Raja Adsense

Musim Orang Membeli Belah dah tiba

Written on September 4, 2007 – 8:40 pm | by sham |

Ha..usahawan internet yang menjual produk digital akan terasa efeknya nanti. Saya penah mengalaminya tahu lepas. Dimana musim orang membeli ebook & produk digital akan berkurangan apabila musim bulan puasa & raya… Ni bagi mereka yang target pasaran Malaysia la..

Antara musim lain yang slow jualan ialah musim nak buka sekolah. Ketika itu, akan sales produk digital akan sedikit menurun. Namun, jika usahawan tersebut kreatif. Mereka boleh buat duit bila bila masa sekalipun.

Sebagai contoh, ketika musim buka sekolah.Usahawan boleh sediakan perkhidmatan membeli peralatan sekolah. Pakejkan dan jual kepada ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk membeli belah. Mereka pasti akan menyukainya. Mereka pilih saiz, bayar & usahawan boleh posnya ke rumah mereka yang beli. Takde lagi orang buat.Saya just bagi pandangan je. Kalo anda nak JV dengan penjual baju sekolah lagi elok. :-)

Contoh lain pulak, musim perayaan. Anda tawarkan perkhidmatan membeli barangan keperluan perayaan melalui internet. Mereka tidak perlu susah payah berebut rebut untuk membeli belah dan menghabiskan minyak kereta demi mencari tempat parking kereta di pusat membeli belah. Takde lagi orang buat. JV la dengan peniaga terlibat.

Saya pulak, saya telah pun membeli stok² barangan untuk dijual ketika musim perayaan nanti. Pastinya mereka semua ingin bergaya ketika Aidilfitri nanti. Tapi apa yang saya nak jual ni bukan dalam internet la ye. Sebab saya akan buat konsep bayaran ansuran. Mereka yang beli boleh bayar ansuran sedikit demi sedikit. Inilah sikap kabanyakan orang, mereka tidak kisah untuk bayar skit demi skit jika ada peluang. Sebab itulah Court Mammoth berjaya di Malaysia. Mereka tawarkan produk yang dikehendaki orang tapi dibayar secara ansuran.

Setakat ini takde lagi usahawan internet malaysia yang mengunakan konsep bayaran ansuran ni. Rasanya mereka takut orang bayar sekerap jalan. Saifulsham pun pernah ingin buat konsep begini namun mereka takut orang akan unsubcribe selepas bayar sekali. Bayaran ansuran boleh dilakukan bagi mereka yang mempunyai kredit kad sahaja. Untuk bayaran dengan bank, saya tak berani untuk applikasikan konsep bayaran ansuran ni. Namun penjual produk digital boleh lakukan.

Contohnya anda menjual video dengan harga RM197, anda boleh lakukan konsep bayaran ansuran sebanyak RM50 setiap bulan. Mereka yang membeli tidak la terasa kesannya kerana ia hanya jumlah yang sedikit setiap bulan. Jika seketul RM197, mungkin ada yang merasa mereka nak guna duit jadi mereka membatalkan untuk beli produk tersebut.

Saya akan aplikasikannya nanti untuk produk saya yang akan datang. Sebelum berakhir tahun 2007, saya akan release produk baru dan saya akan gunakan konsep bayaran ansuran untuk mereka yang membeli dengan kad kredit. Ini adalah kerana saya ingin melatih masyarakat kita dalam ecommerce. Beli barang pun boleh bayar ansuran mengikut jumlah kemampuan mereka.

Salam Usahawan!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. One Response to “Musim Orang Membeli Belah dah tiba”

  2. By abdfatah on Sep 8, 2007 | Reply

    jom kita beli belah ramai-ramai2. dan jangan lupa gunakan sahaja kad debit. takder duit jangan suka2 hati je nak belanja sakan… selamat berbelanja…

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :