM.
Saya tak try lagi yang paypal ini sebab saya dah pun kehabisan Paypal kerana beberapa hari ini ramai yang yang membeli belah paypal fund. Agaknya mereka beli belah untuk Raya kot. Saya hanya tinggal beberapa sen sahaja lagi dalam kedua dua akaun paypal saya.
Kalo mcm ni, paypal akan digunakan secara meluas la lepas ni. Biasanya alternatif lain ialah 2CO.Tapi jika paypal boleh keluar dengan debit card,ia pasti akan dapat monopoli payment gateway di internet lepas ni.
Apa lagi. Mula la meniaga kat internet. Mulakan secara kecil kecilan dahulu. Dengan modal beberapa ratus anda dah boleh mula.Ia cukup untuk membeli domain, hosting dan autoresponder. Ketiga tiga benda tu merupakan perkara terpenting dalam perniagaan internet.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Peluang Perniagaan | 13 Comments »
Friday, September 28th, 2007
Dalam sesuatu kejayaan, pasti ada kegagalan. Percaya atau tidak saya sendiri mengalaminya. Saya sebenarnya merupakan salah seorang peserta MSC Technoprenuer di Terengganu. Zul Smartusaha adalah peserta dari Johor.
Tak semua apa saya buat berjaya. Saya adalah banyak jugak projek yang gagal. Namun, ada jugak yang terpaksa saya hold dahulu disebabkan ia memakan kos yang agak tinggi walaupun pihak MeCD seringkali bertanya perkembangan projek berkenaan.
Rasanya saya akan sambung kembali projek berkenaan. Saya dah habiskan beberapa ribu ringgit bagi projek tersebut. Sayang jugak jika ditinggalkan begitu saja. Namun, jika ia menyebabkan anda kerugian, lebih baik abaikannya.
Jika laman web seperti direktori atau laman web yang mempunyai PR yang tinggi, anda boleh menjualnya. Ia adalah salah satu cara mengurangkan kerugian yang akan dialami. Mungkin ia boleh berjaya dtangan pihak yang baru.
Dalam perniagaan internet, permintaan adalah sangat penting. Jika anda menjual sesuatu yang tiada permintaan, anda akan gagal. Sebab itulah pentingkan kajian sebelum memulakan perniagaan internet. Saya juga pernah membuat silap tentang ini. Namun, ia mengajar saya untuk tidak melakukan kesilapan yang sama.
Teknik dan cara dalam perniagaan internet adalah sama sahaja. Tiada bezanya. Yang menjadi faktor kejayaan adalah permintaan dan cara promosi. Sebagus mana pun produk anda jika anda promosi dengan cara yang kurang berkesan. Pasti ia turut menjadi satu kegagalan.
Gagal tak semestinya anda kalah. Perjuangan anda belum selesai. Kaji kelamahan anda dan memperbaikinya. Kesemua mereka yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Jika anda ingin berjaya anda mestilah berani untuk Gagal.
Adakah anda berani untuk GAGAL? Mulakan perniagaan anda sekarang.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Kesilapan, Teguran | 5 Comments »
Wednesday, September 26th, 2007
Nak tahu tentang takaful? Sila layari http://www.RahsiaTakaful.com
Baiklah. Ia merupakan satu produk eksperimen saya mengunakan SMS sebagai payment option. Ia sebenarnya untuk test samada orang berminat atau tidak dengan produk perlindungan insurans ini.
Mereka yang berminat tidak perlu ke bank atau login internet banking anda. Hanya perlu ada handphone sahaja. Harganya lebih murah berbanding harga segelas air milo di warung. Matlamat saya adalah untuk memperkenalkan takaful kepada golongan yang masih belum tahu. Mengikut statistik, hanya 25% daripada rakyat Malaysia mempunyai insurans diri samada takaful ataupun konvensional.
Masih ramai yang belum mempunyai kesedaran tentang pentingnya melindungi pendapatan mereka. Kenapa pulak melindungi pendapatan? Jika anda mempunyai anak kecil, dan tidak disangka anda mengalami kemalangan dan anda meninggal atau cacat. Bagaimanakah nasib anak anda?
Kita sering melihat rancangan seperti BersamaMu yang memaparkan mereka yang hidup susah akibat cacat atau suami (pendapatan utama) meninggal dunia. Tidakkah anda sedar jika mereka menyimpan RM75 sebulan di takaful, pampasan yang akan diterima adalah melebihi RM80K. Ia sudah cukup untuk ahli keluarga yang masih tinggal untuk meneruskan hidup dan untuk perbelanjaan anak anak.
Ada yang berpandangan… Ala aku dah ada insurans kereta. Nanti dapat jugak pampasan.. Eh, betul ke? Berapa lama ia mengambil masa? 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun malah ada yang sampai 10 tahun masih belum selesai tuntutan insuran berkenaan. Ketika itu keluarga anda pasti dah kebuluran. Jangan sampai terpaksa makan nasi berkuah garam dah la. Paling teruk,xde nasi langsung. Ada yang merempat kerana ketiadaan sumber pendapatan.
Ada juga yang beranggapan simpanan mereka “burn” begitu sahaja sebagaimana insurans kereta/ kenderaan. Anda salah. Anda akan mendapat kembali wang yang anda simpan setelah kontrak tamat beserta dengan dividen. Jadi anda boleh gunakan wang tersebut untuk kegunaan ke Mekah jika kontrak takaful anda tamat. Jika kontrak anda selama 20 tahun, setelah 20 tahun anda akan menerima kembali kesemua wang anda yang anda simpan selama 20 tahun dan ditambah dengan dividen. Rugi ke macam tu?
Ajal tidak mengenal usia. Adalah lebih baik anda beringat. Walaupun anda masih bujang, masih tiada komitmen keluarga. Namun, anda masih ada keluarga yang bergantung kepada anda. Jika anda mula menyimpan ketika muda. Pampasan yang akan diterima jugak adalah tinggi. Begitu juga apabila kontrak anda tamat kelak.
Kepada yang ada anak kecil tu..Ingatla masa depan anak tersebut. Dapatkan perlindungan insurans pendidikan untuk mereka. Kita membanting tualng bekerja keras mencari duit adalah untuk masa depan anak anak kita. Tidak rugi jika anda dapatkan insurans pendidikan untuk mereka. Setelah kontrak matang,simpanan akan dapat kembali. Ia boleh digunakan untuk pengajian mereka. Jika sesuatu terjadi kepada anda, pihak insurans akan mengambil peranan anda untuk memastikan pelajaran anak anda terjamin.
Apa lagi. Sila layari ke http://www.RahsiaTakaful.com
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Ebook, Panduan | No Comments »
Monday, September 24th, 2007
Errr..Saya ada soalan cepu mas…Adakah anda menyimpan? Ke ujung bulan dapat gaji sebelum dapat gaji balik dah kering? Saya tertarik dengan artikel oleh Dr. Irfan yang menyarankan agar menyimpan untuk diri sendiri sebanyak 10%.
Sebanyak mana 10% tu ye?Jika gaji anda RM2000, jadi anda perlu menyimpan RM200 setiap bulan. Ini lain dari KWSP ye!Jadi bagaimana pulak anda menyimpan? Dalam bank ke?
Sebenarnya terdapat beberapa cara bagi menyimpan wang anda tersebut. Anda boleh gunakan sebagai fix deposit dimana anda akan mendapat interest bagi simpanan tersebut. Anda juga boleh melabur dalam unit trust atau saham. Pastikan pengurus anda boleh dipercayai.
Dengan sebegini wang anda akan cepat “beranak” berbanding anda hanya menyimpan dan menikmati interest beberapa sen sebulan. Anda jugak boleh menyimpan dalam takaful dimana anda akan turut di lindungi selain mendapat kembali wang anda setelah kontrak tamat.
Semua produk insurans dari Maybank seperti Maybank Insurans, Maybak Takaful, MNI dan Takaful Nasional dalam proses penjenamaan semula. Namanya cukup simpan dan mempunyai maksud yang mendalam. Anda akan tahu namanya bulan November nanti.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Tips | 3 Comments »
Saturday, September 22nd, 2007
Cabaran semakin sengit dengan Tazilan mendahului diikuti Zul, Amirol Usahaniaga dan Saya pada kedudukan ke 4. Ini adalah kedudukan terkini.
Tazilan - 63
smartzul - 41
usahaniaga - 30
offer - 26
blalang - 8
mnajibk - 7
abumawi - 4
wati77 - 4
abooain - 2
home - 2
mr_biotic - 2
saifulanuar - 2
SyedIkhwan - 2
tasha - 2
surerich - 2
nadila - 2
networkbiz - 2
produk - 2
raffy25 - 2
abubakar - 1
amzani - 1
arrazi - 1
capth - 1
DARMAKIFAYAH - 1
eches83 - 1
free - 1
galadriel - 1
halimdanga - 1
jebat - 1
MiraKimura - 1
myvision2u - 1
mznik - 1
noorizam - 1
panduan - 1
rashid - 1
syahmie - 1
taza - 1
tipskahwin - 1
usri - 1
zaidievo - 1
Memang sengit diantara tazilan,smartzul,amirol dan saya. Masing² menguji list masing². Saya belum all out lagi sebab saya still ada lebih dari 4000 list yang masih belum digunakan. Namun, saya tak nak gunakan bagi cabaran ini atas sebab² tertentu.
Namun demikian, Saya ada tawaran istimewa buat mereka yang menyertai melalui link saya iaitu Satu Ebook Panduan Jimat Petrol.

Anda inginkan Ebook ini? Anda perlulah mendaftar di link di bawah:
http://www.videopercuma.com/
Manfaatkan video yang disediakan tersebut. Jangan sia siakan usaha yang dibuat oleh saudara Zamri Nanyan dan Mohd Suffian tersebut. Berbulan bulan untuk buat video tersbut. Anda mendapatnya secara percuma je.
Nak Ebook Percuma dari saya. Daftar sekarang! Video percuma memang membolehkan kita menghubungi sesiapa yang direfernya. Jadi saya tahu siapa yang join atau tidak.
Kalo nak, daftar di VideoPercuma.com. Kalo tak nak, abaikan je tawaran ni. Saya tak rugi apa apa pun.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Tawaran | 5 Comments »